Tuesday, June 23, 2009

QURANIC LAW OF ATTRACTION

3. Gandingan Tenaga Doa, Syukur dan Sabar

“Hakikat syukur adalah mengakui nikmat Tuhan dan menggunakannya bertepatan dengan keadaannnya. Manakala hakikat sabar pula adalah tenang di bawah kekuasaan takdir tanpa mengeluh di hadapan makhluk dan putus asa pada kurniaan Tuhan”.

(Ibnu Ad-Diba Asy-Syaibani, Mukaffiratudz-Dzunub wa Mujibatul Jannah)

Dalam bab sebelumnya, kita berbincang cara-cara menghasilkan tenaga doa, syukur dan sabar. Saya harap saudara memahaminya dan segera mengamalkannya. Namun, sebelum saudara benar-benar mempraktikkan tenaga doa syukur dan sabar ini, sebaik-baiknya bacalah bab ini hingga selesai dahulu. Perlu saya ingatkan, bab sebelumnya hanya membincangkan tenaga doa, syukur dan sabar secara ringkas sahaja. Penjelasan itu belum cukup untuk membangunkan `taman’ kehagiaan dalam kehidupan saudara. Oleh itu, saya sengaja menulis bab ini supaya saudara dapat memahami dengan lebih jelas cara mendapat kejayaan dan kebahagiaan melalui doa, syukur dan sabar.

Sepatutnya syukur dan sabar mesti berjalan seiring. Syukur adalah hasil kesabaran. Orang yang selalu bersabar besar kemungkinan memiliki tingkat kesyukuran yang juga besar.

Saya gembira saudara sudah selesai membaca bab sebelumnya. Kenapa? Setidak-tidaknya saudara sudah faham dan tahu tenaga-tenaga yang tersimpan dalam Quran dan bagaimana Quran mengemukakan Hukum Tarikan. Saudara sudah faham apa itu tenaga doa dan mengapa doa orang itu tidak dimakbulkan. Saudara juga faham cara-cara mendatangkan rasa syukur dalam jiwa saudara. Begitu juga dengan kesabaran. Saya yakin saudara sudah faham makna dan cara mengamalkan kesabaran dalam kehidupan saudara.

Sekarang tiba masanya saudara mengandingkan ketiga-tiga komponen ini iaitu doa, syukur dan sabar. Mungkin soalan penting ini akan muncul dalam kepala kita, kenapa kita mesti mengandingkan ketiga-tiga komponen itu? Bukankan satu sahaja sudah mencukupi?

Marilah kita cari jawapannya bersama-sama.

Selama ini, saya perhatikan yang perhatian kita lebih tertumpu kepada satu tenaga sahaja. Kita mungkin lebih menumpukan perhatian pada doa ataupun pada sabar sahaja. Seolah-olah doa, syukur dan sabar adalah tiada kaitan antara satu sama lain.

Walhal, ketiga-tiga komponen itu berkait rapat dan perlu wujud bagi membangunkan kebahagiaan dalam hidup ini. Doa, Syukur dan Sabar perlu dipadukan dalam satu gandingan. Mari kita lihat satu contoh. Bayangkan saudara membuat secawan the tanpa gula. Apa rasana? Tentu pahit bukan? Bagi menghidangkan secawan the yang sedap, saudara perlu meletakkan gula sebagai pemanis. Saudara juga perlukan air panas dan sudu untuk mengacaunya. Begitu juga apabila saudara campurkan sebuk teh, air panas dan juga gula. Kemudian, dikacau hingga gulanya hancur. Rasanya tentu enak.

Begitu juga dengan kehidupan. Kita perlukan doa, syukur dan sabar. Kemudian kita adunkan ketiga-tiga bahan itu. Dalam perkataan lain, apabila kita gandingkan ketiga-tiga bahan itu, kita akan berasa bahagia menjalani kehidupan ini.

Masalahnya, hingga saat ini kita berdoa tanpa rasa syukur. Kita bersyukur tanpa kesabaran. Apabila kita diberi nikmat, kita mestilah bersyukur. Apabila Tuhan menguji kita dengan kesengsaraan, kita mesti bersabar. Sebaik-baiknya, syukur dan sabar harus berjalan seiring. Syukur adalah hasil dari kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar, besar kemungkinan memiliki tahap kesyukuran yang juga standing. Orang yang sabar selalunya mempunyai kesedaran bersyukur yang mantap. Walau bagaimanapun, ada juga orang yang selalu bersyukur tetapi tidak mampu menahan sabar apabila nikmat dan rezeki mereka diambil semula oleh Tuhan.

Saya ingin mengingatkan saudara kepada kata-kata Nabi Muhammad mengenai kesabaran dan kesyukuran, “Urusan orang yang beriman sangat unik. Semua urusan baik bagi mereka. Perkana ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Jika dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur dan itu bagi baginya. Kalau dia ditimpa kesulitan, dia bersabar dan itu juga baik untuknya” (Direkodkan oleh Muslim).

Kata-kata Nabi Muhammad itu meyakinkan saya supaya sabar dan syukur dilakukan seiring. Apabila kita mendapat kesenangan, kesyukuran adalah bayarannya dan ketika kita ditimpa kedukaan, sabar pula bayarannya. Semua bayaran itu ditujukan demi kebaikan diri kita sendiri. Ramai orang yang bersyukur dan bersabar mendapat limpahan hidayah daripada Tuhan. Jika kita tidak menutup ataupun menghalang kesempatan, kesenangan dan juga kesengsaraan, pintu inspirasi iaitu hidayah Tuhan terbuka untuk kita memperbaiki diri. Kesabaran (istibar) dan kesyukuran (tayakkur) haruslah bersatu.

Apa yang saya tegaskan dalam bahagian ini adalah doa, syukur dan sabar perlu hadir dalam diri kita. Ketiga-tiga komponen ini berganding dan menjadi satu keutuhan. Paduan itu perlu terus bersatu pada tempat yang terdalam dalam hati kita. Ia tidak boleh bekerja sendirian. Doa kita tidak mungkin terkabul tanpa kehadiran sifat syukur dan sabar. Kita mesti renung perkara ini sedalamnya.

Mungkin hingga saat ini, saudar asudah bersungguh-sungguh menadah tangan kepadanya. Saudara memohon harapan dan keinginan daripadanya. Hakikatnya, doa-doa kita tidak dikabulkan secepat yang dihajati. Ini membuat kita berasa kecewa, marah dan putus asa.

Selain meminta daripada Tuhan, Saudara perlu memiliki kesabaran dan kesyukuran.

Sebenarnya, Tuhan sentiasa mengabulkan permintaan hamba-hambanya. Dia memberi apa yang kita inginkan. Malah, hingga detik ini di amemberi apa yang kita minta, walaupun kadang-kadang kesabaran tidak wujud dalam diri kita. Masalahnya, kita belum tahu apa sebenarnya keinginan kita itu. Kita memang berdoa setiap hari, memohon dikabulkan impian dan cita-cita kita.

Tetapi, sudahkan saudara bertanya pada diri sendiri dan juga pada Tuhan apakah keinginan itu sesuai dengan diri saudara dan juga isi hati saudara? Mungkin apa yang saudara idamkan tidak sesuai dengan isi hati saudara iaitu kata-kata dan hati saling bertentangan. Maka, saya sarankan saudara memohon kepada Tuhan supaya ditunjukkan apa yang kita inginkan itu.

Selain daripada memohon kepada Tuhan, saudara perlukan kesabaran dan kesyukuran. Kemudian, gabungkanlah tenaga doa syukur dan sabar. Tuhan pasti mengkabulkan doa-doa saudara dan kehidupan saudara akan menjadi lebih tenang, bahagia, aman dan tidak ada lagi keluh kesah.

Bagaimanakah ketiga-tiga komponen itu bekerja dalam kehidupan kita hingga doa-doa kita dikabulkan, hidup kita bahagia, tenang dan damai? Terdapat beberapa cara yang boleh saudara lakukan supaya doa dipenuhi, hingga hidup ditaburi `bunga-bunga’ kebahagia. Antaranya adalah:

· Ketahuilah apa sebenarnya saudara inginkan

· Teruslah berdoa, sama ada ketika senang ataupun susah

· Tanamkan kuat-kuat tujuan doa saudara

· Wujudkan rasa syukur dalam hati

· Gunakan `tenaga sabar’ untuk bangun dari kegagalan dan menyinari kegelapan hidup

· Solatlah dengan syukur dan sabar

Sekarang mari kita amalkan satu per satu!

Pertama: Ketahuilah Apa Sebenarnya Saudara Inginkan

Mengenai keinginan-keinginan kita bukanlah perkara mudah Lebih-lebih lagi bagi mengenali keinginan yang sesuai dengan hati kita. Kita selalu bersoa kepada Tuhan dan meminta perkara yang tidak seusai dengan isi hati kita. Kita selalu meminta kepadanya supaya diberikan rezeki. Kita meletakkan harapan tinggi atas dosa-dosa kita itu.

Walhal, dalam hati, sudara sering berasa takut, takut menjadi miskin. Hati saudara seslalu tertumpu pada kemiskinan, saudara sering tertanya-tanya dan berasa ragu sama ada doa saudara saudara akan terkabul ataupun tidak. Jika beginilah keadaaannya, apa yang saudara minta itu sebenarnya tidak sesuai dengan isi hati saudara.

Saudara meminta kebahagiaan tetapi hati saudara diselaputi kemurungan. Saudara memohon limpahan rezeki tetapi saudara selalu takut pada kemiskinan dan ragu-ragu sama ada doa saudara akan dipenuhi ataupun tidak.. Ketika saudara berdoa supaya diberikan kelapangan, hati saudara masih dihimpit kesempitan. Dalam keadaan begini, saudara sebenarnya belum dapat mengenali keinginan-keinginan saudara.

Cara paling berkesan bagi enenali apa saudara inginkan adalah dengan pertanya pada diri sendiri. “Jadi, apa sebenarnya saya inginkan?” Kemudian, pastikan perkara-perkara itu memuat diri sauedara senang dan jadikanlah pengenalan diri ini sebagai satu kebiasaan. Catatlah apa sahaja yang mebuat saudara senang dan gembira selama ini. Hanya saudara tahu apa yang membuat saudara lebih bersemangat, gembira dan dapat mengerjakannya dengan mudah.

Bagi memudahkan saudara mencari keinginan-keinginan yang `tersembunyi’ itu, tanyalah diri saudara seolah-olah berikut. Berdialoglah dengan diri saudara! Istafti qalbaka! Kata Nabi Muhammad. Berkomunikasilah dengan diri saudara sendiri seperti:

· Apakah sebenarnya keinginan-keinginan saya?

· Kenapa saya mahukan perkara-perkara itu?

· Sekiranya saya Berjaya mendapatkan keinginan itu, apakah saya berasa bahagia? Apabila saya bahagia, apa yang menyebabkan kebahagiaan itu?

· Adakah saya akan tersenyum bahagia ketika memperoleh keinginan-keinginan itu? Mengapa?

· Apakah makna kebahagiaan menurut pandangan saya?

Renung soalah-soalan di atas dan jawab dengan jujur. Insya-Allah, saudara tentu dapat mengenali keinginan-keinginan sudra dengan segera. Jadikanlah keinginan-keinginan itu sebagai kebiasaan hidup saudara secepat mungkin.

Mari kita lihat satu contoh. Saudara suka member ceramah. Saudara mempunyai keupayaan berceramah yang hebat. Saudara mampu member ceramah dengan baik. Malah, sudah banyak kali saudara diberi kepercayaan mengendalikan program-program motivasi dan juga acara-acara yang melibatkan orang ramai. Saudara rasa bersemangat ketika berucap di hadapan orang ramai. Saudara gembira berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan orang lian melalui gaya bersyarah saudara yang unik. Saudara juga menggelar diri sebagai `penceramah ulung’, `singa podium’, `jurulatih sejati’, `pakar mtivasi berbakat’, `pemimpin hebat’, dan sebagainya.

Jadi berdoalah supaya Tuhan member jalan terbaik bagi meningkatkan rezeki saudara melalui kebahagiaan saudara itu. Mohonlah kepada Tuhan supaya keupayaan saudara itu menjadi semakin naik. Berdoa juga supaya keupayaan saudara itu meningkat naik dan mampu menghasilkan rezeki yang lebih. Saudara berharap menjadi orang yang Berjaya serta yakin dapat melakukannya dan beroleh kejayaan.

Sebaik-baiknya, syukur dan sabar perlu berjalan seiring. Syukur adalah hasil daripada kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar, bersar kemungkinan memiliki tahap kesyukuran yang setanding.

Saya yakin saudara tentu menjadi penceramah yang handal jika keinginan itu dikuatkan dengan doa. Kesabaran dan kesyukuran juga dipadukan dengan doa itu dan saya yakin `mimpi’ itu pasti segera menjadi kenyataan. Rezeki juga tentu mengalir masuk dengan deras dalam hidup saudara. Contoh ini adalah kenyataan yang betul-betul berlaku dalam hidup saya.

Sejak berada di sekolah menengah, saya suka member ceramah. Malah, saya bercita-cita menjadi ketua syarikat. Saya tahu bagi menjadi ketua syarikat, kemampuan bertutur diperlukan. Pemimpin bukan sahaja mesti bijak dalam logic dan matematik, tetapi juga handal berkata-kata. Bahkan, pemimpin mesti memiliki tahap kecerdasan bertingkat-tingkat iaitu daripada segi intelektual, emosional dan kerohanian.

Saya juga memerhatikan bahawa pemimpin-pemimpin yang berpengaruh di dunia. Ternyata mereka adalah orang-orang yang memiliki kemampuan berpidato yang baik. Mereka mampu mempengaruhi orang yang dengan untaian kata-kata yang memberangsangkan. Mereka adlah pemidato yang berkesan.

Saya terus melakukan kebiasaan itu iaitu berlatih becakap di hadapan orang ramai. Di kampus tempat saya belajar saya selalu cuba memberi pendapat dan pandangan mengenai pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah saya. Saya sering berbincang dengan teman-teman lain. Kebiasaan yang dipupuk ini menyebabkan kemampuan saya berkomunikasi secara lisan bertambah baik.

Saya gembira apabila teman memberi saya kesempatan bagi memberi motivasi kepada peserta latihan pembangunan diri. Saya bernasib baik dan bersyukur kerana Berjaya mengelolakan program itu dengan baik. Daripada pengalaman inilah, bermulanya aktiviti saya sebagai penceramah. Ramai kawan dan teman sekerja memberi kepercayaan kepada saya bagi mengendalikan acara-acara di kampus ataupun majlis-majlis antara kampus. Malah hingga hari ini, tidak terkira bilangan ceramah motivasi ataupun latihan penulisan yang saya berikan kepada orang ramai. Tidak terbilang lagi pengalaman yang saya peroleh.

Hati saya berbisik, “Doa saya dikabulkan setiap kali saya menadah tangan di hadapannya.” Saya bertambah yakin, faktor penting bagi orang yang berdoa adalah mengenal dirinya sendiri dan juga keinginan-keinginannya. Salah satu daripada nya sudah saya sebutkan dari awal lagi iaitu kenali perkara-perkara yang saudara gemari dan jadikan perkara ini sebagai kebiasaan saudara.

Walaupun saudara belum tahu perkara-perkara yang saudara senangi, jangan bersusah hati. Berdoalah kepadanya. Minta diberi petunjuk olehnya. “Ya Tuhan, berikanlah aku petunjuk. Apakah sebenarnya keinginan yang ada dalam hati-ku ini. Bukakanlah pintu hatiku ini. Ya Tuhan.” Tuhan maha mengetahui kehendak sebenar yang ada dalam hati kita. Walau bagaimanapun, kita juga perlu meningkatkan doa kita kepadanya. Jangan bosan dan letih memanjatkan doa memohon petunjuk daripadanya. “Ya Tuhan, apa sebenarnya yang engkau inginkan dalam kehidupanku ini. Berilah aku petunjukmu.”

Banyak lagi contoh orang yang berjaya meraih kejayaan kerana sejak dari mula lagi mereka sudah tahu apa yang diinginkan. Mereka faham keinginan mereka dalam menjalani kehidupan ini. Sejak usia muda lagi, Bill Gates tahu beliau mahu menjadi pakar dalam bidang perisian computer. Hari ini, beliau dikenali sebagai orang yang Berjaya. Walhal, belaiu pernah berhenti sekolah. Beliau bukanlah orang yang cerdas.

William H. Gates adalah nama penuh beliau yang dilahirkan pada 28 Oktober 1955. Beliau adalah akal pintar di sebalik Microsoft, syarikat global yang terlibat dalam bidang pembuatan perisian dan teknologi internet untuk computer peribadi dan perniagaan. Siapa yang tidak tahu perisian bernama Windows dan juga Microsoft Office yang dicipta syarikatnya? Microsoft adalah raja perisian yang berlum dapat dikalahkan. Semua orang di dunia kenal dengan produk buatan Microsoft ini.

Bill Gates membesar di Seattle, Amerika Syarikat bersama dua saudara perempuannya. Semasa kecil, Bill adalah budak yang berkeyakinan diri. Beliau dididik bapanya, William Gates, seorang peguam dan ibunya, Mary Gates seorang pensyarah.

Minat dan bakatnya dalam bidang perisian bermula sejak beliau berusia 13 tahun. Pada tahun 1973, ketika belajar di Universiti Harvard, salah sebuah Universiti terkenal, beliau mencipta bahasa pemprograman BASIC untuk computer mikro. Pada tahun 1975, beliau mengambil keputusan berhenti belajar dan memulakan syarikatnya, Microsoft, dengan bantuan teman karibnya, Paul Allen.

Impian sederhana Bill Gates ketika itu adalah mencipta system perisian yang memudahkan setiap pengguna computer seluruh dunia. Beliau mahu menjadikan computer sebagai teman sejati mansia. Impian Bill Gates tidak berjalan lancar. Ramai orang meragukan usahanya. Maklumlah ketika itu computer adalah barang elit yang dapat digunakan oleh orang pintar sahaja.

Tetapi, impian sederhana Bill Gates itu terlalu besar dan tidak dapat dimusnahkan oleh keterbatasan yang dimilikinya. Beliau menjadikan garaj rumahnya sebagai bengkel kerja dan pejabat. Di sinilah Bill
Gates memulakan kerjayanya hingga menjadi orang terkaya di dunia melalui idea hebatnya, MICROSOFT.

Itu kisah Bill Gates. Kisah kejayaan Bob Sadino berbeza pula. Lelaki bergaya yang tidak pernah lepas daripada seluar pendeknya yang lusuh ini adalah salah seorang usahawan sejati yang memulakan usahanya daripada bawah. Bob Sadino juga bukan berasal daripada keluarga usahawan. Kemampuan berdiaganya muncul ketika beliau berhadapan dengan masalah.

Selepas merantau selama Sembilan tahun di Belanda dan Jerman, sejak tahun 1958, beliau rindukan kampung halamannya dan megambil keputusan balik ke Negara asalnya. Beliau membawa isterinya pulang dan memulakan kehidupan yang serba kekurangan. Walhal sebelum itu, mereka hidup mewah dan bergaji besar. Mereka membawa pulang dua kereta Mercedes, keluargan tahun 1960an. Satu daripadanya dijual dan wangnya digunakan untuk membeli sebidang tanah di Kemng, Jakarta Selatan. Manakala, sebuah lagi dijadikan teksi dan Bob sendiri menjadi pemandunya.

Bob bertekad tidak lagi mahu bekerja di bawah perintah orang. Pengalaman menjadi pekerja selama berbelas tahun sudah cukup baginya. Jadi beliau sanggup, melakukan apa sahaja demi menyara diri dan juga isterinya. Asalkan belkau bebas menggnakan masanya mengikut kehendak sendiri. Selepas kereta yang digunakan sebgai teksi itu mengalami kemalangan, Bob bertukar pekerjaan. Dia menjasi buruh bangunan dengan gaji 100 rupiah iaitu lebih kuran gtiga sen setiap hari. Bekerja membanting tulang menjadi kebiasaanya.

Bagi menenangkan fikirannya, Bob menerima 50 ayam daripada temannya, Sri Mulyono Herlamabng. Inspirasi memulakan Syarikat Kem Chicks muncul secara tidak sengaja ketika Bob memerhatikan ayam-ayamnya itu. Beliau berfikir, “Ayam-ayam mampu berjuang untuk hidup, apalagi Bob, manusia yang mempunyai akal fikiran”. Bob mula menjaga ayamnya lebih serius. Kebetulan , ketika itu belum ada penternak ayam di Kemang dan penduduk di situ suka mendapatkan bekalan telur.

Setiap hari, Bob dan isterinya berniaga telur. Lebih kurang dua tahun pelanggannya sudah ramai terutamanya golongan pegawai Kemang. Maklumlah, Bob dan isterinya fasih berbahasa inggeris. Cara Bob menjual telur juga naik. Bob percaya mutu layanan kepada pelanggan adalah penting. Oleh itu, Bob cuba tidak mengecewakan pelanggan-pelanggannya dan memberikan layanan sebaik mungkin.

Tuhan tidak suka melihat hamba-hambanya memanjatkan doa kepadanya hanya ketika mereka ditimpa musibah dan apabila musibah pergi, mereka melupakannya.

Suatu hari, Bob sengaja meletakkan telur busuk antara telur-telur yang dibeli salah seorang pelanggannya. Beliau berbuat demikian kerana mahu membuktikan ucapannya mengenai layanannya yang bagus. Sudah tentu tindakkannya kali ini menimbulkan rungutan daripada pelanggan tetapnya. Bob tidak panik, sebaliknya beliau gembira. “Akhirnya ada juga orang yang marah…..,” katanya dalam hati.

Bertepatan dengan janjinya, Bob membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kecewa itu. Beliau bukan sahaja mengganti telur busuk itu, tetapi beliau juga member beberapa telur elok sebagai ganti rugi. Pelanggan itu berasa gembira. Maka, tersebarlah dari mulut ke mulut mengenai layanan baik yang diberikan Bob. Pelanggan kem Chicks kian bertambah. Bilangan pelanggan semakin meningkat. Bob Sodino Berjaya meraih kepercayaan di mata pelanggannya.

Selepas ktu, perniagaan Bob menjadi semakin maju. Beliau Berjaya manjadi pemilik tunggal Kem Chicks dan pengusaha ladang sayur menggunakan system hidroponik. Kemudian, Bob menubuhkan pula Kem Food, syarikat memproses daging di Pulogadung dan kedai Shaslik di Blok M, Kebayoran Baru, Jakarta. Catatan awal tahun 1985 menunjukkan syarikat Bob menjual antara 40 hingga 50 tan daging segar, 60 hingga 70 ton daging prosesdan 100 tan sayur segar.

Begitulah kehidupan Bill Gates dan Bob Sadino yang berjuang bersungguh-sungguh demi mewujudkan keinginan mereka. Mereka tahu dan faham apa yang diinginkan. Walau badai kesengsaraan dan kegagalan menimpa, mereka tidak gentar. Malah mereka bangkit semula dan terus mengejar keinginan mereka. Mereka tidak takut menghadapi halilintar dan tidak mudah menyerah kalah.

Bagaimana pula dengan diri saudara? Sudahkah saudara, mengenali keinginan-keinginan saudara sendiri? Apakah yang saudara suka dan minat dalam kehidupan?.

Jika saudara belum lagi mengetahui impian saudara, mohonlah kepada Tuhan supaya diberi kemudahan dan yang terbaik dalam hidup. Saudara dapat memohon keinginan-keinginan ini daripada Tuhan kerana Tuhan sudah pun membuat perancangan untuk hamba-hambanya. Oleh sebab tiu, tidak salah jika saudara bertanya kepadanya, apa yang Tuhan inginkan dan rancangkan dalam hidup saya?

Kedua: Berdoalah , Tuhan Pasti Menyambutnya.

Teruskan berdoa! Ini adalah nasihat yang kuat dan mempengaruhi hidup saya. “Teruskan berdoa wlaupun doa saudara masih belum dikabulkan!” Hingga hari ini, ungkapan ini terus wujud dengan jelas dalam hidup saya. Sampai bila-bila pun, hati saya sentiasa berdoa meminta keinginan-keinginan walaupun ia belum lagi wujud. Saya tidak akan berhenti mengadu kepadanya kerana yakin Tuhan mengabulkan doa saya. Jika saya berhenti berdoa kepadanya, itu bermakna saya kufur pada nikmat Tuhan. Apabila kita kufur (kufr) bermakna kita menutup kebenaran dan tidak mahu mengaku yang kita sudah menerima banyak nikmat daripadanya. Maka, berdosalah saya!

Dalam keadaan apa pun, kita mesti terus bermunajat pertolongannya, sama ada semasa susah mahupun senang. Doa perlu dilakukan secara berterusan dan berkesinambungan. Tuhan tidak suka melihat hamba-hambanya memanjatkan doa kepadanya hanya ketika ditimpa musibah dan abbila musab pergi, mereka melupakannya.

Perkara di atas mengingatkan saya mengenai nasihat Nabi Muhammad kepada sahabatnya, Abu Dzar. Saya pernah membaca kisah itu di dalam buku yang saya beli beberapa tahun lalu. Saya cuba mengingat nama buku itu tetapi saya betul-betul lupa. Apa yang saya ingat hanya warna kulit buku itu. Warnanya putih dan ukurannya lebih kurang ama dengan buku-buku lain.

Saya memeriksa semua buku yang tersusun di dalam almari buku saya. Saya periksa satu per satu. Namun, saya tidak Berjaya menemuinya. Saya mula berasa putus asa. Lalu, saya berhenti mencarinya. Saya cuba mempraktikkan Hukum Tarikan.

Saya bertanya kepada diri saya sendiri, “Jadi, apa yang saya inginkan?”

Tiba-tiba hati saya menjawab, “Saya mahu mencari nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Dzar berkenaan Doa.” Saya tumpukan fikiran pada keinginan saya ketika itu, saya mesti jumpa cerita itu. Beberapa minit kemudian, fikiran dan perasaan saya mula focus perkara yang saya inginkan. Kemudian, saya menadah tangan lalu berdoa, “Ya Tuhan, tunjukkanlah buku itu. Bantulah aku menemui cerita itu. Bantulah aku, ya Tuhan”.

Saya terkejut bukan kepalang. Rupa-rupanya buku yang saya cari itu berada betul-betul di hadapan mata saya. Tetapi buku itu dihalang buku lain yang warnanya hamper sama. Maka, saya tidak dapat melihatnya. Sekarang, buku itu berada di depan saya. Saya membaca isi kandungannya. Betul! Buku inilah yang saya cari-cari. Buku itu diterjemahkan ke Bahasa Indonesia dengan tajuk Adan Doa Mustajab, karya Sa’id Al-Lahham. Ternyata Hukum Tarikan sudah bekerja dalam hidup saya.

Berbalik kepada perbincangan kita tadi di mana kita dianjurkan berdoa dalam keadaan apa pun. Sama ada ketika susah mahupun senang, sempit ataupun lapang, keadaanya sama sahaja. Kita mesti terus berdoa kepadanya. Saya ingin petik beberapa perkara daripada buku yang saya temui tadi.

Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dzar, “Wahai Abu Dzar! Mahukah kamu aku ajarkan beberapa taklimat dan dengan khidmat ini, Tuhan member manfaat kepadamu.”

“Tentu mahu, ya nabi!” jawab Abu Dzar.

“Bertakwalah kepada Tuhan dan Tuhan tentu membimbing kamu. Ingatlah selalu pada Tuhan dan kamu akan temui dia tepat di depan kamu. Ingatlah Tuhan ketika kamu senang keran dia ingat kamu ketika kamu susah. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Tuhan. Apabila kamu perlukan bantuan, mintalah kepda Tuhan, kerana apa yang berlaku hingga hari pembalasan sudah ditetapkan. Walaupun seluruh makhluk berusaha membntu kamu mendapat perkara yang tidak ditetapkan Tuhan meraka tentu tidak dapat melakukannya.”

Jadi tidak dapat dinafikan, orang yang selalu berdoa semasa susah mahupun senang pasi menerima sambutan baik daripada Tuhan. Maka, sebaik-baik perbaikilah diri dan tindakan kita. Sudahkan kita menyatakan keinginan kita dan memanjatkan doa semasa kita berada dalam keadaan susah mahupun senang? Jik abelum, inilah masa yang sesuai bagi melakukannya.

Imam Ja’far Ash-Shadiq menegaskan orang yang selalu berdoa kepada Tuhan di kala senang, doanya pasti dijawab di kala dia mengalami kesusahan. Semua penghuni langit akan berkata, “Itu sura yang kami kenal”, dan tidak akan hilang dari langit. Sebaliknya, orang yang melupakan Tuhan ketika diberi kesenangan, Tuhan tidak menjawab doa mereka ketika mengalami musibah. Penghuni langit tentu berkata,”Itu suara yang tidak kami kenal.” Ini bertepatan dengan kata-kata Tuhan, “Mereka melupakan Tuhan, maka Tuhan melupakan mereka”, Surah al-Taubah ayat 68).

Apabila saudara sudah tidak mahu berdoa kepadaNya, saudara termasuk dalam golongan orang yang sombong dan takbur. Doa adalah salah satu bentuk penghargaan kita kepada Tuhan. Doa menjadi tanggungan manusia sebagai hamba Tuhan. Jadi kenapa kita enggan `merenggek’ di hadapanNya? Berdoalah! Titiskanlah air mata penuh kesungguhan di hadapan kekuatan Tuhan. Dengan begitu, kita mengakui dan meyakini keneradaannya. Hidup dan mati kita juga berada di bawah kekuasaannya. Dia yang maha memiliki kekuasaan…..” … Berdoalah kepada – Ku, nescaya akan aku pekenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mukmin at 60).

Hukum Tarikan (sunatullah) menggandakan apa sahaja yang saudara perhati ataupun fikirkan dengan setiap tenaga dan fikiran saudara. Ketika saudara mahu keinginan saudara dimakbulkan Tuhan, curahkan seluruh perasaan dan fikiran saudara pada keinginan-keinginan itu.

Ketiga: Tanamkan Kuat-Kuat Tujuan Doa Saudara

Saudara mungkin belum cukup mengenali keinginan saudara. Maka, saudara perlu memberikan lebih perhatian positif kepda apa yang sudara inginkan. Perhatian positif inilah yang mesti diwujudkan dengan doa saudara. Sebaik-baiknya, mulai saat ini, penuhi doa saudara dengan nilai-nilai positif. Jauhilah fikiran-fikiran negatif. Contohnya, elakkan diri dan fikiran daripada berfikir perkara yang mendatangkan keraguan, ketakutan, kebimbangan dan kegelisahan.

Apakah sebabnya?

Ini kerana Hukum Tarikan (sunatullah) menggandakan apa sahaja yang saudara perhati ataupun fikirkan dengan setiap tenaga dan fikiran saudara. Ketika saudara mahu keinginan saudara dimakbulkan Tuhan, curahkan seluruh perasaan dan fikiran saudara pada keinginan-keinginan itu. Lupakan dan buang jauh-jauh segala keraguan, kekhuatiran, ketakutan dan keresahan saudara. Bertenanglah! Perlahan-lahan kawallah perasaan dan fikiran saudara, alihkan tumpuan perasaan dan fikiran kepada perkara-perkara yang saudara inginkan supaya ia menjadi kenyataan.

Begini caranya, sebelum berdoa bagi meminta keinginan yang sudah saudara kenal pasti tetapi masih ragu-ragu sama ada doa saudara akan terkabul atau tidak, berhentilah sejenak. Diam untuk seketika. Tenangkan fikiran dan tarik nafas. Kemudian, tanamkan tujuan saudara bagi berdoa bersungguh-sungguh dalam hati. Contohnya, saudara boleh memohon, “Ya Tuhan, dengan rasa ikhlas hati dan rendah diri, saya memohon kepada Mu…………” Selepas itu, ucaplah permohonan saudara.

Kemudian, tumpukan perasaan dan fikiran pada keinginan saudara. Jangan fikirkan perkara negatif. Ketika fikiran negatif cuba menggangu konsentrasi saudara diamlah sejenak. Kuatkan semula tujuan berdoa saudara. Ikhlaslah dan berdoa semula!

Apabila saudara Berjaya memberi sepenuh perhatian pada keinginan-keinginan saudara dalam doa, keinginan itu pasti terbawa ke dalam getaran fikiran dan perasaan yang saudara pancarkan kea lam sekitar. Hukum Tarikan bertindak balas dengan getaran yang saudara pancarkan ketika itu. Malah, ketika perhatian saudara tertumpu sepenuhnya kerana Tuhan, Lillahi taala, doa saudara mampu menggerakkan apa pun.

Nabi Muhammad pernah menyatakan perkara ini. Dalam hadis yang dilaporkan oleh Muadz bin Jabal, nabi berkata, “Apabila kamu mengenal Tuhan sebagaiana ida mesti dikenali, kamu pasti dapat menggerakkan gunung dengan doa-doa kamu”

Begitulah pentingnya menanamkan tujuan doa dan menumpukan fikiran dan perhatian kita pada keinginan-keinginan yang kita lantunkan semasa berdoa. Ingat! Mengenal pasti keinginan kita sebelum berdoa adalah cara terbaik meraih jawaban daripada Tuhan.

Keempat: Dari Mana Datangnya Keraguan Itu?

Walaupun kita menanam kuat-kuat tujuan kita berdoa, keraguan masih bersarang dalam hati kita. Keraguan ini berasal daripada keyakinan yang menghalang keinginan-keinginan itu daripada berlaku.

Apakah keyakinan yang menghalang keinginan-keinginan saudara itu? Ia adalah fikiran negative yang berkali-kali muncul dalam kepala kita. Fikiran seperti itu selalu menghantui fikiran kita. Akibatnya, kita memancarkan getaran fikiran negatif kea lam sekitar dan ini membuatkan alam sekitar bertindak balas pada getaran negatif kita itu. Ketika saudara memancarkan getaran tidak yakin kepada alam sekitar, alam sekitarakan bertindak balas pada ketidakyakinan saudara itu. Maka saudara betul-betul mengalami keraguan dan tidak yakin keinginan saudara dikabulkan. Keinginan saudara pupus di tengah jalan.

Adakah cara mengenali keyakinan-keyakinan yang menghambat diri kita?

Ya, ada cara mudah mengenalinya. Penghambat keinginan ini dapat kita kenal dengan senang melalui `alas an-alasan’ yang kita timbulkan semasa kita mahu cita-cita dan permintaan itu dipenuhi. Alas an itu, dapt ditemui ketika kita mengucapkan perkataan `kerana’. Contohnya, “Saya tidak mungkin menjadi kaya kerana…….”

Berikut adalah beberapa Contoh:

· Saya mahu menjadi kaya tetapi tidak mungkin kerana saya berasal dari keluarga miskin.

· Saya mahu menjadi peguam hebat tetapi tidak mungkin kerana saya terlalu muda.

· Saya ingin mendapatkan pasangan berakhlak baik dan berwajah cantik ataupun tampan tetapi tidak mungkin kerana wajah saya tidak cantik ataupun tampan.

· Saya mahu bertubuh langsing tetapi sukar menjadikannya kenyataan kerana semua anggota keluarga saya gemuk dan sebagainya.

Sebenarnya masih banyak contoh ungkapan ataupun penghalang keyakinan yang ada dalan diri kita, yang menghalang diri kita daripda menjadi lebih baik. Kenyataannya, dalam hidup ini kita sering mengungkapkan kata-kata seperti di atas. Mulai daripada bangun pagi, kita sudah mula memberitahu diri kita tidak ada pelanggan yang tertarik pada barang jualan kita. Sekiranya kita penjual, akibatnya, kita tidak mendapat seorang pelanggan pun.

Ada juga kerugian yang kita dapat disebabkan perkara ini. Pertama, kita berasa kecewa dan putus asa sebelum kita mula berjualan dan ini membuatkan kita berjualan dengan perasaan hampa dan kesal. Kita membebankan perasaan kita. Kita berprasangka bukurk (su’uzhzhan). Kasihanilah perasaan saudara! Kedua, jika betul pelanggan tidak tertarik pada barang jualan saudara, jika saudara sudah tentu memberontak. Saudara lupa sebenarnya Tuhan sedang menguji ketahanan diri saudara. Tetapi, oleh kerana dari mula lagi perasaan saudara dipenuhi rasa tidak yakin dan ikhlas, saudara terus menyalahkan diri sendiri. Saya memang tidak boleh menjadi penjual yang baik. Lebih baik saya berhenti sahaja!

Sebaik-baiknya, sebelum memulakan sebarang pekerjaan, perbaharuilah tahap perasaan dan fikiran saudara. Bahagiakanlah diri dan pekerjaan yang dilakukan, hingga saudara berasa bahagia dan gembira meninggalkan rumah menuju ke tempat kerja. Yakinlah yang hari ini rezeki Tuhan bakal datang melimpah ruah. Yakinlah, kegigihan yang saudara tanam membuahkan hasil memuaskan.

Mudah-mudahan, dengan keyakinan seperti ini, saudara dapat meraih keuntungan yang cukup bagi kehidupan saudara. Walaupun hari ini pelanggan tidak tertarik pada jualan saudara, setidak-tidaknya saudara masih memperolehi keuntungan lain. Perasaan saudara tetap bahagia lalu saudara bersyukur, optimis dan sabar. Saudara juga mendapat pahala atas kesyukuran dan kesabaran yang saudara amalkan sepanjang saudara bekerja.

Kelima: Menghidupkan Rasa Syukur Dalam Hati

Rasa syukur dapat membantu saudara menghasilkan lebih banyak getaran fikiran dan perasaan positif yang luar biasa. Apabila saudara mensyukuri sesuatu, sesungguhnya saudara sudahpun memancarkan perasaan dan fikiran kebahagiaan yang benar-benar murni. Bagaimanakan perasaan saudara ketika mengucapkan terima kasih yang tulus kepada orang lain? Saudara berasa bahagia dan gembira, bukan?

Saudara berasa bahagia ketika mengucapkan rasa `syukur’ kepda orang lain dengan `ucapan terima kasih’. Sekarang, sudahkah saudara rasakan kebahagiaan mendalam ketika Tuhan memberikan nikmat dalam hidup saudara? Sekecil manapun nikmat itu, ketika kita menghargai nikmat itu dengan ucapan terima kasih, kita tentu dapat memancarkan kebahagiaan secara pasti dalam kehidupan ini.

Dengan rasa tenang dan gembira, yang mana adalah perasaan syukur kita kepada Tuhan, kita sebenarnya sedang mengundang harapan supaya keinginan-keinginan kita dikabulkan. Pada hakikatnya, keinginan kita sudah pun dikabulkan.

Tumpukan perhatian pada apa yang saudara inginkan. Dengan memaksimumkan perkara ini, keyakinan saudara menjadi semakin kuat. Saudara bertambah yakin yang saudara dapat mencapai keinginan-keinginan saudara itu.

Apabila saudara mampu menghidupkan rasa syukur dalam hati ketika berdoa, saya yakin saudara pasti hidup tenang, damai dan bahagia. Keinginan-keinginan saudara pasti segera datang dan menemui kehidupan seharian saudara. Cuma selama ini kita belum faham cara menghidupkan kesyukuran itu.

Cara menghidupkan kesyukuran dalam hati ketika berdoa adalah mudah. Cuma amalkan tiga cara berikut iaitu Yakinlah! Rasakanlah! Dan Rebutlah!

Mari kita amalkan satu persatu:

a. Yakinlah!

Langkah pertama yang perlu diambil bagi memastikan doa itu terkabul adalah menguatkan keyakinan kita. Apabila ada keyakinan, Tuhan pasti mengabulkan segala keinginan kita. Keyakinan itulah yang diamalkan oleh orang berjaya dari dahulu hinggalah sekarang. Mereka terfokus pada keyakinan mereka. Mereka yakin setiap usaha yang dilakukan pasti menghasilkan kejayaan besar. Walaupun ada onak duri dan rebut taufan yang menghalang langkah, mereka tidak pernah mengeluh dan merungut. Perhatian mereka tetap pada tujuan yang satu.

Sebaliknya, orang gagal lebih terfokus pada keraguan mereka. Mereka ragu-ragu dan tidak pasti keinginan mereka akan tercapai. Fikiran mereka lebih tertumpu pada perkara-perkara yang menakutkan diri mereka. Akibatnya, bukan kejayaan yang mereka dapat, tetai mereka mendapat apa yang difokuskan iaitu ketakutan, kebimbangan dan sebagainya. Mereka tidak pernah mendapat apa yang mereka idamkan kerana mereka tidak focus sepenuhnya pada apa-apa yang dicita-citakan itu.

Sebagai contoh, katakanlah saudara memiliki computer yang selalu rosak dan saudara mahu computer baru. Tujuan saudara adalah mendapatkan computer baru, tetapi perhatian saudara terfokus kepada computer lama. Saudara selalu mengeluh dan merungut mengenai computer lama yang sering rosak dan selalu dihantar ke kedai untuk dibaiki. Ini semua membuatkan perbelanjaan saudara bertambah. Namun, saudara masih tidak dapat membeli computer baru kerana saudara lebih fokuskan pada kesengsaraan sarudara ketika itu. Saudara lupa memfokuskan pada keinginan saudara iaitu mendapatkan computer baru.

Tumpukan perhatian kepada apa yang saudara inginkan. Dengan memaksimumkan perkara ini keyakinan saudara menjadi semakin kuat. Saudara bertambah yakin dapat mencapai keinginan-keinginan itu. Mengkin semua ini sukar dipercayai. Kadang-kadang, apa yang kita inginkan berada di luar fikiran manusia. Kekuatan luar biasa seing menghampiri kita melalui bantuan yang tidak pernah kita duga (minhaysu la yahtasib).

Sebaliknya, apabila saudara ingin membuka kedai alat-alat dapur, saudara lebih terfokus keada kerugian. Saudara risau tidk dapa tbersaing dengan kedai lain. Sudah pasti saudara tidak beraya memulakan perniagaan itu. Membuka kedai hanya sekadar keinginan sahaja. Jika saudara betul-betul dapat memulakan perniagaan itu, kebimbangan saudara hanya membuatkan kedai itu berlabuh di muara sempit. Fikiran saudara yang terkait pada kerugian, ketakutan dan kebimbangan akan mengalirkan getaran sejajar dengan perkara itu.

Sekali gus, hendak saya katakana, “Percayalah yang keinginan-keinginan saudara pasti wujud. Tingkatkan keyakinan serta fokuskan fikiran dan perasaan pada apa yang saudara inginkan. Mudah, bukan?”.

b. Rasakanlah!

Mempercayai keinginan saudara akan dikabulkan masih belum cukup bagi menuju kebahagiaan hidup. Ini kerana keyakinan kita sering berubah-ubah. Begitu juga iman kita, turun naik (yazid wayanqush). Keyakinan saudara perlu stabil. Walau mengalami penurunan, pastikan penurunan itu bukan perkara drastik. Walaupun turun, tidak seharusnya mencecah titik sifar. Memang wajar perkara ini berlaku pada kita. Sebagai manusia biasa, kita sering mengalami keyakinan turun naik. Itu sudah lumrah kehidupan manusia.

Maka, saudara memerlukan cara yang tepat bagi menstabilkan keyakinan saudara. Keyakinan yang stabil membuatkan semua keinginan dalam doa saudara terkabul. Bagaimana caranya?

Merasakan keinginan itu sudah diperkenankan. Tuhan! Kita seolah-oleh melihat, mendengar dan merasakan doa-doa kita sudah dimakbulkan, lalu kita terus bersyukur. Contohnya, saudara membeli sesuatu yang sudah dibayar. Sudah tentu saudara dan penjual rasa bahagia.

Mudah, bukan? Inilah yang disebut sebagai afirmasi diri iaitu membayangkan perkara yang belum terjadi, kemudian benar-benar terjadi dalam hidup saudara. Hasilnya, kebahagiaan kita semakin bertambah. Kita bahagia kerana merasakan keinginan kita sudah terwujud dan kesyukuran yang kita tunjukkan juga bertambah.

Cubalah! Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa saudara pasti dimakbulkan. Langkah seterusnya adalah melantunkan keinginan-keinginan saudara dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan itu. Sekali lagi ucapkan dengan tegas dalam hati saudara. Jangan ada putus asa ataupun rasa kecewa, sesuai dengan pesan Qurani (la taiasu min rauhillah). Sekali lagi, saya ingin tegaskan supaya saudara ucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan mendalam. Elakkan membaca doa seperti ini, “Ya Tuhan, ampunilah aku jika Engaku suka. Ya Tuhan, rahmatilah aku jika Engkau suka” Sebaliknya, sebutlah permintaan saudara, sesungguhnya saudara tidak pernah memaksa. (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

Sesudah menyebut permintaan-permintaan saudara dengan tegas, wujudkan rasa syukur dalam hati saudara. Lakukan pengakuan dalam hati dan fikiran saudara. Rasakan keinginan-keinginan itu sudah pun hadir dalam kehiduapn saudara. Kemudian, bersyukurlah!

c. Rebutlah!

Supaya pengkuan saudara lebih kuat dan benar-benar member kesan dalam perasaan dan fikiran saudara, saudara perlu merebut pengakuan itu. Maksud saya, saudara perlu mengungkapkan dengan kata-kata. Maka, saudara perlu mengucapkannya dengan lisan ataupun ucapan. Maka, saudara perlu mengucapkannya dengan kata-kata. Ada orang memilih menjerit kuat-kuat, sambl membayangkan keinginan-keinginan mereka itu sudah tercapai. Tetapi, saya tidak mahu saudara menjerit kuat-kuat kerana tindakan itu hanya membuang tenaga dan waktu sahaja. Kurang faedahnya.

Saudara hanya perlu mengucapkan kata-kata ayng dapat member kesan kuat dalam diri saudara. Contohnya:

· Saya bersyukur mendapat rezeki hari ini.

· Saya bersyukur mendapt duit yang banyak dan kehidupan selesa.

· Saya gembira mendapat kemudahan daripada Tuhan dalam kehidupan seharian saya.

· Saya bersyukur dan membira mempunyai isteri berakhlak mulia dan solehah.

· Saya bersyukur dan bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan saudara-mara saya.

· Saya bersyukur dapat menyampaikan permintaan-permintaan saya kepada Tuhan dan sebagainya.

Katakan dengan suara yang tegas dan jelas tetapi jangan terlalu kuat. Cukuplah saudara sahaja mendengar ucapan itu. Sebutlah kata-kata itu sesudah selesai berdoa. Tanamkan kata-kata itu hingga ia benar-benar menjiwai kehidupan saudara. InsyaAllah, sesudah selesai mengucapkannya, saudara pasti berasa bahagia, damai, tenang, dan tidak keluh kesah lagi. Kita diajar hidup optimistic.

Orang yang sabar biasanya tidak gentar menghadapi kegagalan. Bagi mereka, kegagalan adalah ujian yang perlu dihadapi. Kegagalan adalah titik permulaan bagi saudara menuju puncak-punak kejayaan.

Walaupun kita sudah memasukkan pengakuan ke dalam diri kita, namun masih goyah. Keyakinan kita masih bergelombang. Dalam keadaan tertentu, keyakinan diri dapat menurun secara drastic, hingga ke titik sifar. Kita juga akan putus asa. Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh mengucapkan kata-kata penuh keyakinan dalam hati, tetapi kehidupan saya masih tidak berubah. Itulah yang dipanggil kehidupan. Kadang-kadang apa yang kita harapkan belum tercapai. Kewajipan kita hanya berusaha dan menguatkan doa, di mana langkah-langkahnya sudah dipaparkan sebelum ini.

Oleh kerana itu, saudara perlu mendekatkan diri dengan Tuhan. Saudara perlu berusaha sedaya upaya supaya ungkapan-ungkapan pengakuan melekat dengan kuat dalam hidup saudara. Ungkapan-Ungkapan pengakuan itu perlu disusuli bacaan Quran. Mengapa? Quran dapat bertindak balas pada keinginan-keinginan saudara. Bagaimanakah cara Quran bertindak balas pada keinginan saudara? Saya paparkan dalam bab berikutnya.

Keenam: Gunakan Tenaga Sabar Bagi Bangkit Daripada Kegagalan.

Jika saudara bertanya, sikap apa perlu dimiliki setiap insane, jawapan saya adalah sabar. Sifat sabar ini perlu `ditanam’ ke dalam diri kita. Tumbuh dan berkembangnya kesabaran dalam diri dapat menumbuhkan benih-benih ketengangan batin. Kesabaran mampu menimbulkan kesedaran diri supaya kita bersyukur dengan pemberian-pemberian yang kita peroleh daripada yang maha kuasa.

Menasihati orang lain supaya bersabar memang mudah. Walhal, kita sendiri belum dapat bersabar ketika ditimpa musibah. Memang mudah menyuruh orang lain bersabar dan sukar melatih diri sendiri supaya bersabar.

Orang yang sabar biasanya tidak gentar menghadapi kegagalan. Bagi mereka, kegagalan adalah ujian yang perlu dihadapi. Kegagalan adalah titik permulaan menuju puncak-puncak kejayaan.

Sacara jujur, saya mahupun saudara tidak mahu menerima kegagalan. Kita sentiasa mahu mengecap kejayaan, kebahagiaan, kesenangan, dan sebagainya. Tetapi kita hidup dalam dunia nyata. Ada suka dan duka, senang dan susah, kejayaan dan kegagalan. Hidup yang kita jalani ini bergerak dari satu titik ke titik yang lain. Kadang-kadang kita berada di titik terbawah dan kadangkala kita berada di titik teratas, ibarat roda berputar tanpa henti.

Dengan mengamalkan sifat sabar, kita mampu bangkit memperbaiki diri dan bergerak menuju tujuan-tujuan dan keinginan kita. Saudara juga mampu menakluki kesedihan akibat kegagalan. Saudara mampu kembali bangun mengejar impian-impian saudara. Dengan itu, saudara sudah menggunakan tenaga sabar sebgai titik permulaan menuju tujuan saudara iaitu kejayaan di dunia dan akhirat.

Ketujuh: Solatlah Dengan Syukur Dan Sabar

Ramai orang membuktikan pengaruh solat adalah kuat dalam perjalanan hidup mereka. Solat menjadi tempat kita mencurahkan segala isi hati kepada yang maha mendengar. Solat juga menjadi `kunci’ meraih kejayaan dan kebahagian hidup. Lebih-lebih lagi solat yang diikuti dengan rasa syukur dan sabar. Solat inilah menjadikan kita magnet’ kebaikan. Kita menjadi orang baik, pemurah, pemaaf dan sebagainya.

Saya ingin berkongsi pengalaman manis yang ada kaitannya dengan isu yang dibincangkan dalam bab ini. Sebelum menulis bab ini, saya sempat meluangkan masa melayari dunia maya iaitu internet. Saya suka mencari tulisan-tulisan mengenai islam melalui internet. Setidak-tidaknya, saya dapat mengetahui perkembangan hidup umat Islam serata dunia.

Saya juga selalu menulis blog sebagai sarana bagi saling berkongsi, menasihati dan menyebarkan ajaran-ajaran kehidupan yang terdapat di dalam Quran.

Saya masuk ke laman-laman web yang saya rasa menarik. Salah satu daripada laman itu adalah www.islamdotnet.com. Dalam laman itu, saya terjumpa kisah benar mengenai yang berani berhenti kerja hanya kerana mahu mencari keredhaan Tuhan. Dia hilang mata pencariannya.

Mengapa dia berhenti kerja? Apa yang berlaku pada dirinya selepas meninggalkan pekerjaan itu? Bagimana nasib isteri dan anak-anaknya? Bagaimana pula kehidupannya?

Saya memberkan kisah ini bagi membuka cakerawala pemikiran kita. Bukan hanya itu, saya sengaja mahu mempertajamkan kesyukuran dan kesabaran kita. Saya cadangkan supaya saudara membaca kisah ini dan kita renung bersama-sama apa yang dilalui orang itu.

Hampir setiap waktu solah berjemaah di Masjid Mifthahsusallam, saya Nampak lelaki bertubuh tinggi dan besar di tengah-tengah jemaah yang hadir. Lelaki setengah umur itu kelihatan khusyuk dalam solatnya. Sampai hari ini, saya belum berpeluang berbicara dengannya kerana selepas solat, beliau berzikir dan bertafakur dengan serius, hingga sya khuatir mengganggunya.

Waktu terus berlalu dan selama itu jugalah saya selalu bertemu lelaki itu di majsid yang sama. Ritual yang dilakukannya masih tetap sama. Rasa ingin tahu semakin membuak-buak dan perasaan inilah mendorong saya bertanya dengan ustaz.

Dengan mengamalkan sifat sabar, kita mampu bangkit memperbaiki diri dan bergerak menuju tujuan-tujuan dan keinginan kita. Saudara juga mampu menakluki kesedihan akibat kegagalan. Saudara mampu bangun kembali bagi mengejar impian-impian saudara.

“Siapa lelaki itu?” Tanya saya sambil menyebut cirri-ciri lelaki yang menjadi jemaah tetap masjid itu. Dia menaiki motor Honda dan selalu membawa anak lelakinya bersolat jemaah di masjid itu.

“Oh, itu Gimin,” jawab ustaz.

“Siapa dia?’ Tanya saya lagi.

Ustaz kemudian menceritakan kepada saya bagaimana dia mula berkenalan dengan Gimin sekitar tahun 1999 lalu.

“Dahulu, dia bekerja sebagai tukang masak di restorl mendingan depan sana,” kata ustaz sambil menuding kea rah kedai makan yang terdapat di hadapan masji kami. Restoran itu selalu dipenuhi orang pada waktu malam kerana menyediakan pelbagai jenis hiburan untuk para pengunjungnya.

Masyarakat sekitar yang tidak tahan dengan aktiviti restoran yang sudah beralih fungsi itu berjumpa dengan ustaz bagi meminta pendapat beliau. Mereka mahu menhentikan kegiatan restoran yang dianggap keterlaluan itu. Beberapa pemuda tempatan meminta izin dan pandangan ustqaz menyerbu restoran itu.

“Tunggu. Biar saya Tanya pendapat kiai dahulu,” kata ustaz.

Atas nasihat kini, guru ustaz yang disegan itu, ustaz kemudiannya pergi berjumpa pemilik restoran dan para pekerjanya. Dia mahu mengingatkan dan menyedarkan mereka, bukan dengan cara kekerasan seperti dicadangkan para pemuda tadi. Usaha inilah yang mempertemukan ustaz dengan Gimin, tukang masak paling senior di restoran itu. Pemilik restoran itu memang bergantung pada Gimin bagi menyediakan makanan lazat untuk para pelanggannya.

Selepas beberapa kali bertemu ustaz, beberapa pekerja restoran itu mula sedar yang terdapat benih-benih maksiat dan dosa di tempat mereka bekerja. Salah seorang daripada mereka adalah Gimin.

“Ustaz, saya sedar tempat ini kurang berkat, tetapi saya tidak ada pekerjaan lain bagi menyara anak dan isteri saya. Jika saya berhenti kerja, bagaimana saya hendak member anak an isteri saya makan?” Gimin menyuarakan kegundahannya kepada ustaz.

“Kamu percaya Tuhan yang mengatur segala urusan rezeki kita?” Tanya ustaz.

“Saya percaya, Ustaz,” Jawab Gimin.

“Saya pun tidak tahu pekerjaan apa yang dapat kamu buat jika kamu berhenti kerja di restoran itu.

Tetapi jika kita yakin Tuhan memberi jalan keluar kepaa orang yang ikhlas berhijrah meninggalkan kemungkaran, Insya-Allah, dia member jalan keluar kepada kamu. Apa yang penting, tinggalkan dahulu tempat berbau maksiat itu dnegna niat lillahi taala,” jelas ustaz.

Selepas beberapa waktu berlalu, Gimin diberi kekuatan oleh Tuhan untuk keluar dari restoran yang selama ini menjadi punca rezeki bagi menyara keluarganya. Walaupun pemilik restoran itu memujuk Gimin dengan kenaikan gaji, Gimin tetap berkeras mahu berhenti.

Jika kita yakin Tuhan memberi jalan keluar kepada orang yang ikhlas berhijrah meninggalkan kemungkaran, Insya-Allah, dia member jalan keluar.

Selepas keluar dari restoran itu, Gimin bergantung pada duit simpanannya yang sedikit bagi menyara keluarganya. Dia masih tidak tahu pekeraan apa yang perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan harian keluarganya. Akhirnya, Gimin mengambil keputusan membuat gerai bergerak. Dia mula menjual nasi goring di pinggir jalan, dengan kemahiran dan pengalaman memasak yang diperolehinya selama berkerja di restoran itu. Perniagaan Nasi Goreng yang dibuka Gimin tidak berjalan lancar. Jualannya tidak laku. Gimin terus menerima ujian daripada Tuhan atas niat ikhlasnya keluar dari tempat kemungkaran itu. Selama itu jugalah, Gimin meluangkan masanya berjemaah di Masjid, sambil meminta nasihat dan pendapat daripada ustaz, hinggalah saya sendiri bertemu dengannya di Masjid itu.

Selepas sekian lama menjual nasi goring di pinggir jalan, nasi goreng Gimin mula dikenali. Pendek kata, perniagaanya mula berkembang. Jualannya semakin laris. Gimin kemudiannya membuka warung. Janji Tuhan mula kelihatan bagi orang yang sabar dan istiqamah dalam berjuang di jalannya, sesuai dengan pesanan Qurani, walla dzina jahadu fina lanahdiyannahum subulana. Warung Bang Gimin bekemang maju dan sekarang mempunyai cawangan di tempat lain.

Gimin tidak lagi berjualan di pinggir jalan dengan gerai bergeraknya. Sekarang dia memiliki warung dengan beberapa pekerja yang bekerja di warungnya. Hasil jualannya bertambah banyak. Jika dahulu, Gimin keberatan meninggalkan restoran itu kerana takut tidak dapat menyara keluarganya. Hari ini, dengan rezeki yang diperolehnya, dia mampu memenuhi keperluan harian keluarganya. Malah pendapatannya mungkin jauh lebih banyak daripada pendapatannya ketika bekerja sebagai tukang masak di restoran itu dahulu.

Begitulah kisah benar Gimin yang sabar menjalani kehidupan ini. Bagaimana pula keadaan kita sekarang ini? Apakah kita kuat menghadapi pelabagai cubaan dan ujian daripada Tuhan? Apakah kita sabar menerima segala dugaan itu?

Saya rasa, hanya kita dapat member jawapan yang jujur. Saya tidak akan membincangkan bahagian ini lebih panjang lagi. Kisah benar di atas cukup bagi dijadikan renungan dalam kehidupan kita. Kisah itu juga mengajar kita supaya sentiasa bersabar dan bersyukur menjalani kehidupan ini. Jangan lupa mendirikan solat kepadaNya, supaya kita lebih dekat denganNya seperti dilakukan Gimin.

Dalam bab seterusnya, saya paparkan cara-cara menggunakan Quran bagi bertindak balas dengan keinginan-keinginan saudara. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mengalami musibah ataupun masalah hidup, saya tunjukkan jalan penyelesaian dengan memanfaatkan kata-kata mutiara daripada Quran.

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU