Tuesday, June 23, 2009

QURANIC LAW OF ATTRACTION

2 Pusat-pusat Tenaga Dalam Quran

“Pastikan tenaga saudara terus bergerak!

Pertimbangkan perhatian saudara! Perhatikan segala perkara yang saudara tarik! Rayakan dan kenali apa yang berlaku! Dengan mensyukuri segala yang diraih, saudara menguatkan semula getaran ke arah kehendak saudara dan Hukum Tarikan dan bertindak balas seterusnya menggerakkan getaran saudara.”

(Michael Losier, Penulis buku Law of Attracrion)


Sejak berada di sekolah menengah atas, kita sudah diperkenalkan dengan istilah tenaga. Dalam Fizik, kita belajar mengenai Hukum Tenaga yang mengatakan tenaga tidak dapat dimusnahkan, ia hanya berubah dari satu bentuk ke bentuk lain. Dengan kata lain, tenaga mempunyai sifat kekal. Contohnya, kipas angin yang berputar dalam bilik saudara. Gerakan kipas angin itu adalah perubahan daripada tenaga elektrik kepada tenagaa kinetik. Peti televisyen yang terpasang di ruang tamu saudara melalui proses perubahan daripada tenaga elektrik kepada tenaga cahaya dan tenaga bunyi. Ada banyak lagi contoh lain.

Begitu juga dengan Quran. Ia memiliki tenaga. Tenaga Quran tidak dapat dimusnahkan.Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk lain. Tenaga Quran mempunyai daya tarikan yang dahsyat kerana ia datang daripada yang maha agung. Ia adalah kata-kata Tuhan yang dibisikkan secara langsung kepada manusia. Jadi, sudah tentu tenaga Quran mempunyai keunikan tersendiri. Saudara mahu tahu?

Banyak tenaga yang disalurkan Quran kepada manusia. Cukuplah sekiranya saya paparkan hanya tiga jenis tenaga dalam buku ini. Apakah tenaga-tenaga itu? Pertama, tenaga doa. Kedua, Syukur. Ketiga, tenaga sabar.

Berdoa dan membaca Quran adalah aktiviti yang hampir sama, kedua-duanya merupakan medium komunikasi dengan Tuhan,

Setiap kali kita mendalami nilai-nilai dalam Quran dengan membaca dan memahaminya, kita sebenarnya sedang melakukan proses perubahan tenaga iaitu daripada tenaga abstrak, kepada tenaga konkrit. Maksud saya adalah seperti dijelaskan di bawah.

Bacaan-bacaan dalam Quran itu bersifat konkrit ataupun nyata kerana setiap perkataan Quran adalah kebenaran (haqq). Banyak kata-kata nasihat dan kebaikan di dalamnya. Begitu juga dengan nilai-nilai pendidikan, kehidupan, sejarah, pengorbanan, kejayaan, kebahagiaan dan lain-lain lagi. Tetapi bagi para pembaca, semua itu masih berada dalam bentuk abstark. Ia hanya menjadi konkrit apabila kita membaca Quran mendorong supaya kita mengubah segala perkara mewujudkannya dalam kehidupan seharian kita iaitu melalui doa, syukur dan sabar. Quran mendorong supaya kita mengubah segala perkataan yang ada dalamnya daripada abstrak kepada konkrit. Kitab mulia ini sentiasa memberi dorongan kepada pembacanya supaya segera mengamalkan apa yang disampaikan di dalamnya. Disitulah proses perubahan tenaga berlaku.

Orang yang tidak mengamalkan ajaran-ajaran Quran tidak mampu melakukan perubahan tenaga itu. Mereka hanya membaca tanpa mahu mengamalkannya. Akibatnya, semakin mereka membaca Quran semakin jauh mereka daripada nilai-nilai Quran. Jadi, tidak hairanlah apabila Nabi Muhammad pernah meramalkan di akhir zaman nanti kita akan bertemu dengan orang yang hanya membaca Quran hingga tahap tenggorok mereka sahaja. Apa maknanya? Mereka hanya berusaha memperindahkan bacaan Quran tetapi tidak mahu mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.

Mungkin itulah sebabnya kenapa kehidupan kita masih tetap di takuk lama walaupun kita sering membaca Quran. Kita tidak mengalami perubahan yang bermakna. Mungkin juga kita membaca Al Quran sekadar mahu mendapat pahala tanpa mahu memerik nilai-nilai kejayaan yang diajarkan Quran. Kita hanya sekadar membaca tanpa mahu memasukkan setiap perkataan Quran ke dalam setiap langkah kehidupan kita. Maka, wajarlah jika hingga saat ini kita masih belum mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Interaksi kita dengan Quran dalam perkara ini masih terbatas.

Tenaga Doa


Saya betul-betul yakin orang yang sentiasa membaca dan mengamalkan Quran akan mendapat tenaga doa ini. Berdoa dan membaca Quran adalah aktiviti yang hampir sama. Kedua-duanya adalah medium komunikasi dnegan Tuhan. Membaca Quran bererti membaca doa juga. Bukankan setiap bacaan Quran mengandungi doa-doa? Jadi, sudah tentu orang yang sering berinteraksi dengan Quran memiliki doa-doa yang memadai. Nilai dan mutu doa-doa itu sangat tinggi.


Setiap permohonan yang dibuat selalunya dipenuhi. Seolah-olah Tuhan begitu mencintai mereka. Doa-doa mereka ibarat peluru yang sentiasa mengena tepat pada sasarannya, tidak tersasar. Mereka memohon diberi kejayaan dan kebahagiaan lalu mereka mendapatkanya. Sungguh bahagia.

Perkara seperti itu sudah tentu berlaku. Bagaimana tidak, doa mereka memiliki tenaga. Tenaga doa berubah menjadi tenaga konkrit iaktu tercapainya keinginan yang diharapkan. Bahgialah doa orangsoleh. Nabi Muhammad dan para sahabat juga sering menerima tenaga doa ini. Doa mereka sentiasa di kabul Tuhan. Seolah-olah tiada penghalang antar doa mereka dengan Tuhan. Apabila mereka beroda, ketika itu juga Tuhan memberikan jawapannya. Bagaimana pula dengan diri kita?

Beberapa teman pernah bertanya kepada saya, ”Mengapa doa saya susah terkabul? Walhal, saya bersusah-payah bangun di malam hari berdoa bersungguh-sungguh. Tetapi hasilnya masih tidak kelihatan!”

Doa adalah senjata orang Islam. Tiang penyokong agama, serta cahaya langit dan bumi.” Sahabat Ali bin Abi Talib daripada Nabi Muhammad.

Mungkin saudara juga seing mengalami perkara seperti itu. Saudara selalu menadah tangan ke atas tetapi masih belum mendapat apa-apa, kecuali keletihan dan kekecewaan. Saudara juga sudah menguatkan diri untuk bangun pada sepertiga malam, bersujud, berzikir dan sebagainya. Semua usaha sudah saudara lakukan tetapi hasilnya masih belum memuaskan. Saudara merasakan segala doa saudara sia-sia dan saudara hanya membuang masa. Akhirnya saudara mengeluh dan terus mengeluh. Saudar kemudiannya mula meninggalkan suruhan Tuhan kerana kecewa dan putus asa.

Jika perkara ini berlaku pada diri saudara,saya sarankan saudara tetap berdoa dan teruskan mendekali Tuhan. Mungkin doa-doa saudara belum terkabul disebabkan beberapa faktor yang perlu saudara ketahui. Bahagian ini memberkan jawapan kepada pertanyaan teman saya tadi dan mungkin juga dapat menjawab persolan yang bersarang di dalam kepala saudara.

Kenapa Doa Saya Masih Tidak Dikabulkan?

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang perlu kita faham kenapa doa kita tidak dimakbulkan Tuhan. Pertama, kita sering mengabaikan perintah-perintah kita dan dia mengabulkannya pada masa yang lebih tepat. Ketiga, doa yang kita ucapkan tidak seiring dengan seirama dengan isi hati kita. Mari kita telusur satu persatu sebab-sebab ini.

Pertama, Ucapan lidah tidak sama dengan isi hati.

Jangan terkejut! Saya sengaja memulakan perbincangan ini dari penyebab yang Ketiga kerana inilah yang selalu kita lupakan. Kadangkala, kita sudah melakukan peringtah-perintah Tuhan tetapi kita tidak ikhlas. Ini menyebabkan nkanisi hati ataupun fokus fikiran kita bertentanganvdengan lisan ataupun ucapan kta. Kita berdoa mahukan ”A” tetapi apa yang kita peroleh adalah ”B”.

Besar kemungkinan hati kita tertumpu pada ”B”. Walaupun kitasering berdoa secara lisan untuk mendapat ”A”, kita masih juga tidak mendapatnya kerana suara hati kita lebih cenderung pada ”B”.

Jika suara lidah sama dnegansuara hati, Tuhan akan mengabulkan apa sahaja yang kita ingini. Sebaliknya jika saura lidah bertentangandnegan suara hati, doa kita kan tertunda ataupun tiak dikabulokanl. Jadi, penting bagi kita menumpukan perhatian pada suara hati dan lidah yang saling bersenergi.

Perkara di atas ada kaitan nya dengan Hukum Tarikan. Apabila perasaan dan hati kita tertumpu pada perkara yang tidak diingini, tentu ia betul-betul terjadi. Jadi kita takut doa kita tidak dikabulkan, besar kemungkinan doa kita tidak akan dikabulkan. Ataupun kita berdoa meminta kekayaan iaitu secara lisan, tetapi hati dan fikiran kita selalu membisikan yang tidak mungkin menjadi kaya. Jadi, Tuhan bertindak balas dengan apa yang ada dalam fikiran dan perasaan kita. Dia mendengar apa yang ada dalam hati hambanya. Oleh sebab itu, kita perlu mengatur fikiran dan perasaan kita.

Sa’id Al-Lahham dam bukunya, Fiqhud-Du’a, mengatakan jika suara lidah bertepatan dengan suara hati, Tuhan mengabulkan apa sahaja yang kita ingini. Sebaliknya jika suara lidah bertentangan dnegan suara hati, doa kita akan tertunda ataupun tidak dikabulkan. Jadi, penting bagi kita menumpukan perhatian pada suara hati dan lidah yang saling bersenergi.

Jelaslah Tuhan hanya mahu mendengar suara hati kita. Perhatikan kata-kata Tuhan ini, ”Dan sungguh, Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya.....” (Surat Qaf ayat 16).

Tuhan maha mengetahui apa yang ada dalam lubuk hati kita. Maka tenteulah apabila kita berdoa tanpa perasaan dan ketulusan hati, doa kita tidak dimakbulkan. Doa kita tidak mempunyai tenaga. Walaupun kita mengucapkan kata-kata indah padanya, suara hati kita tidak seirama dengan kata-kata kita. Maka, seperti yang di duga doa kita menjadi sia-sia.

Kesimpulannya, sebelum berdoa periksa dahulu kejernihan hati kita. Tanya sama hati apa sebenarnya yang kita inginkan.

Sebagai contoh, ketika kita meminta kelimpahan rezeki, apakah hati kita juga turut meminta kepadanya? Mungkin juga hati kita tunahtidak setuju dan tidak mahu kita menjadi kaya. Hati kita mengatakan jika menjadi kaya, kita mungkin menjauhkan diri daripada Tuhan. Ataupun ketika kita berdoa dinaikkan pangkat, hati kita tidak bersetuju dengan doa itu kerana hati kita tahun sebenarnya kita hanya mahu mengejar status dan kepopularan. Sekiranya begini, sampai bilapun permintaan kita tidak dikabulkan. Jadi, apakah penyelesaiannya?

Bacalah buku ini sampai habis! Dalam bab seterusnya, saya memaparkan cara-cara menyatukan suara hati dan suara lisan supaya keinginan-keinginan saudara segera tercapai.


Kedua, Tuhan lebih mengetahui jalan terbaik untuk kita.


Apabila doa kita belum terjawab, itu bukan bermaknakegagalan ataupun malapeteka dalam hidup kita. Doa kita belum dikabulkan mungkin kerana itu adalah salah satu bentuk kasih sayang Tuhan kepada kita. Menurut pandangan subjektif kita, setiap doa yang kita ucapkan memiliki banyak kebaikan. Contohny, kita meminta kekayaan supaya dapat meringankan pada kita. Dengan kedudukan itu, kita dapat bersedekah dengan lebih banyak. Malah banyak lagi doa yang lebih mulia daripada doa-doa ini tetapi masih juga belum dikabulkan.

Kadang-kadang kita melihat sesuatu dairpada sudut pandangan kita sendiri sahaja. Walhal, pengetahuan kita swebenarnya terbatas. Buktinya, kita tidak akan tahu sama ada esok kita masih hidup ataupun tidak. Begitu juga dengan doa-doa yang kita ucapkan. Kita tidak tahu sama ada doa-doa itu membawa kebaikan atqaupun kesengaraan dalam hidup. Sebagus atau semulia mana pun ucapan doa-doa itu, kita tidak tahu sama ada kita akan menjadi bahagia selama-lamanya ataupun tidak jika doa itu terkabul.

Besar kemungkinan, doa kita belum terkabul kerana Tuhan mencintai kita. Tuhan tidak mahu melihat kita kesusahan jika doa itu dikabulkannya. Dengan kata lain, apa yang kita sangka baik, belum tentu baik untuk diti kita. Sebaliknya, apa yang kita benci mungkin menjadi perkara terbaik dalam hidup kita.

Mungkin pandangan Tuhan berbeza dengan sangkaan kita. Tuhan maha mengetahu apa yang terjadipada hambanya. Dia tahu peneristiwa terindah dalam hidup kita. Dia selalu memberikan perkara terbaik dalam kehidupan kita. Besar kemungkinan, doa kita belum terkabul kerana Tuhan mencintai kita. Tuhan tidak mahu melihat kita kesusahan jika doa itu dikabulkannya. Dengan kata lain, apa yang kita sangka baik, belum tentu baik untuk diri kita. Sebaliknya, apa yang kita benci mungkin menjadi perkara terbik dalam hidup kita.

Bagi menangani keadaan ini, cubalah ubah sudut pandangan kita. Sebelum ini, kita selalu menyalahkan Tuhan dan mengeluh kononya Tuhan tidak adil. Sekarang, cuba buka pintu hati kita. Yakinlah Tuhan akan selalu mengabulkan doa kita. Tanamkanlah sikap yang arif. Ambillah kikmah kebaikan. Berprasangka baiklah iaitu berfikiran positif kepadanya. Insya-Allah, segala permintaan kita akan segera dimakbulkan. Sekiranya masih belum terkabul, itulah jawaban terbaik daripada Tuhan.

Bagi menambah keyakinan saudara, saya petik hasis Qudsi yang popular, ”Aku adalah bagaimana prasangka hambaku terhadap Aku.”

Ketika membaca hasis Qudsi itu, saya bertambah yakin yang kejayaan doa itu ditentukan oleh sejauh mana kadae kepercayaannya kepada Tuhan . Semakin tinggi tahap kepercayaannya kepada Tuhan. Semakin tinggi tahap kepercayaannya kepada Tuhan, semakin dekat dirinya dengan Tuhan dan semakin mudah keinginnannya akan dikabulkan.

Ketiga, menambah dosa kita


Betulkah saudara mencintai Tuhan? Pertanyaan itu memeranjantkan saya. Itulah pertama kali saya berkenalan dengan orang yang bertanya menenai rasacinta saya pada yang maha pencipta maksud teman saya ini? Saya diam seketika. Saya tatap wajahnya. Dia hanya tersenyum sinis. Ternyata teman saya hanya mahu menguji tahap kecintaan saya pada Tuhan. Walaupun saya belum menjawab soalannya, dia yakin saya adalah orang yang cintakian Tuhan. Namun beberapa minit kemudian, diabercakapsemula. Dia berkata, ”Ramai orangmengaku cinta pada Tuhan, tetapi sebenarnya mereka bohong.”

Menurut teman saya lagi, sebagiaan manusia membohongi diri merekasindiri. Mereka mengaku cinta pada Tuhan tetapi merekasering meninggalkansolat. Mereka mengaku dekatdengan Tuhan, tetapi gemar melakukan maksiat. Jadi, sebenarnyamereka tidak cintakan Tuhan.

Sama seperti doa kita yang belum dimakbulkan. Itu adalah kerana kita membohongi diri kitasendiri. Kita mahu doa kita dikabulkan tetapi setiap hari kita tidak pernah lepas dari gelumang dosa. Kitaterus mengingkari perintahnya.

Analoginya,bagaimana ornag mahu memberikan kebaikkan pada saudara jikasetiapkali berjumpa dengannya, saudara lebih suka menyakitkan hatinya? Sudah tentu diatidak mahu menuang kebaikan ke daloam gelas saudara. Sebaliknya diamenjauhkan diri daripada saudara. Malah ketika bertembung dengan saudara, dia memilihuntuk tidak bersemuka dengan saudara.

Perbuatan-perbuatan salah dan dosa kita menjadi penutup dan penghalang antara doakita dan Tuhan. Tuhan tidak sukia hambanya bergelumang dnegan maksiat. Dia suka hambanya bersih lahir dan batin.

Saya teringat satu kisah yang pernah diceritakan. Nabi uhammad. Kisah insan yang berdoa sambil mengangkat tangan. Dia berdoa penuh khusyuk . Namun, doanya tidadk pernah dikabulkan Tuhan. Seba bnya mudah iaitu makanan orang itu datang dari sumber yangharam. Begitulah kisah yang diceritakan Nabi Muhamma. Mungkin kita perlu imelihat diri kitasendiri. Tany diri kita, bagaimana Tuhan menerima permintaan hambanya jika dia sering makan makananyang haram?

Sucikanlah diri saudara sebelum bersujud di hadapannya. Sebelum berdoa, periksa perilaku-perilaku saudara terlebih dahulu,tengoklah diri saudara. Tanya dalam lubuk hati saudara. ”Sucikah hati saya?” Dengan cara itu,kita mula melakukan pendekatan kepadanya dengan cara yang betul.

Dalam Shahih Muslim, Nabi Muhammad berkata,” Seorang hamba kan selalu dikabulkan doanya oleh Tuhan selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu yang berdosa, memutus silaturahim dan tergesa-gesa.

Nabi muhammad berkata lagi, ”Orang yang tergesa-gesa adalah orang yang mengatakan, `Saya berdoa kepada Tuhan tetapi dikabulkan,’ kemudian dia mengelauh dan terus berhenti berdoa..”

Astagrifullah! Sekali lagi saya terdiam. Ternya selamaini sebahagian daripada doakita ditolak mentah-mentah oleh Tuhan. Saya seing mendengar orang mengelauh kerana doanya tidak dimakbulkan.

Jadi, saya rasa jalan terbaik yang mesti kita lakukan terlebih dahulu adalah menghapuskan semua faktor yang menyebabkan doa kita tidak dimakbulkan. Fahamilah tatacara berdoa. Kemudian, berdoalah sesuai dnegan tuntutan Tuhan.

Buku ini memberi panduan jiwa dan raga dalam meminta keinginan-keinginan saudara kepada Tuhan. Buku ini juga membimbing saudara untuk berdoa di samping bersangka baik, supaya doa-doa saudara dikabulkannya. Insya-Allah.

Tenaga Syukur

Salah satu pusat tenaga yang terkandung dalam Quran adalah tenaga syukur. Apakah tenaga syukur yang terkandung dalam Quran?. Jika kita terlusur bersama ayat demi ayat dalam Quran, kita selalu menemui perkatan `syukur’ yang ditulis dalam pelbagai bentuk.

Perintah supaya kita bersyukur juga selalu ditegaskan Quran. Seakan-akan sifat syukur ini menjadi kenyataan

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU