Friday, August 10, 2007

PANDUAN HAFAZAN

TANAMKAN DI DALAM HATI KEPENTINGAN AL QURAN

KUATKAN TEKAT DAN AZAM UNTUK MENGHAFAZ IAITU DENGAN MEMBAYANGKAN GANJARAN DARIPADA SETIAP HURUF

MESTI SENTIASA BERSIKAP POSITIF, JANGAN SEKALI-KALI MENGATAKAN SUSAH

MENGHAFAZ SATU AYAT SECARA PERLAHAN-LAHAN DAN BACA DENGAN JUMLAH YANG BANYAK, SEKURANG-KURANGNYA 60 KALI (ia bertujuan memupuk minat menghafaz)

JANGAN BERPINDAH KE AYAT LAIN SEBELUM AYAT YANG DIHAFAL BETUL-BETUL LANCAR

JANGAN TERGESA-GESA MENGHAFAZ KERANA IA MENJADI MUSUH KEPADA ISTIQAMAH

MASALAH KELANCARAN TAJWID AKAN DAPAT DIATASI SEMASA MENGHAFAZ

MENGHAFAZ MELATIH KITA BERSABAR, SATU LATIHAN YANG BERNILAI BAGI KITA MENGHADAPI CABARAN HIDUP

MASALAH KITA ADALAH KELUPAAN KERANA FAKTOR INILAH YANG AKAN MEMBUNUH SEMANGAT MENGHAFAZ

JAUHI PANDANGAN NAGETIF SEPERTI: MENGHAFAZ SUSAH, INGATAN KURANG KUAT, ORANG TUA SUSAH MENGHAFAZ DAN AYAT SUSAH LEKAT

TUJUAN MENGHAFAZ ADALAH SUPAYA IA KUKUH DAN MUDAH DIULANG YANG MANA AKAN MENINGKATKAN NIKMAT MEMBACASEBAB KELUPAAN:

KESAN PERTAMA YANG LEMAH, PERCAMPURAN DENGAN PERKARA LAIN, TIDAK DIULANG DAN MAKSIAT

PANTANG LARANG MENGHAFAZ

MENJAGA ASPEK HALAL DAN HARAM

MENJAGA PANCAINDERA

PENGAMBILAN MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK

TIDAK SEKADAR HALAL SEMATA-MATA

MAKANAN MASAM (JERUK DAN ASAM) DAN MAKANAN RINGAN HENDAKLAH DIELAKKAN.

MAKANAN SEPERTI KISMIS, KACANG BADAM, KACANG BIJAK (PISTACIO), MADU DIGALAKKAN MAKAN CUMA JANGAN BERLEBIHAN

BERFIKIRAN POSITIF LANGKAH PERTAMA ORANG CEMERLANG

JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH

KAU HAMPIR BOLEH MELAKUKAN

JIKA KAU FIKIR RAGU-RAGU

USAHAMU TIDAK MENENTU



JIKA KAU FIKIRKAN KEMENANGAN

KAU HAMPIRI KEJAYAAN

JIKA KAU FIKIRKAN KEKALAHAN

KAU HAMPIRI KEGAGALAN



ENGKAULAH APA KAU FIKIRKAN

TERKANDUNG DALAM PEMIKIRAN

BERFIKIR BOLEH MELAKUKAN

FIKIRKAN BOLEH

KAU BOLEH !

KAU BOLEH !

PETUA ORANG BERJAYA

"KETAHUILAH TIDAK ADA JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA MELAINKAN DENGAN BERUSAHA MENGIKUT CARA YANG BETUL"

"SEMUA INGINKAN KEJAYAAN, TETAPI TIDAK SEMUA YANG TAHU JALAN MENUJU KEJAYAAN. ADA YANG BERJAYA DAN ADA YANG BELUM BERJAYA. YANG BERJAYA BERKONGSI KEJAYAAN MEREKA DAN YANG BELUM BERJAYA TERUS BERUSAHA."

"ORANG YANG BERHENTI TIDAK AKAN MENANG DAN ORANG YANG MENANG TIDAK AKAN BERHENTI"

DALAM SEJARAH DUNIA, ALLAH MENUNJUKKAN BETAPA FITRAH ALAM MENGUJI MEREKA YANG INGIN BERJAYA. KADANGKALA ADA PERKARA YANG KITA BENCI, TETAPI BAIK UNTUK KITA. ADA JUGA PERKARA YANG KITA SUKA, TETAPI IA MEMUDARATKAN KITA, ALLAH MENYEBUT DENGAN JELAS DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 216,

".... DAN BOLEH JADI KITA BENCI AKAN SESUATU, SEDANG IA LEBIH BAIK BAGI MU DAN BOLEH JADI KAMU KASIHI SESUATU, SEDANG IA MELARAT KEPADA MU. ALLAH MENGETAHUI, TETAPI KAMU TIADA MENGETAHUI."

MEMBINA PERNIAGAAN MENURUT AJARAN WAHYU DARI ALLAH

* BERSYUKUR ITU KUNCI RAHMAH DARI ALLAH SWT

* MEMBINA PERNIAGAAN DENGAN MENGERATKAN HUBUNGAN SILATULRAHIM.

* MEMBINA KEKAYAAN DENGAN MEMPERBANYAKKAN MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH SWT.

* MEMBINA KEKAYAAN DENGAN SENTIASA BERUSAHA KERAS DAN MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN.

* KEINGINAN KEPADA KEMENANGAN, KEMEGAHAN, KEHEBATAN DAN KEKAYAAN ADALAH SATU FITRAH. IA PERLU DIATUR DENGAN PENUH KEIMANAN AGAR KITA TIDAK MELAMPAUI BATAS.

BERKAT

DI DALAM HIDUP MANUSIA,

YANG PENTING ADALAH BERKATBILA HIDUP BERKAT,

DIRI INI AKAN SELAMAT

APABILA DIRI SELAMAT,

RUMAH TANGGA JADI SEPAKAT

APABILA RUMAH TANGGA JADI SEPAKAT, MASYARAKAT JADI MAUFAKAT

APABILA MASYARAKAT JADI MAUFAKAT, NEGARA KITA MENJADI KUAT

APABILA NEGARA MENJADI KUAT, NEGARA LUAR AKAN HORMAT

APABILA NEGARA LUAR JADI HORMAT, PERMUSUHAN PUN TERSEKAT

APABILA PERMUSUHAN TERSEKAT, PEMBANGUNAN PUN MENINGKAT

APABILA PEMBANGUNAN PUN MENINGKAT, KEMAJUAN MENJADI PESAT

QARDAWI - AYAT 39

DAPATKAN SALAM KEUNTUNGAN DALAM LIMA WAKTU SEBELUM DATANG LIMA WAKTU:

MASA KAMU HIDUP SEBELUM KAMU MATI

MASA KAMU SIHAT SEBELUM KAMU SAKIT

MASA KAMU LAPANG SEBELUM KAMU SIBUK

MASA KAMU MUDA SEBELUM KAMU TUA

MASA KAMU SENANG SEBELUM KAMU PAPA/FAKIR

KEKAYAAN IALAH

KEKAYAAN ITU IALAH:

SIKAP MENTAL YANG POSITIF

SIHAT TUBUH BADAN

HUBUNGAN SESAMA MANUSIA YANG HARMONI

BEBAS DARI RASA TAKUT

HARAPAN UNTUK MEMPEROLEH KEKAYAAN

KEUPAYAAN IMAN

KESEDIAAN UNTUK BERKONGSI KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI

CINTA BEKERJA

FIKIRAN TERBUKA PADA SEMUA PERKARA

DISIPLIN DIRI

KEUPAYAAN MEMAHAMI ORANG LAIN

KESELAMATAN EKONOMI

KESERONOKAN BEKERJA

KESERONOKAN BEKERJA

Keseronokan bekerja, sebenarnya adalah anak kunci kecemerlangan. Kecemerlangan kerja samada kakitangan kerajaan ataupun swasta membawa keuntungan dan kejayaan kepada negara dan individu sendiri.

Apabila kita menyebut mengenai keseronokan bekerja, mungkin sesetengah orang akan merasa pelik atau lucu. Bagaimana kita boleh seronok dengan kerja! Kerja adalah kerja. Berapa orang yang sukakan kerjanya?

Sama ada, suka atau tidak, kenyataan yang hakiki, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja, di meja kita, di kalangan rakan-rakan sekerja kita, berdepan dengan bos kita.

Walau bagaimanapun, kita mesti bekerja, tidak kira dengan siapa, kerja apa, atau di mana sahaja untuk menyara hidup kita dan keluarga. Itu adalah tanggung jawab kita.

Jadi, bayangkanlah bagaimana keadaan hidup kita ini, sekiranya kita tidak suka, tidak seronok dengan apa yang kita lakukan, yakni tidak seronok dengan kerja kita, tempat kita mencari rezeki.

Ini bermakna kita terpaksa mengheret diri kita ke tempat kerja dan menghabiskan sebahagian besar kehidupan kita dengan penuh rasa bosan, malas, bersungut sepanjang hari sehinggalah jam menunjukkan jam 4.30 atau 5.00 petang barulah kita akan berkeadaan cergas semula, boleh tersenyum dan bersemangat untuk pulang ke rumah!

Begitulah keadaannya dengan orang yang tidak suka dan tidak berminat dengan apa yang dilakukannya, tetapi terpaksa bekerja untuk menyara hidup dan keluarganya! Keadaan ini akan menjejaskan imejnya sebagai pekerja dan merupakan masalah serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh majikan dan negara.

Ternyata sekali, kurangnya semangat bekerja, bekerja tanpa motivasi serta tiadanya sistem bimbingan pengawasan yang praktikal, akan menyebabkan timbulnya mutu kerja yang tidak berkualiti, produktiviti yang menurun dan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Satu persoalan yang harus kita renungkan bersama, apakah mungkin kita gabungkan diantara kecemerlangan, kualiti, produktiviti dan perkhidmatan kita dengan keseronokan bekerja? Tidak bolehkah agaknya kita meningkat maju atau naik dengan cara menyukai kerja kita, meningkatkan keupayaan dan minat kita untuk menyukai, apa yang kita lakukan, tidak kiralah apa pun kerja kita ketika ini - amanah sebagai pekerja pejabat, kerani, pegawai ataupun eksekutif.

Anak kunci kejayaan peribadi, produktiviti, kenaikan pangkat dan gaji yang lumayan sesungguhnya bergantung kepada minat dan semangat bekerja kuat individu itu sendiri, disertai dengan sikap seronok dan cintakan kerja.

Oleh sebab terlalu seronok bekerja ada kalanya kita tidak sedar hingga pukul berapa kita bekerja siang dan malam. Orang beginilah yang akan menikmati kepuasan bekerja. Biasanya ganjaran bagi orang yang dapat menikmati keseronokan dan kepuasan bekerja ialah pangkat tinggi dan gaji lumayan serta dipandang tinggi oleh masyarakat.

Saya tidak pernah melihat, terutama yang bekerja di firma swasta, seorang pekerja yang tidak sukakan kerjanya, sentiasa merasa bosan dan bersungut, tidak sukakan bosnya kemudian dinaikkan pangkat dan gaji yang tinggi. Apa yang saya tahu mereka akan diturunkan pangkat diletakkan dalam cold storage dan akhirnya dipecat.

Cuba kita perhatikan pekerja bagaimana yang menjadi kesayangan dan rebutan majikan.Ciri-cirinya adalah seperti berikut:

* Pekerja yang benar-benar tahu dan mahir dalam kerjanya. Apabila diberi sesuatu tugasan, dia sentiasa berasa bangga, take pride dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya, walaupun orang lain tidak sanggup dan tidak mahu hendak mengerjakannya. Pekerja begini mudah dikenal pasti. Sekalipun majikannya tidak perasan, tetapi yang nyata orang luar yang berurusan dengannya boleh nampak dan mudah mengenalinya. Apabila pekerja ini ingin bersara awal, peluang baginya untuk berniaga atau bekerja di sektor swasta amat cerah. Itulah ganjarannya.

* Sentiasa menjadikan matlamat jabatannya sebagai matlamat dirinya sendiri dan sentiasa berusaha di sisi bosnya untuk mencapai matlamat tersebut, tidak kira berapa besar halangan dan cabaran yang harus ditempuhinya.

* Sentiasa berminat atas segala masalah dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat atau jabatannya. Dia cuba memahami masalah tersebut seolah-olah dia sebahgian daripada pasukan ketua jabatan atau Pengarah Urusan yang bertanggungjawab. Dia mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan mengemukakan pelan tindakan kepada bosnya untuk perbincangan lanjut dan menawarkan dirinya melaksanakannya berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.

* Sentiasa sanggup bekerja lebih masa, memanjangkan waktu kerjanya, melipatgandakan usahanya 10% lebih daripada rakan-rakan sekerja yang lain tanpa mengharapkan ganjaran lebih.

* Sentiasa bersifat jujur, amanah, bersikap terbuka, disenangi, bijak berkomunikasi, mempunyai personaliti yang menarik, bermotivasi tinggi dan berakhlak mulia.

Itulah di antara ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada diri orang yang sentiasa in great demand dan menjadi rebutan kepada majikan.

Motonya berbunyi: Ganjaran yang akan kita peroleh di dalam hidup ini akan mencerminkan tahap perkhidmatan kita yang sebenarnya terhadap masyarakat.

Daripada aspek kewangan pula, wang ataupun ganjaran yang diperoleh adalah sebagai `pertukaran' kepada perkhidmatan yang telah ditawarkan.

Pekerja yang disayangi oleh majikannya adalah mereka yang berusaha memahami kehendak majikannya dan berusaha mencapai matlamat syarikat serta menaikkan imej kedua-duanya. Walau apa sahaja `kerja' kita, tugas kita yang pertama dan utama ialah menaikkan imej bos kita, serta imej jabatan dan organisasi yang diterajuinya.

FORMULA PENYELESAIAN MASALAH

FORMULA PENYELESAIAN MASALAH

Terimalah masalah tersebut dengan penuh rela dan tabah seperti kata pepatah Inggeris, "If you can't fight them, accept them, join them". Jangan kita berdolak-dalik lagi. Jangan sekali-kali cuba lari daripada masalah ataupun memendamkannya. Kemudian cari jalan atau cara-cara penyelesaian yang paling berkesan, di samping berazam kita sememangnya boleh menyelesaikannya. Fikirkan `BOLEH'.

Pertama:

Tuliskan apa masalah kita sebenarnya. Jangan hanya fikir dalam kepala, sebaliknya jelaskan atau tuliskan.

A problem wellstated is a problem half-solved.

Kedua:

Tuliskan apakah punca sebenar berlakunya masalah tersebut. Dapatkan semua fakta yang jelas dan tepat bukannya berdasarkan anggapan atau fikiran fakta. Kebanyakan kebimbangan yang berlaku dalam dunia ini kerana orang cuba membuat keputusan sebelum mereka mempunyai pengetahuan dan fakta yang cukup untuk memutuskannya. Oleh itu, pastikan kita mendapat fakta, sebab dan punca masalah tersebut berlaku, sebelum kita cuba menyelesaikannya.

Ketiga:

Tuliskan setiap kemungkinan jalan penyelesaian yang berkesan. Misalnya (a) kalau kita buat begini, apakah kesannya? Dan kalau kita buat (b) apakah akibatnya kelak? Kita senaraikan sebanyak mungkin jalan penyelesaian dan akibatnya. Langkah seterusnya kita lakukan sumbangsaran (brainstorming) dengan sahabat karib kita dan meminta pendapat rakan-rakan yang kita rasa dapat membantu. Sekiranya masalah itu rumit dan memerlukan kepakaran, kita perlu meminta nasihat perunding atau kaunselor.

Keempat:

Kemudian kita buat keputusan jalan penyelesaian yang mana kita pilih. Setelah dianalisis kebaikan dan keburukannya secara teliti, ambillah secukup masa untuk berfikir. Kita masukkan semua kemungkinan jalan penyelesaiannya ke dalam komputer mental kita yakni pemikiran separuh sedar kita. Biarkan komputer mental kita bertugas selama beberapa hari.

Kelima:

Setelah mengambil keputusan untuk memilih salah satu jalan penyelesaian, kita akan terus kekal dengannya dan mula bertindak. Kita jangan fikir yang lain-lain lagi. Kita terus mencari jalan menyelesaikannya sehingga berjaya, insya-Allah.

Begitulah lima langkah bagaimana hendak mengendalikan masalah, tidak kiralah masalah di tempat kerja, peribadi, rumah tanggadan sebagainya. Kita mestilah menganggap ia adalah perkara biasa dan kita berupaya untuk menyelesaikannya.

Kita akan mencari punca dan kita akan selesaikan kerana segala kelengkapan minda, pengetahuan dan jawapan berada di tangan kita sendiri, cuma kita perlu berikhtiar secara kreatif.

Kita lakukan segala yang terbaik dan kemudian yang lainnya kita serahkan kepada Tuhan. Setelah berusaha sedaya upaya kita bersembahyang dan berdoa:

Ya Tuhanku, hamba Mu telahpun berusaha sedaya upaya. Rasanya tiada apa lagi yang dapat hamba Mu lakukan, berilah petunjuk Mu, Ya Tuhan. Kasihanilah hamba Mu, Ya Tuhan.

Pokoknya kita mestilah berusaha sebaik mungkin terlebih dahulu dan kemudian barulah serahkan kepada kekuasaan Tuhan dan bukan sebaliknya, kerana Tuhan hanya akan menolong hamba Nya yang berusaha menolong dirinya sendiri.

"Pastikan kita mendapat fakta, sebab dan punca masalah tersebut berlaku, sebelum kita cuba menyelesaikannya".

PANAS BARAN

PANAS BARAN

Ada pendapat mengatakan panas baran adalah lebih teruk daripada nasib malang dan dalam banyak-banyak kelakuan atau sifat manusia yang dikeji dan amat membinasakan adalah panas baran (bad-tempered).

Pasti ada sesuatu yang amat membinasakan mengenai panas baran ini sehingga menyebabkan begitu ramai ahli pemikir yang membuat amaran tertentu mengenainya dan terus berusaha mencari penawar bagi mengubatinya.

Seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah dan sebaliknya mempunyai sifat suka berjenaka dan mempunyai sifat semula jadi yang menyenangkan, sesungguhnya boleh menakluki nasib yang malang ataupun kecelakaan yang bakal menimpa dirinya.

Sifat panas baran adalah sifat semua jadi yang buruk dan akan membinasakan kita. Dengan erti kata lain, panas baran akan menjadikan hidup kita seperti berada di dalam neraka, begitu juga bahangnya juga akan mengenai orang-orang yang berada disekelilingnya.

Apa yang perlu kita sedari adalah panas baran akan menyakiti diri kita lebih daripada menyakiti orang yang kita marahi atau dendami.

Tetapi, kita juga mesti menyedari kemarahan kita juga akan menyakiti orang lain terutama orang yang rapat dengan kita dan orang yang menyayangi diri kita, tetapi apabila kita menyakiti orang lain, kita sudah tentu akan menjadikan mereka musuh kita yang akhirnya akan menaikkan api kemarahan terhadap diri kita sendiri. Api kemarahan akan menyalakan atau menyemarakkan kemarahan yang lain.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita membenarkan dendam kesumat ataupun panas baran bertapak dalam hati kita yang semuanya akan menambahkan masalah dan kesulitan yang sedia ada dan sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang boleh kita dapati daripada `menambah bala'.

Oleh yang demikian, eloklah kita mencari jalan bagaimana mencari pencegah dan penawar untuk menurunkan api kemarahan.

PETUA BERKESAN BAGI MENDORONG KE ARAH KEMAAFAN

Kita mesti mengingatkan diri kita bahawa tindakan sedia memaafkan akan memberi lebih manfaat untuk diri sendiri daripda orang yang kita maafkan itu. Kita akan terlepas daripada belenggu perasaan yang berat, terutama bagi pasangan suami isteri.

Adakah kita berasa bahagia atau puas hati setelah bercerai? Adakah keadaan emosi kita lebih teruk akibat perasaan itu? Adakah kita akan terus menghukum pasangan kita terus menerus?Ia sebenarnya sama seperti menghukum diri kita sendiri. Renungkanlah!

Pakar psikologi mengatakan penawar yang paling berkesan untuk meredakan kemarahan ialah melengah-lengahkannya. Caranya, apa kita berada dalam kemarahan, kita kira satu hingga sepuluh sebelum kita buka mulut dan sekiranya kita dalam keadaan terlalu marah, buat kiraan sehingga 100.

Penawar ini telah disokong dengan beberapa ujian dan percubaan yang dijalankan dan telah diperakui keberkesanannya.

Ramai memberi sokongan bahawa teknik `melengah-lengahkan' ini dapat menyejukkan hati seseorang dan seterusnya menyarankan binggalah api kemarahan kita bahawa jangan sekali-kali kita menulis, bertindak dan membuat sebarang keputusan apa pun sehingga api kemarahan kita reda kerana ketika ini kita boleh membuat keputusan mengikut hati dan perasaan dan bukannya berpandukan pemikiran. Sesungguhnya kemarahan bermula daripada kebodohan dan akan berakhir dengan penyesalan yang tidak berkesudahan.

Dalam mengendalikan kemarahan, kita sebenarnya berurusan dengan emosi seperti emosi yang lain, ianya boleh dikawal. Bagi menukar emosi kita, iaitu pre-condition minda kita supaya tidak terlalu menurut perasaan. Seelok-eloknya kita banyak beristighfar.

Orang-orang yang beremosi, lekas marah, panas baran dan tidak sabar adalah mereka yang memiliki `nafsu marah'. Orang ini sentiasa cenderung atau terdorong kepada sifat:

* Bodoh

* Tamak

* Takbur

* Hasad

* Khianat

* Pemarah

Untuk mengatasi sifat panas baran, pemarah dan tiak dapat mengawal perasaan marah, amalkan petua ini:

* Kalau marah pada waktu duduk, bangun dan berjalan perlahan-lahan, pandang ke luar

* Ucap berulang kali 'Innaallaha maas sabirin" (sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar).

* Apabila perasaan marah datang, minum air sejuk segelas, kemudian buat senaman pernafasan.

* Apabila perasaan marah datang, pandanglah kuku di tangan.

* Redakah dengan mengambil wuduk.

Ada peribahasa yang menyatakan "sesiapa yang beleh menumpaskan `sesaat' rasa marah bererti ia boleh mengelakkan kemurungan sepanjang hari". Pakar Psikiatri juga telah mengesahkan `kemurungan diri' tidak akan berakhir hanya dalam sehari, tetapi mungkin berlarutan hingga seumur hidup.

Oleh yang demikian, prinsip `sekelumit pencegahan' mestilah dipraktikkan pada `kemarahan'. Amatlah elok sekiranya kita dapat menakluki kemarahan, tetapi adalah lebih baik jika kita dapat mencegahnya terus kerana api kemarahan adalah ibarat ribut di lautan.

Walaupun ribut telah reda, tetapi ombaknya masih beralun. Api kemarahan tidak dapat dipadamkan serta merta dengan hanya melenyapkan bibit-bibit kemarahan.

Sesungguhnya kegembiraan dan kedukaan seseorang itu adalah tabiat mental yang mana sebahagian besarnya bergantung kepada baran kita.

Orang tua sentiasa berpesan, sekiranya kita berhadapan dengan orang yang panas baran atau kaki gaduh, biarkan dia `bersendirian'. Jadi, sekiranya anda ingin merasai kesunyian dan tersisih, teruskanlah melayani dan mempamerkan marah dan panas baran anda kerana kejayaan yang serta-merta di dalam arena kesunyian sememangnya terjamin. Tetapi, kejayaan anda hanya terhad kepada mencapai kesunyian semata-mata.

Sebaliknya panas baran akan membuatkan kita tidak akan dialu-alukan dalam dunia perniagaan. Pada pendapat saya, sesiapa yang tidak dapat menguasai barannya sememangnya tidak boleh menjadi seorang usahawan kerana dalam dunia perniagaan kita mesti sentiasa mengawal diri dan mengawal perasaan marah kita kerana pelanggan adalah `raja'.

Persoalannya, apa yang harus kita bayar untuk mempelajari rahsia mencari kegembiraan dan mengelakkan kedukaan. Sebenarnya kita tidak perlu mebayar apa-apa dan ianya bukanlah satu rahsia. Telahpun dijelaskan oleh pakar psikologi dan ahli-ahli pemikir yang terdahulu, bahawa kegembiraan dan kedudukan seseorang itu bergantung pada baran mereka. Akibat panas baran menjadikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sengsara dan sugul.

Menurut fakta psikologi, panas baran yang ditunjukkan oleh seseorang itu adalah tabiat emosi dan ia mestilah dirawat dan dipulihkan sebagai pemulihan tabiat.

Sekiranya kita tinjau mengenai perasaan marah atau panas baran, semuanya itu ditunjukkan oleh diri seseorang ketika di alam kanak-kanak lagi. Sifat itu akan berlarutan hingga ke zaman dewasa. Sebenarnya pada alam kanak-kanak dahulu, panas baran kita digunakan sebagai cara untuk mendapatkan sesuatu, tetapi sebaliknya, ianya terus kekal dan menjadi sebahagian daripada tabiat emosi atau corak tabiat kita hari ini.

Orang yang panas baran mempunyai telinga nipis dan mudah naik radang. Apatah lagi sekiranya ia dirangsangkan oleh sesuatu situasi atau kurang selesa baginya.

Seperti duit syiling, panas baran hanyalah satu permukaan sahaja, manakala di sebelah permukaan lagi ialah good temper dan sesungguhnya keduanya mempunyai peratus yang sama banayak. Jadi, terpulanglah pada diri masing-masing untuk mencorakkan tabiat emosi kita.

Walau apa pun kita harus sedar sesetengah kesakitan dan maslah di dunia ini dapat diatasi dan dihindari sekiranya ramai penduduk dunia ini mempamerkan good temper.

Sekiranya anda sakit, menderita dan cacat ingatlah pesanan ini. Sifat keriangan dapat meringankan segala kesakitan, penderitaan dan boleh meringankan bebanan kecacatan diri kita.

Bagi wanita yang ketika ini sedang dimamah usia, sudah pasti kita memerlukan krim muka yang lebih bagi menyembunyikan kedutan di muka dan menaikkan seri wajah. Tapi, wanita tidak perlu bimbang kerana kini sudah ada jalan penyelesaiannya.

Kajian yang dilakukan telah membuktikan `rasa keriangan, kepuasan, kesyukuran dan ketengan jiwa' dapat mengekalkan keceriaan wajah kita dan melenyapkan `ketuaan kita'. Salah satu penawar yang tidak kurang mujarapnya ialah `senyuman' kerana senyuman akan memberi ketenteraman jiwa. Jadi, tidak perlulah kita terlalu banyak menggunakan krim antikedut lagi.

Menyedari hakikat ini, kita mestilah menukar sikap panas baran kita dengan mempamerkan good temper kerana perasaan riang dengan sendirinya akan meringankan segala kesakitan, kemarahan dan seterusnya menjauhkan diri kita daripada sifat dan perasaan yang membawa kepada kemusnahan.

Jadi mulai hari ini, marilah kita berazam membuang sifat panas baran dan gantikan dengan sifat keriangan dan kesabaran. Sifat-sifat tersebut adalah umpama mentari yang menyinar dalam kehidupan kita. Kita akan kelihatan sentiasa awet muda, lebih sihat dan lebih berjaya dalam hidup.

Rasa keriangan, kepuasan, kesyukuran dan ketenangan jiwa dapat mengekalkan keceriaan wajah dan melenyapkan `ketuaan' kita. Rasa awet muda.

PERANCANGAN MATLAMAT

PERANCANGAN MATLAMAT

Dalam memantapkan matlamat, kita mestilah membuat perancangan yang jelas dan tepat. Tanpa perancangan tidak ubah seperti berangan-angan kosong.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Dalam menetapkan matlamat, kita perlu tahu apakah tujuan sebenar atau objektif kita. Sekiranya kita mempunyai objektif yang kabur, tidak jelas dan tidak tepat, maka sukar dan lambatlah kita menuju sasaran.

MASA

Setiap matlamat mestilah mempunyai jangkamasa yang telah kita tetapkan. Kita perlu mempunyai tempoh, tarikh pencapaiannya sama ada dalam jangkamasa setahun, lima tahun atau dalam jangkamasa yang lebih panjang.Ini akan membolehkan kita merancang, meneliti dan melaksanakannya dalam jangkamasa yang telah kita tetapkan, dan memberikan kita a sense of urgency.

PENGORBANAN

Kita mesti ada kesedaran bahawa pelaksanaan matlamat akan melibatkan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban daripda segi tenaga, wang ringgit, masa dan sebagainya, seperti kata peribahasa inggeris, "no pain, no gain".

HALANGAN

Senaraikan halangan dan cabaran yang bakal kita tempuhi supaya kita berada dalam keadaan bersedia untuk mencari jalan bagi mengatasinya. Ramai ahli perniagaan berpendapat dengan hanya mengenalpasti masalah yang bakal mereka hadapi, mereka telah pun berjaya mengatasi sebahagian daripadanya.

MENETAPKAN MATLAMAT

* Ketentuan matlamat adalah apa yang kita benar-benar inginkan.

Jangan biarkan matlamat kita dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Kita berhak menentukan kehidupan kita sendiri. Oleh itu, lakukanlah pekerjaan yang mendatangkan kepuasan untuk diri kita sendiri.

Ini bukan bermakna kita mengetepikan nasihat atau cadangan daripada ibu bapa dan kawan-kawan kita. Apa yang penting, keputusan akhir hendaklah berdasarkan kemahuan dan pertimbangan kita sendiri. Sekiranya matlamat yang telah kita tetapkan itu apa yang benar-benar kita mahukan, maka peluang untuk berjaya adalah lebih cerah.

* Tuliskan Matlamat

Menulis matlamat amat penting kerana ia dapat menolong kita mengenali apa yang kita kehendaki. Kebanyakan daripada kita hanya memikirkan matlamat, tetapi tidak menulisnya secara nyata matlamat itu akhirnya akan hilang begitu sahaja daripada minda apabila perasaan kita berubah. Matlamat yang ditulis tidak akan kita lupakan. Dengan menulis matlamat kita juga akan menumpukan perhatian yang lebih untuk melaksanakannya.

* Matlamat Haruslah Mencabar, Tetapi Dalam Jangkauan.

Matlamat yang mencabar akan membuatkan kita berusaha dan bekerja lebih kuat. Sekiranya matlamat terlalu mudah, ia tidak akan mendatangkan sebarang cabaran dan kepuasan. Kemungkinan kita akan hilang minat terhadapnya.Sebaliknya, matlamat yang terlalu tinggi akan menyebabkan kita hilang motivasi. Oleh itu, adalah penting kita menetapkan matlamat yang agak mencabar, tetapi dalam jangkauan kita. Sekiranya kita berasa yakin dengan matlamat itu, pasti kita akan dapat mencapainya.

* Matlamat Haruslah Tepat

Matlamat yang tepat akan membawa kita ke arah yang ingin kita tuju. Apakah yang dikatakan matlamat yang tepat? Sebagai contoh, matlamat kita ialah untuk memperoleh kestabilan daripada segi kewangan. Oleh itu, matlamat yang tepat akan berbunyi seperti ini, "Saya mahu mengumpulkan aset sebanyak satu juta apabila berumur 40 tahun. Matlamat yang kabur adalah seperti ini, "Matlamat saya ialah saya nak jadi orang kaya", Bagaimana? Hendak jadi apa?

* Setiap Matlamat Haruslah Mempunyai Jangkamasa Pencapaiannya

Matlamat tanpa jangkamasa pencapaian tidak ubah seperti angan-angan kosong; angan-angan Mat Jenin. Ketika menetapkan jangkamasa pencapaiannya cubalah timbangkan matlamat dari segi pembahagian masa, dengan membuat pengurusan masa yang tepat, wajar dan praktikal

"Wahai Tuhan kami, janganlah kami dihukum, jika kami lupa atau tersalah. Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau telah pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak dapat kami pikul" -Al Baqarah : 286

Bagi mencapai kehidupan yang seimbang, berjaya, yakni kita hidup senang, bahagia, sihat dan dihormati oleh seluruh masyarakat, maka kita haruslah merancang matlamat kita meliputi kelapan-lapan aspek kehidupan. Tentukan aspek kehidupan mana yang menjadi keutamaan kita ketika ini.

* Matlamat Seharian

Mula dengan kegiatan seharian. Kita mestilah membuat perancangan seharian kita dengan menganggap bahawa setiap hari yang kita lalui adalah hari-hari yang penuh dengan aktiviti terancang. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang mesti disempurnakan pada hari itu juga (things to do today). Setiap matlamat mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.

* Matlamat Jangka Pendek

Ia melibatkan matlamat yang ingin kita capai dalam jangkamasa kurang dari setahun. Matlamat jangka pendek mestilah membantu dalam menyempurnakan matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka panjang.

* Matlamat Jangka Sederhana

Ia melibatkan matlamat yang ingin kita capai dalam jangka masa lebih kurang lima tahun, contohnya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi bagi mendapatkan ijazah tertentu. Begitu juga untuk membeli kereta atau rumah idaman. Matlamat jangka sederhana boleh membantu dalam menyempurnakan matlamat jangka pajang.

* Matlamat Jangka Panjang

Ia melibatkan sesuatu pencapaian matlamat jangka panjang yang ingin kita capai, lazimnya mengambil masa seumur hidup untuk mencapainya. Matlamat jangka panjang ialah gabungan antara matlamat seharian, matlamat jangka pendek dan matlamat jangka sederhana.

"Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita"

MENGAPA MATLAMAT PENTING

MENGAPA MATLAMAT PENTING?

Pencapaian matlamat adalah slah satu daripada langkah pertama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab mengapa matlamat menjadi amat penting dalam kehidupan seseorang, antaranya seperti berikut:

1. Memenuhi kehendak asas. Setiap perlakuan dan tindakan kita adalah berdasarkan maklumat. Matlamat menunjukkan arah dan tujuan kita untuk menghadapi kehidupan. Ini adalah satu kehendak psikologi yang asas bagi semua manusia, sama ada tua ataupun muda.

2. Asas menyalurkan masa, tenaga dan idea. Sistem matlamat dan objektif yang dirancang dengan betul boleh melancarkan segala kegiatan harian. Matlamat menghalang kita daripada mengikut jalan yang salah. Inilah amalan orang yagn kuat imannya kepada Allah.

”Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudaian, mereka menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang mengerjakan yang salah dan mengeyerakan pekerjaan yang baik. Mereka itu termasuk orang yang baik-baik (soleh)”. - al-Imran: 114

”Dan kebaikan-kebaikan apa saja yang mereka kerjakan, tidak akan diingkari Allah ganjarannya. Dan Allah itu mengetahui orang-orang yang memelihara dirinya (daripada kejahatan).” - al-Imran: 115

3. Menwujudkan asas keyakinan dan kemajuan diri.

Apabila kita mula mencapai matlamat yang ditetapkan, muaka akan timbul perasaan bangga dan yakin dengan kemajuan yagn kita peroleh. Dengan itu, kita akan menetapkan matlamat yang lebih besar dan memiliki keyakinan dan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri kita sendiri.

4. Membuat kehidupan lebih menarik dan menyeronokkan

Sesungguhnya kebahaigan hidup terletak di tangan kita sendiri. Jika kita berjaya mencorak kehidupan yang lebih bermakna, maka kebahagiaan akan sentiasa berada di samping kita. Sebaliknya jika kita sentiasa berkata, Tiada apa yang boleh aku lakukan”’ maka sudah pasti kita menempah kegagalan.

5. Tulang belakang kepada sikap positif

Sikap mental yang positif adalah satu aset yang penting dalam pencapaian matlamat. Asas kepada pendirian positif pulak ialah penetapan matlamat. Kesimpulannya, sikap positif terletak di tengah-tengah penetapan dan pencapaian matlamat.

Apabila kita telah mempunyai matlamat, kita mesti mempunyai rancangan sebagai tindakan dan kemudiannya berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat tidak akan dapat dicapai hanya dengan angan-angan. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila diiringi dengan tindakan demi tindakan.

Dengan erti kata lain, kita mesti mengambil langkah-langkah yang positif untuk mencapai matlamat kita. Seorang pemimpin Perancis yang terkenal, iaitu Nepoleon Bonarparte pernah berkata, ”tidak ada perkataan `tidak boleh’ (impossible) dalam kamus aku,”

Dengan kata lain, wujudkan matlamat dan berusahalah secara positif untuk memburu kejayaan. Anggaplah tidak ada apa pun yang mustahil untuk dicapai.

”Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda?”

BAGAIMANA MEMASTIKAN AZAM DAN MATLAMAT TERCAPAI

BAGAIMANA MEMASTIKAN AZAM DAN MATLAMAT TERCAPAI?

Kebanyakkan kita berazam pada setiap hujung tahun. Ada bermacam-macam azam, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai matlamat. Azam itu kabur kerana objektif yang tidak jelas sasarannya. Ibaran berlatih berlatih menembak, kita mesti menghalakan senjata tepat pada sasarannya.

Apabila kita nampak dengan jelas sasaran itu, barulah kita dapat menghalakan muncing senapang tepat ke sasarannya dan barulah kita dapat menembak dengan tepat.

Kita selalu mendengar orang berazam, ”Saya ingin memperbaiki taraf hidup saya” atau ”Saya mahu pekerjaan yang lebih baik” atau ”Saya ingin berniaga”. Ini matlamat yang kabur, tidak tepat.

Kita perlu menjelaskan apa pekerjaan itu. Berapa ganjaran yang kita akan peroleh? Dalam industri apa? Memerlukan kemahiran yang bagaimana? Bila jangka pencapaiannya – setahun atau lima tahun? Dan apakah tindakan kita seterusnya?

”Dan bagi mereka yang sabar (teguh hati) dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yagn teguh (sabar)”. -asy - Syura : 43

Tulis dengan jelas dan hitam putih tentang matlamat kita. Jangan hanya bercakap ataupun mengingati kerana ia tidak akan kekal. Sebaliknya, jika kita menulis azam itu akan lebih komited.

Paling baik matlamat kita itu ditulis di atas sekeping goal card seperti kad kredit dan simpan di dalam dompet. Setiap hari kta kaan membaca beberapa kali bagi mengingatkan kita. Kemudiaan sematkan sekukuh-kukuhnya dalam pemikiran separuh sedar (subconsious mind) supaya ia sebati dengan diri kita.

BAGAIMANA CARA KITA MERANCANG MATLAMAT?

Pertama sekali, analisis diri kita ketika ini. Tanya diri sendiri, apakah yang paling kita mahukan? Apakah yang ingin kita lakukan dalam hidup ini, iaitu yang menjadi keutamaan kita ketika ini berdasarkan lapan aspek kehidupan iaitu:

• Mental

• Jasmani

• Rohani

• Kewangan

• Keluarga

• Kerjaya

• Sosial dan kemasyarakatan

• Jabatan Organisai

Dalam kelapan-lapan aspek ini, apakah aspek yang menjadi keutamaan yang harus dititikberatkan ketika ini? Sekiranya keadaan rumah tangga kita tidak tenteram, maka matlamat utama kita ialah untuk mengharmonikan rumah tangga kita terlebih dahulu sebelum merancang matlamat yang lain. Jika tidak masalah itu akan menjadi batu penghalang kepada kita untuk mencapai matlamat yang lain.

Setiap orang mempunyai kepentingan yang berbeza mengikut tahap dan taraf kehidupan masing-masing. Jadi, matlamat yang telah dirancang itu mestilah benar-benar matlamat kita sendir, yang benar-benar lahir daripada sanubari kita – bukannya matlamat yang dibuat berdasarkan kehendak orang lain.

Paling baik kita tuliskan semua kehendak dan kemahuan kita sebanyak mungkin di atas kertas, kemudian kita susunkan satu persatu mengikut keutamaannya. Jika matlamat kita hendak membeli rumah atau kereta baru misalnya, elok kita bayangkan dalam bentuk gambar. Gantungkan gambar rumah atau kerekta yang menjadi idaman di dalam bilik tidur kita (ambil gambar berdiri di sebelah kereta) supaya apabila bangun daripada tidur, kita nampak matlamat kita itu.

Secara tidak langsung ia akan memotivasikan diri kita denagn memberi semangat untuk berusaha mendapatkannya. Dengan ini, keluarga kita juga sama-sama excited dengan matlamat kita itu, di samping menyedari sumbnangan dan pengorbanan yang harus diberikan oleh ahli keluarga bagi menjayakan matlamat kita tadi.

Kemudian, sediakan pelan tindakan (action plan) yang harus diambil untuk mencapai matlamat itu. Tindakan ini perlulah mengmbil kira keupayaan, kemahiran, kewangan, rintangan dan risiko yang bakal ditempuhi. Begitu juga dengan sikap mental kita yang harus ada untuk mencapai segala impian hidup ini. Kita perlu korbankan sesuatu, umpamanya masa, tenaga dan wang ringgit. Apa yang penting, kita perlu lupakan segala kepentingan dan kesenangan diri buat sementara waktu.

Dalam merancang matlamat hidup ini, secara tidak langsung kita belajar mengenali siapakah diri kita sebenarnya, kemanakah arah tujuan kita dan pada tahap manakah kita berada ketika ini? Apakah kelemahan kita yang menjadi batu penghalang untuk maju? Itulah azimat dan hikmat merancang matlamat hidup ini.

Dalam agama Isalam adalah falsafah yang amat baik untuk orang yang bercita-cita tinggi iaitu:

”Siapa yang kenal dirinya, sesungguhnya dia telah kenal Tuhannya”.
- Hadis

Huraiannya:

”Orang-orang yang tidak kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya. Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan hidupnya seperti burung dalam sangkar.”

AZAM DAN MATLAMAT, KUNCI DALAM KEHIDUPAN

AZAM DAN MATLAMAT, KUNCI KEJAYAAN HIDUPAN
Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda hanyut ditengah lautan, terumbang ambing dipikul arus dan gelombang kehidupan.
Apakah yang dikatakan matlamat? Matlamat boleh didefinisikan sebgai arah tujuan atau kompas kehidupan. Ia menentukan pa jua yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.
Hidup tanpa sebarang matlamat tidak ubah seperti kapal tiada nakhoda, terumbang-ambing dipukul gelombang, hanyut di tengah lautan. Kalau bernasib baik, maka terdamparlah ia di tepian pantai dan jika sebaliknya, hanyutlah ia dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan tenggelam.
Begitu juga dengan keadaan diri kita dalam menjalani kehidupan ini. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup atau cita-cita atau sekadar mengharapkan sesuatu yang baik berlaku ke atas diri kita atau sekurang-kurangnya tiada perkara yabng buruk berlaku di dalam hidup kita, peluang kita untuk gagal dan daif akan terbuka luas. Kita perlulah berdoa kepada Allah sambil bekerja kuat seperti berikut:
”Ya Tuhan kami, berikan kepada kami rahmat di sisi-Mu dan saipkanlah untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan (kerja) kami.” - al – kahfi: 10
Walaupun perkataan matlamat dan azam mempunyai hubung kait, tetapi pada hakikat sebenar kedua-duanya mempuinyai pengertian yang berbeza.
Kita tinjau perbezaan dan kaitannya. Matlamat ataupun goal memperkatakan mengenai aktiviti, manakala azam pula menceritakan mengenai tujuan ataupun sasaran.
Matlamat boleh dirumuskan sebagai apa dan bagaimana. Contohnya kehiudpan bagaimana yang kita inginkan ataupun `apa kehendak kita’. Manakala azam atau sasaran pula merumuskan mengenai `mengapa’ kita ingin mencapainya.
Matlamat memperkatakan mengenai pencapaian dan spesifik sementara azam menitikberatkan mengenai semangat dan motivasi ke arah pencapaian tersebut.
”Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah (kerja dan sabar). Sesungguhnya Allah menyayangi orang-orang yang bertawakal (kepada-Nya).” - Al-Imran: 159”
Orang-orang yang tidak tawakal kepada Allah atau takut gagal aatau takut mati kerana berjuang, mereka itu sentiasa menderita zahir dan batin. Oleh sebab itu, mereka ketawa sedikit dan banyak menangis sebagai balasan dariapda apa yang mereka usahakan”. -At-Taubah: 82
Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.

Thursday, August 9, 2007

KAWALAN DIRI YANG POSITIF

Kawalan diri secara positif bagi orang yang benar-benar berjaya bererti menerima 100% tanggungjawab yang boleh memberi kesan kepada kehidupan dan masa depannya.

Mereka juga sedar diri mereka mempunyai kuasa untuk megawal pelbagai aspek dalam kehidupan mereka, termasuk minda dan jasmani. Mengawal diri adalah kunci kepada kekuatan minda dan jasmani yang dapat menyumbang dan menghala ke arah kehidupan yang baik, sihat dan sempurna.

Orang yang gagal sentiasa berkata, "Saya tidak mengerti mengapa kehidupan begini terjadi atau kenapa nasib yang sebegini menimpa diri saya". Orang yang gagal sentiasa meratapi dan menyesali apa saja yang terjadi kepadanya tanpa menyedari dia yang membenarkan dan membiarkannya terjadi sedemikian.

Orang yang berjaya pula akan berkata, saya rela bertanggungjawab menerima pujian dan kritikan atas segala perlakuan saya.

Kita sendiri yang menjadikan dan mencorakkan hari kita dan bukan sebaliknya. Tanpa kawalan diri secara individu dan bertanggungjawab, tidak mungkin wujud kebebasan di dalam masyarakat. Kita akan memperoleh kebebasan hanya setelah kita menggunakan kebebasan dengan penuh rasa tanggungjawab.

"Ada kemungkinankah jika kamu berkuasa, kamu akan membuat bencana dalam negeri dan memutuskan ikatan tali kekeluargaan".
- Muhammad: 22

"Itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan pendengaran dan dibutakan-Nya penglihatan mereka" - Muhammad: 23

Undang-undang `sebab dan akibat' adalah selamanya menjadi pemerintah.

Sebenarnya, menguasai diri kita bermakna bertanggungjawab menggunakan segala ap yang kita miliki secara terbaik, iaitu pemikiran, bakat dan potensi kita dan memperkembangkan segala kebolehan dan kepakaran yag ada pada kita sehingga ke peringkat maksimum.

Sesungguhnya tidak banyak masa lagi yang tinggal untuk dihabiskan dalam hidup ini. Pilihan berada di tangan kita. Sikap pada diri sendiri dan rasa tanggungjawab terhadap kehidupan akan menentukan sama ada kita boleh menang atau kalah dalam perjuangan membentuk kehidupan yang cemerlang.

Dalam undang-undang `sebab dan akibat' menyatakan bahawa bagi setiap `sebab' wujud `akibat' yang setimpal.

Sekiranya kita menggunakan minda kita, kepakaran, bakat dan potensi kita sepenuhnya, `kesan' daripadanya dapat menyerlahkan kepada kehidupan luaran kita.

Sekiranya kita menggunakan masa dengan bijak dan rapi, maka akhirnya melalui `kesan' kelebihan yang tidak ternilai daripada segi pulangannya. Itulah yang kita katakan melalui undang-undang `kesan dan akibat' kerana kita tahu mungkin hanya seorang daripada seribu individu yang benar-benar menggunakan masa keemasannya secara wajar, bijak dan berkesan).

Inilah yang dikatakan bersikap jujur terhadap diri sendiri. Kawalan diri pula bererti menerima tanggungjawab itu sepenuhnya. Dalam analisis yang muktamad, hanya diri kita sahaja yang dapat mencari keunggulan bakat dan pencapaian dalam kehidupan seharian kita.

Golongan yang berjaya sentiasa berada pada stereng dan tidak berganjak dari tempat duduk pemandu. Golongan ini sentiasa mengawal pemikiran, perasaan, tindak-tanduk harian dan matlamat. Mereka menghabiskan masa mencipta kejayaan dan menerima hakikat bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk dipersia-siakan.


BERTINDAK HARI INI UNTUK KAWALAN DIRI YANG LEBIH POSITIF

1. Terimalah pujian dan kritikan dengan jujur serta bersikap terbuka.

2. Gunakan dorongan perasaan dan kehendak diri tanpa sebarang paksaan dengan berkata,
"Saya mengambil keputusan untuk....." bagi mengantikan kata-kata, "Saya terpaksa," ataupun "Saya lebih selesa melakukan ini, " bagi menggantikan,"Saya takut melakukan ini".

3. Moto kita mestilah berbunyi: "Ganjaran dalam hidup seseorang akan mengimbangi kembali segala khidmat dan sumbangannya terhadap kecemerlangan dirinya, masyarakat dan negara". Gunakan ia dalam setiap urusan seharian.

4. Belajar bagaimana cara untuk bertenang daripada segi minda dan jasmani dnegan mempraktikkan berzikir, mediitasi dan cara merehatkan otak.

5. Sediakan perancangan yang tepat dan sesuai setiap minggu. Di pejabat contohnya, sebaik-baiknya setiap hari tetapkan masa untuk membalas surat atau panggilan telefon. Jika surat-surat kita tidak dijawab dalam masa dua minggu, hantarkan surat susulan. Jika masih tiada jawaban, cuba telefon.

6. Tindakan - Hari ini juga! Bawa moto ini ke mana sahaja kita pergi dan jadikan ia sebahagian daripada amalan hidup.

7. Duduk dan ciptakan horoskop yang paling baik untuk anda. Senaraikan kebiasaan negatif yang benar-benar telah berjaya untuk dijadikan role model dan mentor.

8. Untuk tiga puluh hari yang berikutnya, bekerja bersungguh-sungguh terhadap tugas kita ketika ini. Apa pun yang kita pilih sebagai kejaya kita, ia bukanlah menjadi satu persoalan besar. Hanya kita yang perlu mengambil inisiatif menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan, dengan perasaan gembira dan reda anggaplah ia sebagai satu ibadah!

9. Laburkan keawangan anda ke arah memperkayakan ilmu penegahuan, kemahiran pembangunan diri dan pembentukan minda yang wajar dan kreatif.

10. Sediakan jam loceng kita setengah jam lebih awal pada hari esok. Gunakan setengah jam masa itu untuk menjawab soalan-soalan "bagaimana saya dapat menggunakan masa saya secara terbaik hari ini terhadap perkara-perkara penting dan berfaedah kepada diri saya."

"Kawalan diri secara positif akan menjadikan kita sentiasa sensitif terhadap kekuatan dan kelemahan diri kita. Sekiranya kita ingin menjadikan kehidupan ini lebih sempurna dari hari ke hari, pastikan kita sentiasa mampu mengawal diri secara positif dan mengambil langkah-langkah yang dicadangkan untuk memulalkan pelan tindakan kita hari ini.

"Minda yang telah dibangunkan sepenuhnya, keinginan untuk terus beljar dan kebolehan untuk menggunakan segala ilmu penetahuan yang telah dipelajari sebaik-baiknya, merupakan anak kunci terbaru menuju masa depan.

PRINSIP UTAMA USAHAWAN BERJAYA

Prinsip Utama Usahawan Berjaya

Menjadi usahawan Berjaya adalah impian semua orang, tetapi hakikatnya bukan semua orang boleh berniaga ataupun mempunyai ciri-ciri dan bakat berniaga.

Jadi, sebelum menceburi dunia perniagaan, kita perlulah mengetahui sama ada kita mempunyai cirri-ciri yang harus ada pada diri sesaorang yang ingin Berjaya. Ini perlu supaya kita tidak kecundang di tengah jalan atau diistiharkan `muflis’.

Soalan penting untuk ditanya pada diri kita sendiri: Adakah aku calon yang layak untuk menjadi seorang usahawan atau aku hanya layak untuk bekerja makan gaji sahaja?

Analisis diri kita, sama ada melalui profil diri, sifat sikap kita, jenis personality, kesesuaian bidang perniagaan dan sebagainya sebelum kita membuat keputusan untuk berniaga atau menjadi usahawan.

Untuk itu kita perlu mengenali diri, kekuatan dan kelemahan dan seterusnya memperlengkapkan diri kita dengan ciri-ciri keusahawanan. Teori yang dipelajari di universiti tidak sepenuhnya dapat digunakan untuk muncul sebagai seorang usahawan yang berjaya. Ia memerlukan lebih daripada itu. Seperti saya katakan, kita tidak hanya memerlukan MBA, tetapi kita perlukan Master of Common Sense (MCS). Kita tidak juga hanya memerlukan BA, tapi perlu juga memiliki Bachelor of Streets Smart (BSS) dan People Smart (PS), iaitu kemahiran kemanusiaan. Faktor lain yang tidak kuran penting adalah seperti sikap dan mental yang wajar, kemahiran, personaliti yang menarik dan boleh berkomunikasi dengan baik. Dalam dunia perniagaan kita boleh memasarkan apa saja produk, sekiranya kita tahu bagaimana hendak menjual atau memperkenalkan kelebihan yang ada pada diri kita.

Perinsip utama yang harus kita pegang selama ini ialah kemahuan yang membara yang melebihi segala-galanya. Kemahuan yang membara ialah (dorongan) emosi yang kuat untuk menggerakkan segala `jentera’ dalam diri kita kea rah mencapai matlamat yang diimpikan. Ia juga akan membuat kita lebih dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan demi kejayaan.

Ramai diantara kita yang mempunyai harapan setinggi gunung, tetapi adakah kita berupaya dan sanggup meningggalkan zon senang dan mudah. Tiada sesuatu yang dapat diperoleh secara percuma dan mudah di dunia ini. Kita haruslah bekerja keras dan mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar dan lebih baik. Sebuah kejayaan iu terlalu mahal harganya, malangnya kita tidak boleh membelinya dengan wang ringgit.

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang cukup mencabar, penuh dengan risiko. Oleh itu, jika kita mahu menjadi seorang usahawan yang Berjaya, kita perlu membuat persediaan yang lengkap.

Kita perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, teknik dan taktik berniaga supaya kita tidak mudah diperdaya dan kecundang di tengah jalan.

Untuk muncul sebagai usahawan yang dinamik, kita perlu membuat persediaan daripada segi mental, fizikal, emosi dan kerohanian. Sebagai seorang usahawan, kita terpaksa menghadapi pelbagai bentuk cabaran, halangan dan dugaan. Ia akan datang dalam pelbagai bentuk dan rupa yang akan mencabar diri, keimanan, keteguhan kita sebagai seorang yang bergelar usahawan.

Pada pendapat saya, dunia perniagaan sungguh menarik dan menyeronokkan, sekiranya kita boleh menembusi halangan berserta cabaran dan mampu pula bertahan lebih daripada pesaing lain di pasaran global.

Perlu saya tekankan terutama sekali kepada penuntut lepasan pusat pengajian tinggi yang ingin menceburi bidang keusahawanan, buatlah persediaan diri yang cukup dan berusaha membentuk peribadi dan personaliti dengan cirri-ciri keusahawan tulen sebelum menceburi bidnag keusahawanan. Apa yang tidak diajar di kolej atau universiti tentang ilmu perniagaan akan diperoleh secara tiak langsung apabila sesaorang itu mencabar diri dalam lapangan ini.

Ia memerlukan banyak latihan berniaga secara praktikal di premis perniagaan atau dikilang-kilang. Dengan erti kata lain, kita mesti sanggup jadi `kuli’ dahulu sebelum jadi `taukeh’. Selepas keluar universiti, kita kena masuk Universiti of Hard Knock untuk mendapatkan MCS, BSS, PS, EQ bagi melayakkan diri kita menceburi bidang keusahawanan.

MANUSIA BAGAIMANA YANG BERGELAR USAHAWAN

Siapa Manusia yang Bergelar Usahawan

“Seorang yang merancang, mengurus, menyelenggara dan melaksanakan usaha-usaha yang berhubungkait dengan ekonomi; khususnya mereka yang mengeloloa, memiliki, mengurus dan berkeupayaan menghadapi risiko, rintangan, saingan serta apa jua cabaran di dalam dunia keusahawanan.”

“Sesaorang yang bersedia untuk memulakan dan melaksanakan aktiviti-activiti perusahawan ataupun perniagaan dengan memikul tanggungjawab sepenuhnya serta berkemampuan untuk menhadapi segala risiko dan cabaran”.

Ciri-ciri Keusahawanan Tulen

Saya ingin memaparkan ciri-ciri keusahwanan yang arus ada kepda seispa saja yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan, mengikut pengalaman saya sendiri dan juga rakan-rakan saya yang telah mencipta nama dalam arena perniagaan.

1. Diri kita sendiri yang benar-benar ingin menjadi seorang usahawan, ingin memulakan perniagaan yang kita sendiri biasa buat, arif, suka buat, sanggup dan rela menjalankan sendiri, tanpa terpaksa berharap dan bergantung kepada orang lain.

2. Tinggalkan segalanya, Dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap `satu’ perniagaan sahaja (pada peringkat permulaan) dan binalah perniagaan tersebut hingga kukuh, kemudian kembangkan perniagaan tersebut ke seluruh Negara dan akhirnya ke peringkat antarabangsa. Kita hanya boleh memulakan bisnes kedua apabila perniagaan pertama boleh berjalan tanpa kita. Ujilah kedudukan anda dan keteguhan syarikat dengan mengambil cuti beberapa bulan dan sekadar memerhati dari jauh akan perjalanan syarikat. Buat analisis mengenai keteguhan pengurusan dan pentadbiran syarikat tanpa kita.

3. Jadikanlah perniagaan yang kita ceburi sebagai survival atau hidup mati kita, yakni mata pencarian kita hanyalah bergantung kepada yang satu ini sahaja! Nothing else! Ikutlah rasmi pendatang tanpa izin dan juga sejarah jutawan asing yang dahulunya datang dengan tongkang sehelai sepinggang. Kini mereka telah Berjaya menjadi jutawan, kaya raya, ternama dan berkuasa pula!

4. Sanggup melupakan segala kesenangan hidup, zon keselesaan selama beberapa tahun dan sebaliknya sanggup bekerja kuat, work long hard hours tiada cuti, sama ada cuti mingguan, cuti am atau cuti raya!

5. Mempunyai semangat yang kental, daya ketahanan, keberanian, kesanggupan menghadapi risiko, ciri-ciri ketabahan dan kesabaran.

6. Mempunyai kepintaran (practical intelligence) yang praktikal yang saya rumuskan sebagai MCS, BSS, EI dan PS.

7. Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dengan ciri-ciri kepimpinan yang boleh diteladani, diikuti dan berupaya mempengaruhi sikap dan tingkah laku pekerja untuk bertindak dengan cemerlang demi mencapai matlamat yang ingin dicapai.

8. Mempunyai emosi yang stabil, boleh tahan kritikan atau makian dengan senyuman dan muka selamba serta boleh pula melupakan dalam masa lima saat.

9. Mempunyai daya saing dan daya juang, fight for your right dan juga mempunyai cara serta daya untuk menghadapi lawan atau `musuh niaga’ kita. Ada kalanya kita kena belajar gunakan taktik `perang saraf’.

10. Anggaplah tiada siapa yang ada untuk membantu diri kita. Lupakan dulu niat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan pada peringkat permulaan perniagaan. Kita kena survive dengan apa yang kita ada dan terus mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan. Pada peringkat awalnya, mungkin kita terpaksa menggunakan Other People’s Money (OPM) untuk memulakan perniagaan. Biasanya hanya apabila kita lebih Berjaya, barulah pihak bank atau institusi kewangan akan datang atau bersetuju menemui kita. Ingatlah, modal perniagaan yang pertama adalah diri kita sendiri!

11. Mempunyai sikap mental yang wajar terhadap segala-galanya termasuk orang, tempat, situasi dan juga persepsi. Kita mesti ingat, siap adalah punca penentu kepada kejayaan dan kegagalan sesaorang.

12. Tidak gentar menghadapi saat-saat kegagalan, senantiasa menganggap kegagalan itu sebagai kekalahan sementara (temporary inconvenience). Moto bagi seseorang usahawan seharusnya berbunyi: “Jika hari ini aku gagal, esok pagi aku akan memulakan yang lain pula! Dan ingatlah yang gagal itu bukanlah diri kita, tetapi hanyalah `percubaan’ kita. Kajilah kelemahan dan kesilapan diri kita, kemudian bangun semula, mengatur strategi baru!”

13. Mempunyai discipline diri yang kuat serta kawalan diri (self-control) dengan bermotokan: Hidup ini adalah do-it-to-yourself programmed an kta berda pada tempat duduk pemandu, memandu kehidupan kita sendiri.

14. Kita mesti ingat wang adalah `hamba’ bagi kita dan kita adalah `tuannya’. Sebagai tuan, kita mesti bijak menguruskan kewangan kita. Ingatlah kita hanya boleh bebelanja daripada lebiahan hasil keuntungan sahaja dan bukannya daripda wang modal pusingan perniagaan kita.

15. Programkan mental kita dnegan mekanisme kejayaan. Bayangkan setiap hari seolah-olah kejayaan telahpun menjadi milik kita yakni pemikiran, perasaan dan perlakuan kita mencerminkan cirri-ciri orang yang Berjaya.

16. Ciri-ciri perniagaan ketika ini adalah kompetitif, robust dan globalisai. Oleh yang demikian, usahawan perlukan modenisasi, komersialisasi dan kompetensi. Caranya ialah melalui usahawan professional, usahawan lasak, usahawan berilmu dan usahawan kemahiran.

17. Seseorang itu hanya boleh dianggap Berjaya apabila dia telah mencapai kejayaan dalam tujuh aspek kehidupan utama iaitu mental, rohani,k jasmani kejaya, kewangan, keluarga dan kemasyarakatan.

Perancangan matalamat kita haruslah meliputi ketujuh-tujuh aspek tersebut bagi memperoleh kehidupan yang seimbang (a well-balanced life), berjaya, kaya, sihat, bahagia dan sisangung tinggi pula oleh seluruh masyarakat atas khidmat baktinya.

Teruskan usaha kita dan berdoalah semoga segala usaha kita sentiasa diberkati dan dimakbulkan oleh Tuhan.
Programkan mental kita dnegan mekanisme kejayaan. Bayangkan seitap hari seolah-olah kejayaan telahpun menjadi milik kia yakni pemikiran, perasaan dan perlakuan kita mencerminkan cirri-ciri orang yang berjaya.

MENCARI KETENANGAN

Anda senitasa dilanda penderitaan, perasaan tidak menentu atau sentiasa berasa sakit, rasa lemah dan tidak bermaya walaupun telah menemui doktor. Hasil daripada pemeriksaan terebut menunjukkan kita tidak menghadapi sebarang penyakit, tetapi berasa sakit. Keadaan ini dalam istilah perubatan dipanggil "psychomatic illness".

Kalau kita tidak ada penyakit, tetapi kita sentiasa berasa sakit, lemah dan tidak bertenaga, jiwa tidak tenteram, tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita. Kita perlu mencari punca `penyakit' tersebut dalam diri kita.

Saya ingin memberi motivasi kepada mereka khususnya yang sentiasa dilanda penderitaan, kesakitan dan kemuraman, `bebaskan diri daripada belenggu cengkaman perasaan kerana ia amat memudharatkan dan menyeksakan". Elakkan dan hapuskanlah!

Mari kita renungi dan selami jauh ke dalam diri kita. Tanyalah diri kita apakah perkara yang atau perasaan yang sentiasa berperang dalam pemikiran, menekan jiwa sehingga kita sentiasa berada dalam keresahan dan kesakitan? Adakah ia memberi kesan terhadap pemikiran, emosi dan tindak tanduk kita, sehingga menghasilkan kehidupan yang bahagia atau sangsara?

Apabila sesaorang datang kepada kita dengan masalah dan penuh penderitaan, kita dapat merumuskan yang dia terlalu banyak memendam rasa sehingga memakan dirinya sendiri, sedikit demi sedikit umpama penyakit kanser!

Perasaan dendam, sakit hati, rasa bersalah, takut, bimbang dan curiga adalah punca utama yang boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah hidup. Ia boleh mencengkam perasaan, menyebabkan pelbagai kesakitan - baik dari segi mental, emosi mahupun fizikal, menjadikan kita rasa `serba tak kena'.

Perasaan sebegini timbul apabila kita mula menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan dan ada kalanya menyalahkan takdir yang menyebabkan diri kita berkeadaan sedemikian. Kita tidak sedar diri kita sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala apa yang berlaku.Kita perlu sedar, kita mempunyai kuasa untuk mengawal diri seperti diperkatakan. Kita berada di tempat duduk pemandu memandu kehidupan kita sendiri.

Perasaan bersalah akibat kegagalan kita, salah laku yang kita lakukan pada masa lalu sering menghantui diri menyebabkan kita menjatuhkan hukuman berat ke atas diri kita sendiri. Kita mengutuk, menghina dan mendera diri secara berterusan, lupakan dan serahkan segalanya pada Tuhan, menyebabkan jiwa tertekan dan tidak tenteram sehingga hilang rasa hormat diri.

Bagi menghindari perasaan yang terus mencengkam jiwa, kita perlu bertaubat. Yang lepas terlahpun berlaku dan berlalu! Kita perlu bebaskan dan yakin, yang taubat kita akan diterima Tuhan. Langkah seterusnya ialah belajar memaafkan diri supaya dapat terus menjalani hidup ini dengan lebih aman dan tenteram.

Manakala perasaan takut, bimbang dan curiga pula jika terus dilayani akan membawa kepada tekanan jiwa yang menderitakan. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti migrain, ulser, keguguran rambut dan sakit sendi. Kawallah pemikiran dan jangan terlalu memikirkan terhadap sesuatu sebelum terjadi. Kita cuma perlu mengawasinya.

Bagi mengembalikan ketenteraman jiwa pula, cucilah pemikiran dan sanubari daripada segala perasaan dendam, sakit hati, bersalah dan rasa takut. Kita juga mesti sanggup memaafkan orang yang paling sukar untuk dimaafkan. Kemaafan itu mempunyai kuasa penyembuh untuk pelbagai penyakit yang berpunca daripada emosi dan mental.

`Perasaan sakit hati, benci dan dendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai "penyakit" baik dari segi mental, emosi mahupun fizikal. Hindarilah ia sebelum ia memusnahkan diri kita!"

CARA MELEGAKAN PERASAAN MARAH DAN TERLUKA

Tenangkan fikiran. Buat senaman dengan menarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan selama beberapa minit. Bayangkan perkara-perkara yang menyukakan hati, cuba kenal pasti puncanya, kemudian yakinkan pada diri kita bahawa kemarahan dan kelukaan hati kita itu tidak lebih daripada `perasaan semata-mata'.

Sebenarnya tidak seorang pun yang dapat membuat kita berasa marah, kecewa atau berkecil hati sekiranya diri dan pemikiran kita tidak membenarkan unsur-unsur itu mempengaruhi pemikiran dan kemudiannya merangsang tindak-tanduk kita.

Tanya diri sendiri dan teman-teman, apakah anggapan dan harapan kita terhadap orang lain terlalu tinggi dan tidak munasabah? Adakah kita mengharapkan supaya orang lain mengorbankan segala-galanya semata-mata untuk memenuhi kehendak dan menjaga hati kita?

Kita mesti sedar orang lain juga berada dalam kesulitan dan masalah. Mereka juga sedang berjuang mengatasi masalah bagi memperbaiki kehidupannya sendiri dari masa ke semasa.

Mereka juga mempunyai masalah perasaan dan kehendak seperti diri kita juga.
Beritahu pada diri kita sendiri bahawa perasaan terluka dan berasa diri tidak dihargai, adalah tidak produktif serta boleh membinasakan kita. Oleh yang demikian, kita mesti berusaha menghapuskannya sama sekali.

Kita mesti memahami falsafah, alam sekeliling dan manusia tidak boleh sentiasa berlaku adil terhadap kita, sebagaimana yang kita kehendaki kerana itulah hakikat kehidupan yang sebenarnya.Jika kehidupan kita senantiasa diselimuti kekesalan dan rasa bersalah oleh kesilapan masa lalu, seluruh kehidupan kita akan menjadi murung, muram dan tentunya akan menuju ke arah kegagalan dan kehancuran kerana perasaan sedemikian amat membinasakan.

Beritahu kepada diri sendiri betapa hidup ini akan musnah sekiranya kita masih berada pada zaman silam, iaitu zaman ketika berlakunya peristiwa tersebut, mungkin lima atau sepuluh tahun lalu.Ketelanjuran kata-kata yang tajam terhadap sahabat, saudara ataupun ibubapa yang telah kita lemparkan lima tahun lalu, tetapi hingga kini masih membelenggu fikiran, menyebabkan kebinasaan terhadap emosi kita ketika ini.

Kita juga mesti memaafkan diri kita atas keterlanjuran, kelalaian, kesalahan dan kegagalan kita yang lalu, juga terhadap keputusan yang telah kita buat tanpa berfikir panjang.

Kita mesti melenyapkan segala perasaan malu atas kesilapan kita yang telah lama berlaku dan telahpun berlalu kerana sebenarnya hanya kiri kita seorang saja yang masih mengingatinya, sedangkan orang lain telah lama melupakannya. Jadi kita mesti melenyapkannya dari pemikiran kita, kerana ianya amat menyeksakan.

Ubat paling mujarab bagi menghilangkan emosi terluka yang begitu menyeksakan diri kita adalah kemaafan. Tanpa kemaafan, kita tidak mungkin akan terlepas daripada bebanan penyeksaan emosi. Kita tidak akan pernah menemui ketenangan dan ketenteraman jiwa.

"Jika kamu lahirkan kebaikan atau kamu sembunyikan atau kamu memaafkan kesalahan orang lain, sesunggunya Allah itu pemaaf dan Maha Berkuasa." An Nisa: 149

Orang yang tidak dapat memaafkan dirinya dan memaafkan segala kesalahan keterlanjuran dan ketidaksempurnaannya, maka berkemungkinan dia akan menderita penyakit insomnia, migrain, ulser atau kanser dan paling ketara adalah sakit jiwa.

Kita mesti sedar bahawa kita adalah makhluk Tuhan. Sebagai makhluk biasa, kita bukanlah manusia yang cukup sempurna dalam segala-galanya.

Sebaliknya, bayangkan kejayaan yang telah dicapai selama ini. Bersyukurlah dan ucapkan tahniah pada diri sendiri.

Setelah kita berupaya memaafkan diri kita, mungkin kita telah bersedia untuk memaafkan orang lain juga. Kita lakukan segala-galanya sebaik mungkin dan yang lainya kita serahkan pada kekuasaan Tuhan.

KEUPAYAAN MENGHADAPI MASALAH

Dalam menjalani hidup ini, kita mesti menerima hakikat bahawa terlalu banyak masalah yang sentiasa berada di depan kita. Jadi, sebagai manusia yang normal kita hendaklah menghadapinya dengan tabah, berani dan penuh kerelaan.

Persoalannya, berapa ramaikah yang berkeupayaan berhadapan dengan pelbagai masalah? Apabila dikaji, sesetengah masalah itu terlalu remeh dan tidak penting langsung, berbanding ganjaran atau peluang yang bakal dinikmati sekiranya kita berjaya menyelesaikan masalah yang lebih besar dan lebih rumit.

Ramai yang mudah mengaku kalah, angkat tangan, angkat kaki, atau menyerah kalah sebelum mencuba.Mereka tidak mahu mencabar keupayaan serta enggan mencabar potensi dan pemikiran. Jadi, bagaimana kita hendak mengejar kejayaan sekiranya kita tidak sanggup dan tidak mahu mencabar kebolehan dan keupayaan pemikiran kita, kita cuma perlu `berfikir' lebih.

Orang yang gagal menyedari apa yang terjadi di sekelilingnya, tidak menyedari keperluan orang lain dan tidak menyedari akan penglibatan dirinya dalam kehidupan seharian dan masyarakat sekeliling.Orang yang berjaya sentiasa sensitif terhadap persekitarannya. Mereka tidak memerlukan dadah atau bahan perangsang luaran untuk menjadikan hidup mereka ceria dan bertenaga. Mereka menjalani hidup secara semula jadi.

Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai segala keupayaan dan kelengkapan untuk bertindak dan mencabar potensi pemikiran kita.

Kita jadikan saat ini untuk menyedarkan hakikat kebolehan diri kita. Bukakan lensa terhadap pelbagai peluang kemungkinan dan alternatif yang berada di hadapan kita.Ubahlah sikap dan gaya hidup kita dan dengan sendirinya segala persekitaran kita akan turut berubah. Kita buangkan segala pengaruh negatif yang sukar untuk diubah. Kita akan sesuaikan dan selaraskan diri ke arah pencapaian kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI MASALAH

1. Kikiskan segala pemikiran yang tidak elok.

2. Kawal perasaan kita. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran.

3. Kosongkan kotak pemikiran kita daripada perasaan-perasaan sedih atau bermuram durja dan apa jua perasaan negatif seperti kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada orang lain. Dengan menolong dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenteraman, menaikkan rasa hormat diri dan bangga diri.

6. Seelok-eloknya cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat cara terbaik memecah kebuntuannya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita, menjadi lebih matang untuk menghadapi pelbagai masalah hidup.

7. Bunuh perasaan negatif seperti takut dan rendah diri sekarang juga!

8. Ingatlah sebenarnya kita bukan berseorangan. Tuhan sentiasa bersama kita.

9. Anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu dan usahlah gentar untuk menghadapinya.

10. Susun segala kesulitan dan masalah di atas kertas satu persatu. Masalah akan nampak lebih nyata dan separuh daripada masalah tersebut sebenarnya telahpun diselesaikan, apabila kita menyusun satu persatu mengikut keutamaannya. Masalah lain akan dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat.

11. Programkan semula pemikiran dan amalkan prinsip pemikiran positif. Perkara yang mustahil akan menjadi lebih mudah.

12. Jangan sekali-kali bertindak secara emosional kepada kritikan sehingga menjejaskan penilaian sebenar. Analisa diri sendiri bagi memastikan sama ada ia betul atau tidak. Jika kritikan itu tepat, perbaiki diri sendiri. Jika tidak, usah hiraukan, cuma beri perhatian.

13. Ingatlah bahawa setiap masalah ada jawapan dan jalan penyelesaiannya. Selidiklah puncanya dan carilah jawabannya.

14. Semasa dalam kesusahan, ingatlah Tuhan sayangkan kita dan akan sentiasa bersama untuk membantu kita. Setelah Tuhan menjadikan kita, dia tidak akan sekali-kali membiarkan kita! Mohonlah petunjuk daripada NYA.

"Hadapi masalah dengan penuh kepintaran dan ketabahan! Ingatlah, Tuhan sentiasa bersama kita."

PRINSIP AMALAN PEMIMPIN ISLAM

JANGAN TERGOPOH GAPAH MELAKUKAN SESUATU SEBELUM TIBA MASANYA

JANGAN MELENGAH-LENGAHKANNYA APABILA MASANYA TIBA

JANGAN MENDESAK MELAKUKAN PERKARA YANG SALAH

JANGAN MELENGAH-LENGAH MEMBETULKAN KESALAHAN

LAKUKAN SEGALA SESUATU SEBELUM TEMPOHNYA

BIARKAN SEGALA SESUATU MENDAPAT TEMPAT YANG SEWAJARNYA

JANGAN MEMAKSA MEREKA MENURUT PANDANGAN KAMU

JANGAN CUAI DALAM MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB KAMU

MATA RAKYAT SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU

KAMU BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP APA JUA YANG KAMU LAKUKAN KEPADA MEREKA

KECUAIAN YANG KECIL AKAN ADA KESAN BURUKNYA

KAWALLAH KEMARAHAN KAMU

JAGALAH TANGAN DAN LIDAH KAMU

APA JUGA MASALAH YANG MENIMPA, CUBALAH BERSABAR, JIKA TIDAK IA AKAN MENAMBAHKAN KEBIMBANGAN KAMU

PELAJARILAH PRINSIP-PRINSIP YANG TELAH MENGILHAMKAN ORANG-ORANG YANG ADIL SEBELUM KAMU

BERILAH PERHATIAN YANG TELITI TERHADAP APA JUA YANG KAMU PELAJARI DARIPADA URUSAN KAMU

BERUSAHALAH DENGAN SEGALA KEMAMPUAN KAMU
JANGAN TUNDUK KEPADA HASUTAN HATI KAMU

Monday, August 6, 2007

MENGAWAL DIRI MEMBENTUK HALUAN


Kita selalu menyalahkan tafsiran sebenar self-control sebagai keupayaan mengawal atau menguasai diri ataupun berkeadaan tenang atau pasif ketika berada dalam keadaan tertekan atau terdesak. Tetapi, daripada sudut psikologi kejayaan, ia sama ertinya dengan menentukan masa depan diri sendiri.

Orang yang berjaya, memikul tanggung jawab sepenuhnya dalam menentukan segala tindakan yang akhirnya menjadi satu keputusan dalam hidupnya.

Mereka percaya dan yakin terhadap undang-undang sebab dan akibat dengan bermotokan hidup ini adalah “do-it-yourself programmme.”

Dengan erti kata lain, `kawalan diri’ mempunyai cirri-ciri kebebasan bagi seseorang untuk memilih di antara pelbagai pilihan untuk membentuk haluan hidup kita sendiri.

Ramai orang percaya terhadap ramalan bintang-bintang yang dinaunginya. Jika bintang itu meramalkan hari ini sesuatu yang tidak baik akan terjadi, maka dia pun menunggu apa yang akan terjadi padanya dengan perasaan takut dan resah tanpa menyedari hakikat yang ia akan memberi kesan terhadap minda dan anggota badan kita.

Biasanya apa yang kita takutkan ataupun yang kita jangkakan benar-benar akan terjadi. Ini disebabkan kita secara tidak langsung akan bertindak balas mengikut arahan pemikiran kita. Sebenarnya setiap daripada kita berada “at the driver’s seat or of our own life”. Kitalah yang memandu, mengarah dan mengawal kehidupan kita sendiri.

Jika ditinjau daripda pelbagai sudut, kita sebenarnya mempunyai kuasa mengawal terhadap diri kita sendiri sejak dilahirkan di mana sejak kecil kita akan menangis meminta susu, ditukarkan lampoin dan sebagainya. Kawlan diri ini semakin meningkat apabila menjelang dewasa. Kita boleh belajar bagaimana handak bertindak balas dan menyesuaikan diri dengan jayanya terhadap segala tekanan hidup yang melanda diri dengan menerima senuah hati segala tanggungjawab yang mendatangkan kesan atau akiabt kepada kehidupan kita. Sesungguhnya, kita sendiri yang memegang anak kunci segala reaksi kita tehadap apa jua bencana yang dibawa oleh orang lain dan kita mestilah ingat bahawa, “bukanlah apa yang terjadi dalam hidup kita menjadi masalahnya, tetapi bagaimana kita menerima dan mengendalikannya menjadi lebih penting.”

“Apa yang tejadi dalam hidup kita tidaklah begitu penting dan besar, tetapi yang lebih penting bagaimana kita mengganggapnya, menerimanya atau memandangnya.”

Sesungguhnya, jika kita membuat kajian yang mendalamterhadap funsi-fungsi sel otak dan badan, kita akan mendapati bahawa kita juga mempunyai kawalan terhadap keseluruhan fungi badan dan tindak-tanduk kita yang selama ini kita anggap terjadi secara tidak sengaja (involuntary). Dengan erti kata lain, kita mempunyai pelbagai pilihan dan alternative lebih daripada kesanggupan kita untuk mempertimbangkannya.

“Kawalan diri mempunyai ciri-ciri kebebasan bagi seseorang untuk memilih diantara pelbagai pilihan untuk membentuk haluan hidup sendiri.”

“Orang yang berjaya adalah orang yang menjadikan sesuatu atau menyebabkan sesuatu terjadi kepada diri mereka. Orang yang gagal membiarkan saja sesuatu terjadi. Orang yang bijaksana menyedari ijazah tertinggi bukanlah satu jaminan untuk mencapai kejayaan. Ia perlu disertakan dengan sikap minda yang wajar, imej diri yang meyakinkan serta disiplin diri yang kuat.”




BAGAIMANA MENYELAMI BAKAT DI DALAM DIRI SENDIRI?

Sebenarnya saya suka membincangkan mengenai perkara ini secara panjang lebar. Kali ini kta tumpukan bagaimana caranya seorang suri rumah ataupun sesiapa sahaja yang ingin memulakan langkahnya berdikari, dari segi kewangan mencari pendapatan yang lebih bagi membantu keluarganya.

Ini boleh dilakukan dengan berniaga secara kecil-kecilan, walaupun hanya bermula di rumahatau di dapur kita sendiri. Apa yang penting, kita perlu memulakan sesuatu hari ini juga, Be a self-starter, a self-builder! Jadilah pemula, pereka dan Pembina.

Ada kalanya apabila kita terpaksa melakukan sesuatu ataupun keadaan memaksa, kita bertindak melakukannya. Kita tidak akan mengira sama ada kita berkebolehan, berkeupayaan ataupun tidak. Saya teringat cerita mengenai seorang kawan yang ditinggalkan suaminya ketika dalam pantang beserta dua anak yang masih kecil.

Dia terpaksa mencari jalan bagimana mendapatkan sumber kewangan untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Dalam serba kedaifan dan kesusahan, dia tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupannya dan enggan pula berserah pada nasib.

Dia mula mencari idea serta mencari bakat dan potensi yang ada pada dirinya. Dia sedar tidak dapat meninggalkan rumah dan anak-anaknya untuk keluar bekerja. Lagipun dia tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dan kemahiran lain.

Dia teringat sebelum berkahwin dulu, dia pernah bekerja di taman asuhan kanak-kanak dan dia memang sukakan kanak-kanak.

Rakan saya in telah membulatkan tekad menadikan pengalamannya dahulu sebai suatu sumber mencari nafkah.

Dia mula menemui jiran-jiran untuk menawarkan perkhidmatan untuk menaga anak-anak di rumah.

Dengan perkhidmatan yang baik dan jagaan yang sempurna yang diberikan olehnya, maka beberapa bulan kemudian ramai jiran yang menghantar anak mereka ke rumahnya hingga dia terpaksa menggaji beberapa pekerja lagi untuk membantu.

Kini dia telah memiliki taska sendiri yang sedang berkembang maju dengan beberapa cawangan.

Begitulah ceritanya kejayaan kawan saya yang memulakan perniagaan berdasarkan pengalaman, minat dan potensi yang ada dalam dirinya, dan sikap tidak mudah mengalah pada suratan takdir.

Apa yang ingin saya tegaskan ialah dalam keadaan `terpaksa’ tanpa kita sedari segala bakat dan potensi yang selama ini terkubur di dalam diri kita dengan sendirinya akan muncul satu persatu.

Tiba-tiba sahaja kita mempunyai tenaga, keupayan untuk melakukan segalanya itulah hikmahnya. Pokok pangkalnya, kita mulakan dahulu. Yang lainya akan datang kemudian. Kalau kita tunggu masa dan waktu yang elok dan sesuai, saya pasti tidak pernah ada waktu dan ketika yang benar-benar `sesuai’. Sesungguhnya masa itu tiak akam pernah kunjung tiba, atau tidak akan pernah menunggu kita. Akhirnya, kita hanya menggigit jari melepaskan peluang berlaku begitu sahaja di samping meneruskan kedaifan kita.

Soalnya, bagaimanakah kita hendak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan? Seperti yang dikatakan tadi, pertama sekali, kita cuba cari dan salami bakat dan hobi kita samaada menjahit, memasak, menjaga kanak-kanak, mengajar atau menjual.

Kemudian kita perkembangkan bakat tersebut sama ada melalui kursus khas, membantu atau bekerja sambilan dalam bidang berkenaan.

Dengan cara tersebut kita dapat membina pengalaman dan pengetahuan, serta memperoleh kemahiran dan pendedahan.

Kita akan belajar tiga anak kunci utama prinsip perniagaan sebelum menjalankan apa juga perniagaan. Jadi, apabila diri kita pkar atau telah mahir dalam bidang tersebut, kita akan mengujinya dengan menjalankan perniagaan di rumah ataupun dapur kita sendiri secara kecil-kecilan dan di samping mula merancang membuka kedai, pejabat dan sebagainya. Kita sebenarnya perlu mempelajari tiga anak kunci utama prinsip perniagaan.

TIGA ANAK KUNCI UTAMA PRINSIP PERNIAGAAN

· Inspirasi untuk bertindak

Inspirasi akan memotivasikan kita atau sesiapa saja untuk bertindak memulakannya sebab kita sendiri yang mahukannya. Inspirasi untuk bertindak hanya dapat dibangunkan atas kehendak diri kita sendiri kerana kuasa untuk bertindak hanya berada pada diri kita.

· Teknikdan kemahiran (know-how)

Mempelajari teknik dan kemahiran yang akan senitasa memberi keputusan cemerlang kepada kita. Teknik dan kemahiran adalah sebenarnya menggunakan segala pengetahuan secara yang betul dan wajar. Teknik dan kemahiran akan menjadi tabiat untuk amalan kita apabila kita sentiasa mengamalkannya.

· Pengetahuan mengenai aktiviti

Pengetahuan mengenai aktiviti, selok belok perniagaan, servis, produk, teknik pemasaran, muslihat, kemahiran dan asas-asas perniagaan yang perlu kita ketahui sebelum memulakan perniagaan.

Hapuskanlah perasaan takut gagal sebelum memulakannya. Kita mulakan dengan usaha awal kita yang kecil tetapi ke arah yang betul, yakni first little effort in the right direction.

MENGAPA MATLAMAT TAK PERNAH TERCAPAI


Ada kalanya kita gagal mencapai matlamat yng telah kita tetapkan walaupun pada peringkat awalnya semangat untuk mencapainya terlalu kuat. Kegagalan itu mungkin disebbkan oleh langkah-langkah pelaksanaan yang tidak teratur atau kelemahan yang tidak disedari dalam diri sendiri.

Cuba teliti factor-faktor yang akan kita katakana hari ini. Salah satu atau kesemuanya mungkin menjadi faktor penyebab kegagalan untuk mencapai matlamat hidup kita.

1. Tidak ditulis secara hitam putih

Mengikut prinsip perancangan matlamat, setiap matlamat hendaklah ditulis secara hitam putih. Matlamat yang Cuma tersimpan dalam pemikiran kita akhirnya akan hilang atau lenyap begitu sahaja. Dengan menulis, kita akan dapat merasa dan menjelaskan apa yang kita inginkan sepertimana yang tergambar dalam pemikiran. Kita juga akan menjadi lebih komited terhadap rancangan tersebut.

2. Tidak tahu kepentingan matlamat dan bagaimana hendak merancangnya.

Kita membuat perancangan dengan matlamat jangka panjang yang memerlukan masa yang agak lama untuk mencapainya. Ini akan menghalang kita daripada melihat kesan segera bagaimana yang kita impikan dan mengakibatkan kita hilang kepercayaan atau patah semangat (discourage).

Kita perlu mengamalkan prinsip perancangan matlamat yang memberi penekanan kepada prinsip jangka panjang bagi membolehkan kita mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana perancangan kita boleh memberi kesan dan berjaya.

2. Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri

Tanpa keyakinan diri adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang kita cita-citakan. Tanpa keyakinan juga kita tidak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat dan potensi yang ada dalam diri. Dengan ertikata lain, kita tidak akan berupaya membangun dan merangsang high talent sel otak seperti kata pepatah Inggeris, “faith moves the mountain”. Hanya dengan mempercayai satu sesuatu matlamat barulah kita mempunyai keyakinan dan kepercayaan untuk melakukannya. Kita mesti mempunyai pendirian bahawa kita boleh mencapai apa jua yang kita inginkan jika kita benar-benar yakin yang kita boleh mencapainya.

3. Berfikiran negetif menjadi penghalang pencapaian matlamat

Seseorang yang berfikiran negatif sentiasa menganggap matlamat yang telah ditetapkan sukar dicapai. Dia enggan membuat imaginasi dan bersikap positif. Dia lebih menilai halangan dan masalah yang bakal timbul daripada memikirkan faedah yang boleh diperoleh dan dimilikinya. Oleh itu, dia tidak akan dapat melihat rahmat dan peluang yang tersirat di sebalik halangan yang timbul.

5. Menjadi mangsa kepada perasaan takut.

Perasaan takut dan bimbang menyebabkan peluang yang terbentang luas dipersia-siakan. Setiap orang tanpa disedarinya mempunyai kemampuan bakat dan potensi tertentu dalam diri masing-masing. Sayangnya semua keistimewaan dirinya itu akan terkubur bersama-sama dirinya jika dia takut untuk mencubanya. Alangkah ruginya!

Semangat yang lumpuh di tengah jalan.

Salah satu sebab utama mengapa matlamat kita tidak tercapai kerana tidak memiliki semangat yang kuat dalam menempuh dugaan. Sememangnya untuk mencapai sesusatu yang kita ingini, terdapat bermacam-macam rintangan dan halangan. Ini memerlukan azam, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental seperti peribahasa Melayu “di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”

Matlamat dilaksanakan serentak

Kita tidak boleh mempunyai begitu banyak matlamat dalam satu masa. Oleh yang demikian, kita perlu membuat senarai keutamaan matlamat yang ingin dicapai. Jangan cuba melaksanakan matlamat dengan serentak kerana kemungkinan besar kita akan gagal mencapai kesemuanya. Sebaliknya laksanakan matlamat itu mengikut keutamaan dan keperluan secara beransur-ansur, tetapi dengan kepastian.

Bersikap pesimis

Sikap pesimis adalah batu penghalang dalam mencapai matlamat. Seseorang yang bersikap pesimis sentiasa berfikir tentang perkara buruk dan menganggap matlamat yang telah ditetapkan sukar untuk dicapai. Perasaannya selalu gundah, gelisah dan tidak tenteram. Sifat ini akan menjejaskan semua langkah dan strategi yang bakal diatur.

Tidak membuat bayangan positif (positive imaging)

Bayangan positif (positif imaging) adalah konsep yang melibatkan aktiviti mental, iaitu sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu kita dibayangkan dalam fikiran. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai matlamat untuk menjadi seorang eksekutif yang berjaya, cubalah bayangkan dengan jelas keadaan kita setelah berjaya menyandang jawatan tersebut, yakin seolah-oleh kita telah berada ditempat itu. Dengan kata lain, pemikiran, perasaan dan tindakan kita menggambarkan seperti kita berkedudukan sebagai seorang eksekutif.

Bayangkan satu persatu, baik daripada segi personality pakaian, percakapan, tindakan dan keadaan sekeliling yang akan kita nikmati setelah memegang jawatan yang kita idamkan selama ini. Gambaran ini akan disampaikan oleh pemikiran sedar di dalam pemikiran separuh sedar. Pemikiran separuh sedar pula akan menerima gambaran ini dalam ingatan secara tetap.

Tanpa disedari, perbuatan ini akan memberi kesan kepada gerak-geri dan tingkah laku kita terutama yang berkaitan dengan pencapaian matlamat. Oleh itu, kita akan mendapati lebih cepat dan senang bagi kita mempraktikkan bayangan positif.

Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki.

CARA MELATIH DIRI MERANCANG MATLAMAT

Berikut adalah latihan bagi menolong kita merancang tindakan yang perlu diambil dalam mencapai matlamat.

· Nyatakan dengan terang dan jelas matlamat yang kita ingin capai dalam masa enam bulan akan datang.
· Mengapa kita ingin mencapai matlamat tersebut.
· Jika kita berjaya mencapainya, apakah kebaikan yang kita peroleh? Ganjaran untuk keluarga kita umpamanya.
· Apakah risiko yang ada dalam mencapai matlamat ini?
· Apakah pencapaian matlamat ini akan menyumbang kea rah pencapaian matlamat jangka panjang?
· Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak berjaya dan apakah alternatifnya?
· Apakah rintangan yang bakal dihadapi dalam menjayakan matlamat ini? Bagaimanakah cara untuk menguasainya?

Setelah kita kemukakan pelbagai pertanyaan seperti yang dinyatakan, maka kita akan mendapat gambaran yang jelas untuk merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut.

Kita mesti jujur pada diri sendiri apabila merancang matlamat. Tidak guna mempunyai matlamat yang terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya. Janganlah jadi seperti kata orang, “nafsu besar tenaga kurang” atau “suara naga berjalan semut”.

Kita mesti ukur kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.

Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki?

ORANG BERJAYA CINTAKAN KERJA

Kita masih memperkatakan mengenai kejayaan. Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan, kenaikan pangkat, gaji yang lumayan dan sebagainya, kita haruslah menanamkan tabiat membuat kerja lebh daripada apa yang dibayar. Akhirnya, kita akan dibayar lebih dari apa yang kita kerjakan. Ini merupakan prinsip kejayaan dalam kerjaya.

Mengikut undang-undang alam, undang-undang timbal balas, the law of increasing returns, menyatakan apabila kita mengamalkan tabiat ini, akhirnya kita akan menghasilkan ganjaran yang berlipat ganda. Ganjaran berupa kewangan dan keuntungan daripada perkhidmatan cemerlang yang kita berikan, contoh memperoleh gaji atau bonus yang lebih, kenaikan pangkat, status, imej diri sendiri dan juga imej organisasi.

Ini adalah satu kebenaran dan kenyataan yang telah terbukti! Daripada apa yang kita lihat atau jika kita bertanya kepada mereka yang telah berjaya sebagai pemimpin, big boss, jutawan dan apa jua pangkat dan jawatan tidak seorang pun yang berjaya itu adalah dirinya tanpa mengamalkan tabiat berkerja lebih daripada apa yang dibayar pada peringkat permulaannya.

Hampir semua orang yang berjaya, kaya dan ternama terdiri daripada mereka yang bermula dari peringkat bawah dan mengamalkan tabiat sedemikian. Akhirnya, ia akan membuahkan kejayaan yang lebih besar untuk status, perniagaan atau kerjaya mereka.

Mengikut undang-undang timbal balas, “berapa banyak usaha yang kita pertaruhkan dalam pekerjaan dan kehidupan kita, maka sebanyak itulah yang akan kita dapat balik.”

Kalau kita masukkan 10%, maka 10% yang kita akan dapat balik, dan jika kita kerja setakat RM500, maka RM500 yang akan kita terima. Kita tidak akan dapat RM5000, kerana usaha kita tidak sampai ke tahap itu! Oleh itu, jika kita mahukan lebih pendapatan, lebihkan jam kita bekerja dan lipat gandakan usaha kita, insyaAllah.

Persoalannya sekarang, bagaimana kita boleh wujudkan tabiat suka bekerja?

Kita mesti mempunyai elemen atau unsur-unsur suka ataupun cintakan kerja yang kita buat. Dengan perasaan minat, suka dan cintakan kerja, seseorang itu akan dapat menunjukkan dan melakukan kerja yang lebih cemerlang, cekap, berkualiti serta pantas di samping menyerlahkan segala bakat dan kebolehan dirinya.

Daripada kajian yang dibuat, penduduk dunia hanya menggunakan 10% dari kebolehan serta keupayaan mereka dalam kerjaya mereka. Bayangkanlah betapa ruginya, 90% daripada kebolehan, bakat dan potensi diri terus terkubur dalam diri kita tanpa dibangunkan. Faktor itulah, kita mendapati jumlah jutawan di dunia ini kurang daripada dua peratus.

Orang yang menikmati keseronokan bekerja akan bekerja tanpa mengira waktu, tidak berasa bosan dengan kerja yang disukainya dengan kadang-kadang tidak menghiraukan makan minum dan lupa waktu tidur.

Mengikut undang-undang bekerja, “semakin tinggi tahap keseronokan kita bekerja, semakin tiggilah ganjaran kewangan yang bakal kita terima kelak. Semakin tidak seronok kita bekerja, semakin kuranglah pulangan wang yang bakal kita terima dan semakin kuranglah produktiviti dan kualiti kerja kita.”

Kebanyakan orang berasa bosan atau benci dengan pekerjaan mereka, mengapa agaknya?

Hakikatnya jika, kita bekerja semata-mata untuk makan gaji sahaja, memanglah cukup bulan kita akan terima gaji. Sekiranya setiap hari kita datang bekerja dengan penuh semangat untuk menaikkan syarikat dan jabatan serta diri kita sendiri, kita akan mendapat manfaat sepenuhnya.

TUJUAN KITA BEKERJA

Pertama : Bekerja untuk mendapat gaji bagi menyara kehidupan, keluarga
dan anak-anak kita.

Kedua : Bekerja untuk menaikkan nama syarikat atau jabatan kita.

Ketiga : Bekerja untuk belajar dan mencari pengalaman.

Keempat : Bekerja kerana kita seronok bekerja dan secara tidak langsung
meningkatkan produktiviti, keuntungan dan imej jabatan kita.


Maka hasilnya sudah tentu cukup bulan kita bukan sahaja akan menerima gaji, tetapi sekali gus menerima sanjungan daripada bos. Pengalaman dan pengetahuan yang amat penting bagi kita dan akhirnya diri (self esteem) yang tinggi. Kita telah menghasilkan suatu tugas atau kerja yang memuaskan (a job well done). Bagi saya, inilah saat yang amat menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada diri saya.

Dan sebaliknya, bayangkanlah keadaan orang yang pergi bekerja sekadar bekerja untuk mendapatkan gaji. Mereka sekadar mengisi masa bekerja dan kemudian menunggu waktu pulang. Bagi mereka setiap hari adalah hari-hari yang membosankan, sama sahaja, tiada sebarang perubahan, peningkatan mahupun ilmu pengetahuan tambahan.

Kita boleh mengenali wajahnya, pergerakannya, percakapannya dn orang yang didampinginya. Pekerja yang kurang bermotivasi dan bersikap negatif akan mengurangkan kualiti serta produktiviti jabatan atau syarikatnya. Pekerja yang begini tidak akan mencapai sebarang kejayaan, keuntungan, peningkatan diri, syarikat atau jabatannya, malahan dia hanya menipu dan merugikan dirinya sendiri, serta menjadi bebanan kepada jabatan termasuklah merugikan sumber tenaga, malah turut -membebankan Negara.

Kadang-kadang kita perhatikan orang yang tidak pernah seronok di tempat kerjanya, dia juga tidak pernah seronok di rumah, dalam persatuan, malah di mana-mana sekalipun. Keseronokan dan kegembiran lebih merupakan tabiat mental seseorang. Kalau kita seorang yang periang, positif, kerja apa pun, dimana-mana pun, kita akan berasa gembira, dan seronok. Rasa keseronokan itulah yang akan membawa tuah, rezeki dan kejayaan pada diri kita.

Jadi, kalau kita mahukan perubahan, kejayaan, kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya, kita nena suntik unsure sukakan kerj, (in love with what we are doing) dan mempunyai niat dan matlamat untuk menaikkan jabatan atau syarikat kita.

Apabila syarikat kita naik, maju, dan produktif akan menguntungkan Negara. Dan kita sebagai rakyatnya akan makmur. Apabila Negara kita kaya dan makmur, kita juga akan turut merasai kemakmurannya. Untuk itu, sama-samalah kita mempertingkatkan kualiti diri, keluarga dan kerjaya kita.

“Anak kunci kecemerlangan kerjaya ialah `keseronokan bekerja’. Keseronokan berkerja adalah rahsia mencapai kejayaan, kekayaan dan keselesaan hidup. Cintakan kerja, jadikan tabiat seronok bekerja sebagai amalan hidup”

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU