Tuesday, June 23, 2009

QURANIC LAW OF ATTRACTION

1. Permulaannya adalah mengetahui .

Segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan. Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu. Kesedaran mengenai Hukum Tarikan dan memahami bagaimana ia berfungsi begitu penting bagi kita, supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya.”

(Ester dan Jerry Hicks, penulis Law of Attraction: The Basics of The Teaching of Abraham)

Saya bersyukur kerana berpeluang membaca buku-buku The Secret (karya Rhoda Byrne) dan Law of Attraction (karya Michael J. Losier). Kedua-dua buku ini Berjaya menyentuh jiwa saya. Pertanyaan yang timbul dalam fikiran saya bertambah. Saya berjaya membaca kedua-dua buku itu dalam masa tiga hari. Saya terkejut. Tiba-tiba saya sedar ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu begitu `ajaib’.

Lebih terkejut apabila ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu sebenarnya diajarkan Tuhan dan Nabi Muhammad beberapa abad lalu. Malah, sekiranya kita perhatikan dan fahami Quran serta Sunah Nabi, kita tentu dapat menemukan banyak Hukum Tarikan di dalamnya. Penjelasan dan bukti-bukti Hukum Tarikan dalam Quran jauh lebih baik, lebih sempurna dan tidak menyesatkan. Quran juga membimbing kita memanfaatkan Hukum Tarikan dengan baik dan sederhana. Semua orang dapat mempraktikkannya. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap ini, saya yakin kita terbimbing menuju `stesen’ kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itu, sya menyarankan supaya pelajarilah (kemudian praktikkan) Hukum Tarikan yang sesusi dengan nilai-nilai Quran! Kita tentu tidak sesat menjalani kehidupan ini. Sekali lagi ingin saya katakan, kita mencapai kebahagiaan yang sebenarnya iaitu kebahagian dunia dan akhirat.

Dalam buku ini, sya tunjukkan kepada saudara kekuatan Hukum Tarikan yang terdapat dalam Quran, yang membimbing saudara menuju kejayaan dan kebahagiaan hidup selama-lamanya. Insya-Allah. Mari kita mulakan.

Apa Itu Hukum Tarikan?

Mungkin ada di antara sudara berasa kecewa dengan apa yang diperoleh sekarang. Walhal, saudara membanting tulang mencari rezeki. Namun, hingga ke hari ini, saudara masih belum berjaya mendapat duit banyak. Saudara berasa kecewa. Setiap hari saudara mengeluh dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saudara. Saudara mengejar wang tapi wang tidak mahu mendekati saudara. Walaupun saudara mendapat wang yang sentiasa tidak cukup. Saudara tidak pernah merasakan kesenangan dengan pendapatan yang saudara peroleh hari ini. Kenapa jadi begini?

Setiap pagi saudara bangun dari tidur dengan perasaan kecewa. Saudara berfikir yang saudara tidak mungkin menjadi kaya, kerana setiap hari saudara menjalani kehidupan yang sama maka sukar mandapat rezeki. Pemikiran begini sering menghantui dan menguasai kehidupan saudara. Selepas bergelut dengan pemikiran seperti ini, saudara masih juga tidak mendapat wang yang cukup iaitu pendapatan yang saudara peroleh hanya sekadar mencukupi.

Mungkin saudara bangun pagi dengan penuh keceriaan, bahagia dan gembira. Saudara yakin saudara bakal bertemu dengan orang yang mahu manjalin hubungan perniagaan dengan saudara. Saudara juga yakin yang jualan akan terjual dengan banyaknya. Saudara dirikan soalah subuh, berdoa memohon kemudahan darinya dan kemudian berbual dengan isteri dan anak. Selepas itu saudara pergi menemui pelanggan-pelanggan dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan. Hasilnya, sungguh menakjubkan! Saudara memperoleh keuntungan besar ataupun hasil jualan saudara begitu memuaskan.

Mngkin juga, semasa saudara menelefon teman lama, dia megatakan yang dia juga sebenarnya mahu menelefon saudara. Pada masa yang lain pula, semasa menghadiri satu majlis, saudara mendapat tiket cabutan bertuah dan hadiahnya adalah kereta. Tiba-tiba saudara merasakan saudara pernah membayangkan semua peritiwa itu dan sekarang menjadi kenyataan.

Beberapa contoh di atas menunjukkan Hukum Tarikan sedang bekerja dalam kehidupan kita. Ia benar-benar wujud dan kita dapat rasa dengan setiap hembusan nafas kita. Cuma kta kurang bertindak balas ataupun tidak menyedari kewujudannya.

Jadi, Apakah Sebenarnya Hukum Tarikan Itu?

Segala perkara yang kta fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada perkara positif ataupun negatif, akan datang dalam kehidupan kita. Itulah definisi Hukum Tarikan, seperti yang ditulis Michael J. Losier (2007).

Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang saudara pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang labih banyak, sama ada positif mahupun negarif. Hukum itu hanya bertidak balas dengan getaran saudara. Dengan pekataan lain, ketika kita memikirkan sesuatu,’ hokum itu mengatakan ‘kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita,’.

Erbe Sentanu, seorang penulis, mengatakan melalui Hukum Tarik Menarik (sama dengan Hukum Tarikan, saudara menarik apa yang sering saudara fikirkan, sama ada saudara menginginkannya ataupun tidak. Jadi, jika saudara selalu memikirkan perkara-perkara `yang saudara suka’,kehidupan saudara akan dipenuhi dnengan perkara-perkara itu. Selabliknya apabila saudara fikirkan perkara-perkara `yang tidak saudara sukai’, perkara-perkara itu bakal memenuhi kehidupan saudara (Quantum Ikhlas 51).

Justeru, kita mesti berhati-hati ketika memikirkan mengenai kehidupan. Jika kita fikir yang kita tidak mungkin mendapat kebahagiaan dalam kehidupan hanya kerana kita dilahirkan dalam keluarga miskin, persekitaran kita bertindak balas pada ucapan kita itu. Tanpa disedari kita mengundang tenaga negatif memasuki alam ketidaksedaran kita. Akhirnya, kehidupan kita tidak mengalami apa-apa perubahan dan kita teruw hdiup dalam kemiskinan. Kita tidak mahu perkara ini berterusan dalam hidup kita bukan?

Mungin ada diantara kita yang pernah mengalami kejadian seluk saku di pasar ataupun di pusat membeli belah. Selalunya, kejadi ini berlaku pada kaun wanita. Ini kerana sebelum keluar dari rumah, kita selalu membayangkan dan fikirkan kita dihantui bayangan menyeluk saku. Tanpa disedari, kita mengundang penyeluk saku mendekati kita dan akhirnya kita pun menjadi mangsa penyeluk saku itu.

James Ray, salah seorang ahli fikir terkenal, menggunakan metafora menarik bagi menjelaskan mengenai Huku Tarikan ini. Bayangkanlah dunia ini seperti kisah lampu Aladin dalam Dongging 1001 Malam. Bayangkanlah sekiranya kita inginkan sesuatu, kita hanya pelu mengosok lampu dan muncullah jin ajaib yang berkata pada kita “Aku akan tunaikan apa sahaja permintaan kamu.” Cuba bayangkan sekiranya alam semesta berkata begitu pada saudara.

Saya juga pernah merasakan proses Hukum Tarikan berlaku dlam kehidupan nyata. Empat tahun lalu, sebelum berhijrah ke Jakarta, saya ingat kehidupan di kota metropolitan ini penuh dengan kegiatan jenayah Iu selalu mengingatkan saya supaya berhati-hati hidup di kota besar ini. Jika saya sesat jalan, bertanyalah kepda pegawai polis ataupun pegawai keselamatan. Ibu saya berpesan , “Jangan sekali-kali bertanya pada orang yang tidak dikenali!” Maknanya, “Jangan bertanya pada orang lain kecuali pegawai polis ataupun pegawai keselamatan.”

Pada mulanya sata tidak begitu menghiraukan asihat ibu kerana ibu saya selalu bimbang mengenai anak-anak mereka yang merantau, yang keluar dari tempat kelahiran mereka. Hati saya berkata, di mana pun kita berada. Jika kita berbuat baik, pasti orang lain juga membalasnya dengan kebaikan.

Apabila tiba di Jakarta, saya tersesat beberapa kali. Saya memberanikan diri bertanya orang lain. Saya yakin mereka tidak mungkin sanggup menipu saya. Apa yang penting kita mesti berikan senyuman dan bertanya dengan sopan. Insya-Allah, mereka tentu memberikan maklumat yang betul. Begitulah harapan kita terwujud! Orang yang saya bertanya, bersikap sopan pada saya dan mereka juga tidak meniipu!

Berbeza pula pada teman saya. Dia selalu ditipu kerana sering mencurigai setiap orang yang ditemuinya. Dia pernah bertanya kepaada seorang yang tidak dikenalinya dan seperti yang dijangka, dia ditipu. Sebelum bertanya dia sudah berfikiran (getaran) negative. Dia kemudiannya bertanya dengan perasaan tak tentu serta curiga. Dan orang yang ditanyanya ternyata penipu . Nasib memang menyebelahi taman saya itu.

Walau bagaimanapun, saudara tidak pelu bimbang Jangan takut dan gelisah! Dalam Quran, banyak dipaparkan cara-cara mengendalikan diri, terutamanya mengendalikan fikiran dan perasaan, demi mencapai kebahagian dan kejayaan hidup yang seuai dengan Hukum Tarikan. Kata-kata mutiara dalam Quran memberikan pembahasan yang indah dan mendalam mengenai hokum ini.

Quran, Sumber Hukum Tarikan?

Mungkin saudara terkejut ketika membaca tajuk buku ini, Hukum Tarikan Berasaskan Quran. Pebagai persoalan bermain-main dalam fikiran saudara Berulkah Quran ada membincangkan persoalan Hukum Tarikan? Jika ada, apakah ayat-ayat yang menyokong huium ini? Bagaimana kita dapat menggunakan Quran dengan berkesan supaya kta dapat menemukan kebahagiaan dan kejayaan?

Soalan-soalan yang saudara fikirkan juga berada dalam kepala saya. Pada mulanya , saya fikir Quran hanya membincangkan hukum syurga dan neraka, landasan hukum fikah, kisah-kisah pasal Quran kehidupan kita tidak mengalami perubahan ketara. Jika ada pun, hanya dialami segelintir orang sahaja. Para nabi, rasul dan kaumnya. Saya selalu merasakan Quran tidak mempunyai kesan luar biasa pada kehidupan orang. Buktinya, sebanyak mana pun kita membaca Quran, kehidupan kita tidak mengalami perubahan ketara. Jika ada pun hanya segelintir orang sahaja. Jarang sekali orang mengalami perubahan ini hanya dengan membaca Quran.

Akhirnya saya tersedar. Saya tertanya-tanya dan mahu mencari jawaban bagi semua pertanyaan yang bersarang dalam fikiran saya. Tanpa berfikr panjang, saya membuka Quran dan mula mencari kehadiran Hukum Tarikan didalamnya. Di tengah malam yang hening dan tenang, saya membuka semula catanan-catatan harian saya. Saya perhatikan ajaran-ajaran Quran yang terkait dengan jalan hidup saya. Saya sambungkan catanan kehiduan saya dengan mushaf Qurani.

Ternyata dugaan saya tepat. Peristiwa-peristiwa yang saya alami dalam kehidupan ini ternyata sesuai dangan hukum-hukum Tuhan yang termaktub dalam Quran. Saya merasakan apa yang saya jalani selama ini tertulis dalam Quran. Sebagai Contoh, sekiranya saya memburuk-burukkan orang lain, saya tentu mendapat balasan daripada Tuhan . Saya diburuk-burukan oleh orang lain pula. Apabila saya memberi sedekah pada peminta sedekah, beberapa hari kemudian saya mendapat rezeki 10 kali ganda. Tuhan memberi kita rezeki berlipat ganda atas rezeki yang kita syukuri. Mungkin inilah peringatan daripada Tuhan, perbuatan jahat dibalas kejahatan dan perbuatan baik dibalas kebaikan. Ini tepat dengan Hukum Tarikan, malah Tuhan melipat gandakan ganjaran dan meninggikan martabatnya.

Berkaitan Hukum Tarikan, Quran membincangkan hukum Tarikan dengan jelas. Cuba kita perhatikan ayat di bawah ini:

“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. ” (Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8)

Ayat di atas menambah keyakinan kita yang Hukum Tarikan wuud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Mari kita renung, salami dan hayati maksud ayat ini, kebaikan dibalas dengan kebaikan, kejahatan dibalas dengan kejahatan. Tuhan mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif (kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekitar kita. Akibatnya, orang di sekeliling kita ataupun alam semesta member kebaikan kepada kita.

Tuhan sentiasa menggalakkan kita supaya berlumba-lumba menabur kebaikan (fastabiqul-khairat). Tuhan melarang kita berbuat kekasaran (sayyiat) dan kerosakan (fasad). Malah, kita juga perlu bersikap baik kepada orang yang berbuat jahat pada kita. Contohnya, kita dituntut melawan kejahatan ‘dengan cara baik’ (Surah al-Mukmininayat 97 dan Surah Fussilat ayat 34), berbincang ‘dengan cara baik’ (Surah an-Nahl ayat 125). Dalam setiap detik kehidupan, kita disuruh memancarkan cahaya kebaikan dan getaran kebajikan di alam semesta.

Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8 menambah keyakinan kita Hukum Tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Mari kita renung,salami dan hayati maksud ayat ini, kebaikan dibalas kebaikan, kejahatan dibalas kejahatan. Tuhan mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif (kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang disekitar kita.

Dalam ayat lain, Tuhan menegaskan manusia mesti meyakini kewujudan Hukum Tarikan dalam kehidupan ini. Menarik bukan? Subhanallah! Mari kita perhatikan betul-betul dalam Quran terdapat ayat yang bermaksud:

Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu (kembali selepas) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk ayat 15)

“Dan Carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa ang dianugerahkan oleh Tuhan kepada mu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagian mu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Tuhan berbuat baik kepada mu. Sesungguhnya, Tuhan tidak menyukai orang yang membuat kerosakan,” (Surah al Qashah ayat 77).

Di mana hukum tarikan dalam kedua-dua ayat di atas?

Perhatikan potongan ayat yang berbunyi, dialah yang menjadikan bumi bagi kamu yang mudah dijelajahi. Kenyataan Tuhan itu dimulakan dengan fikiran positif. Tuhan member keyakinan kepada kita yang hidup ini mudah. Kita tidak perlu berfikir mengenai kesudahan dalam hidup. Kita mesti yakin kehidupan ini mudah. Dengan pernyataan itu, getaran positif terpancar di alam sekitar.

Kemudian, Tuhan meyambung ayat-ayat dalam Al Quran. Jelajahilah! Maksudnya, kita diperintahkan berusaha dengan penuh semangat ataupun dengan penuh keceriaan iaitu kita yakin hidup ini mudah. Apabila kita mengaktifkan hasrat ataupun rasa ceria ketika kita mencari rezeki, bermakna kita mengizinkan kelimpahan rezeki memasuki hidup kita. Ini sesuai dengan hukum tarikan.

Sesudah kita berusaha sedaya upaya, Tuhan menutup ayat itu dengan sikap pasrah ataupun berserah kepadanya (tawakal). Kita semakin yakin mendapat banyak rezeki dalam hidup. Mungkin hari ini kita masih belum mendapat rezeki seperti yang kita harapkan. Namun, kita pasrah kepadanya dan percaya dia terus memberi kita rezeki dalam hidup. Kita hanya perlu yakin, berfikiran positif, gigih berusaha dan berserah kepada Tuhan. Apabila tiba masanya, kita pasti mendapat kekayaan nikmat. Malah kita juga menjadi lebih bahagia dengan kekayaan itu.

Perhatikan ayat berikut?

Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Tuhan berbuat baik kepada mu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini. Jelas bukan? Ada hubungan diantara sebab dan akibat, kebaikan di balas kebaikan. Daripada petikan ayat ini, jelas ayat ini menguatkan kewujudan Hukum Tarikan alam semesta ini

Oleh sebab itu, tidak hairan apabila seluruh kehidupan kita tergambar dalam Quran. Kita hanya perlu tahu cara menemukan kehidupan itu dalam Quran. Mungkin kehidupan saudara tidak jauh beza dengan apa yang tertulis dalam Quran. Jangan-jangan setiap langkah dan jalan kehidupan yang saudara lalui tertulis jelas didalamnya. Apabila saudara mendalami dan memahami Quran, besar kemungkinan saudara dapat merumuskan kebahagiaan bagi kehidupan masa hadapan. Saudara dapat memahami cara-cara menjalani kehidupan ini. Saudara juga tahu cara menggunakan Hukum Tarikan yang terkandung dalam Quran.

Quran memberi banyak maklumat mengenai bagaimana kita dapat meraih kebahagiaan dan kejayaan hidup. Quran bukan sekadar kata-kata kosong sahaja. Saya sendiri, Alhamdullillah, merasakan sinar Quran dalam kehidupan saya. Maka, saya mahu berkongsi pengalaman dengan saudar a melalui buku ini.

Seama ini, saya merasakan Quran memberi tenaga dalam kehidupan. Setiap kali selepas membacanya, hati nurani saya menjadi semakin cerah. Kehidupan saya yang kucar kacir dan tidak tentu arah menjadi semakin baik dan teratur. Rezeki yang selama ini sekadar mencukupi nampaknya semakin bertambah. Keadaan keluarga menjadi lebih harmoni. Quran seolah-olah membawa jiwa saya menuju kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Sebelum mendekati Quran, hidup saya tidak keruan. Hari demi hari terus berganti dan saya meraskan diri ini ibarat robot kehidupan. Makan, keja dan tidur. Semuanya dilakukan secara outomatik. Kekayaan yang saya miliki terasa tidak ada ertinya. Saya mempunyai banyak harta tetapi hati saya tidak bahagia. Saya mengalami krisis kebahagiaan. Gaji yang saya peroleh habis entah ke mana. Malah, saya sering merasakan pendapatan saya tidak menckupi. Dalam keadaan seperti itu, hati nurani saya menjerit-jerit keperitan.

Alhamdullillah, selepas mendekatkan diri dengan Quran, saya mula menyuntik tenaga dan kekuatannya ke dalam jiwa saya. Hasilnya, sekarang saya berasa lebih bahagia. Bahkan, ketika masalah datang bertubi-tubi, saya menjadi semakin tenang. Tumakninah bersemayam dalam hati saya. Kenapa mesti takut? Bukankah Quran menyediakan segala jawapan bagi masalah-masalah kehidupan? Maka, kenapa kita mesti biarkan diri kita tertekan? Kenapa kita mesti takut menjalani kehidupan? Nikmati sahaja kehidupan ini!.

Apabila kita suntik tenaga Quran ke dalam jiwa, semua masalah dalam hidup ini pasti mempunyai jalan keluar. Kita dapat menghadapi kehidupan ini dengan lebih mudah. Peliknya ada keanihan yang berlaku dalam hidup kita. Tanpa diduga kita mendapat hadiah kereta baru, ataupun kita tidak pernah menyangka jiran kita mahu memberi kta pinjaman. Ketika saudara berhadapan dengan kesulitan, dekatanlah diri dengan Quran, Insya-Allah, saudara pasti mendapat jalan keluar. Pesanan Tuhan jelas, iaitu bertawlah nescaya kita mendapat penyelesaian hidup!

Kita tidak perlu khuatir. Sekiranya ada diantara kita masih belum mendapat kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan, ini masanya kita berinteraksi dengan Quran. Kemudian, manfaatkan tenaganya bagi menghidupkan kebahagiaan kita.

Berapa Dekatkah Kita Mengenali Quran?

Pernah satu ketika, saya berhenti membaca Quran beberapa minggu. Kehidupan saya terasa begitu sempit. Bilik saya terasa begitu panas. Hidup saya jadi tidak teratur. Kenapa agaknya? Akhirnya, saya sedar semua itu berlaku kerana saya menjauhkan diri daripada tenaga Quran.

Apakah saudara juga sering mengalami perkara seperti ini?

Bagi saudara yang belum pernah mengharungi samudera Quran tentu tidak dapat merasakan perbezaanya, bukan? Itulah sebabnya saya menulis buku ini. Saya hendak berkongsi pengalaman supaya saudara, samada yang belum pernah ataupun yang sudah mengalami mana Quran terangsang bagi mendekatkan diri dengan Quran.

“Tuhan, rahmatilah diriku dengan kemuliaan Quran. Jadikanlah Quran pembimbing, cahaya petunjuk serta rahmat bagiku. Kuatkanlah ingatanku pada segala sesuatu yang aku lupa. Berikanlahpengetahuan kepadaku tentang perkara-perkara yang tidak kuketahui. Limpahkanlah rezekimu kepada ku daripada sebahagiaan bacaan Quran ini, dalam menempuh kehidupan ku, baik malam mahupun siang. Jadikanlah Quran ini landasan hidupku, wahai Tuhan menguasai semesta alam.” Doa Nabi Muhammad apabila selesai membaca Quran.

Ada juga diantara kita yang sering membaca Quran teapi masih belum mendapat kebahagiaan. Sudah beberapa kali kita tamat membaca Quran tetapi kita tidak mendapat apa-apa, melainkan rasa letih. Dengan membaca Quran, kita pasti mendapat jaminan syurga dan limpahan pahala. Tetapi, apakah kita hanya mengharapkan balasan pahala dan syurga daripada Quran? Walhal, pada hakikatnya, Quran dapat memberikan kekuatan, kejayaan dan kebahagiaan kepada kita. Jadi, rebutlah peluang yang diberikan Quran dan kehidupan ini. Bagaimana caranya? Teruskanlah membaca buku ini. Saudara tentu dapat menemukan cara-cara menyuntik tenaga kebahagiaan dan kejayaan ke dalam hidup saudara.

Sebagai umat Qurani, mungkin ramai antara kita yang belum mampu meresapi nilai-nlai Quran yang sebenarnya. Kita lebih percaya kepada paranormal, kata-kata `orang pintar’ dan ramalan teknologi daripada apa yang dikatakan Quran. Inilah fenomena di zaman serba moden ini. Bagi menanganinya, kita perlu pemahaman lebih mendalam tetapi sederhana dan menyedarkan mengenai Quran. Insya-Allah, buku ini bakal memberikan pemahamam mengenai selok belok Quran dan kandungannya demi kejayaan dan kebahagiaan kita.

Quran Bertindak Balas Dengan Kehendak Saudara

Pernahkan saudara inginkan perkara yang betul-betul saudara idamkan? Sudahkah saudara mendapatnya sekarang? Sudah ataupun belum? Kita selalu mengidam-idamkan rumah sendiri, pendapatan yang banyak, tetapi kita lupa ada yang mengatur semua keinginan kita itu. Kita hanya perlu mewujudkan keinginan kita melalui pertolongan yang maha penolong.

Bagi memperolehinya, kita perlu mendekatkan diri dengan Quran. Pendekatan diri pada Quran begitu mudah. Kita hanya perlu tahu selok-belok Quran, membaca dan mengamalkannya. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Tuhan yang berbunyi, “Dan apabila dibacakan Quran, maka dengarkanlah dan diamlah supaya kamu mendapat rahmat” (Surah al-A’raf ayat 204).

Apabila kita mahu mendengar, memerhati dan kemudian mengamalkannya, Quran pasti bertindakbalas pada setiap keinginan kita, seolah-olah ia tahu apa yang kita inginkan.

Apabila keinginan kita bertentangan dengan tuntutan Tuhan, Quran masih tetap memberikan tindakbalas. Namun, lambat laun kita sedar yang keinginan-keinginan itu membawa kerugian dalam kehidupan kita. Kerugian ini juga mungkin menyebabkan kehidupan kita tidak bahagia.

Tuhan pernah menunjukkan Hukum Tarikan ini ketika Nabi Ibrahim dibakar di atas bara api. Nabi Ibrahim yakin dan percaya yang Tuhan tiak akan berdiam diri. Dia memberikan getaran positif kea lam sekitar (ayat-ayat kauniyah) dan alam sekitar pula memberikan getaran balik kepada Nabi Ibrahim dengan ketundukkannya pada kata-kata Tuhan. Tuhan lalu mengabdikan ungkapan itu dalam Quran:

“Wahai api! Jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim,” (Surah al Anbiyak ayat 69).

Keuntungannya adalah kita mendapat tindak balas Quran sebelum kita betul-betul mewujudkan keinginan-keinginan kita. Tindak balas Quran mungkin dalam bentuk ayat-ayat Quran yang menceritakan keburukan keinginan kita itu. Ataupun tiba-tiba kita memjumpai ayat Quran yang memotivasikan kita untuk segera mewujudkan keinginan-keinginan itu.

Mungkin ketika kita berhadapan dengan masalah rumit, tiba-tiba ketika kita membaca Quran, kita mendapat jalan penyelesaiannya. Kita merasakan ayat Quran member jalan keluar bagi masalah-masalah yang kita hadapi. Kita tidak lagi berasa resah gelisah.

Pernahkah saudara menitiskan air mata ketika menyelami ayat-ayat Quran? Pernahkan saudara merasakan kebahagiaan apabila tamat membaca 30 juz Quran? Ataupun pernahkah saudara merasa gelisah jika saudara tidak membaca Quran?

Kita tidak mendapat tindak balas Quran begitu sahaja. Kita perlu ada cara menyuntik kekuatan Quran ke dalam kehidupan kita. Contohnya, bagaimana Quran bertindak balas pada keinginan kita jika kita tidak mempelajari selok belok Quran. Oleh kerana itu, saudara perlu menyuntikkan kekuatan Quran ke dalam diri dan kehidupan saudara. Pada halaman-halaman seterusnya, buku ini memaparkan cara terbaik menyuntik kekuatan Quran kedalam diri saudara.

Menyuntik Kekuatan Quran ke dalam Nurani Kehidupan

Pernahkan saudara menitiskan air mata ketika menyelami ayat-ayat Quran? Pernahkan saudara merasakan kebahagiaan apabila amat memaca 30 juz Quran? Ataupun pernahkan saudara merasa gelisah jika saudara tidak membaca Quran?

Jika saudara belum pernah merasakan pengalaman-pengalaman di atas, saya cadangkan supaya saudara kembali menyelami Quran. Jika saudara selalu meyelami perkara itu, saya ucapkan tahniah! Sedikit sebanyak, saudara Berjaya menyuntikkan kekuatan Quran dalam diri saudara.

Kita perlu memahami kekuatan Quran harus disuntik ke dalam diri kita terlebih dahulu. Kemudian kita suntik ia ke dalam kehidupan kita. Kenapa? Sejak dari dulu lagi, Nabi Muhammad menyuruh kita menjadikan Quran sebagai jiwa kita. Malah, beliau sendiri berjiwa Quran. “Akhlak beliau adalah Quran,” kata Aisyah (Direkodkan oleh Muslim). Jika kita berjiwa Quran, rahmat Tuhan sentiasa hadir dalam kehidupan kita. “Dan ini adalah Kitab Quran) yang kami tujukan dengan penuh berkat. Ikutilah (suntikkanlah) dan bertakwalah supaya kami mendapat rahmat,” (surah al – Anam ayat 155)

Selain daripada itu, salah satu sebab kenapa kita perlu menyuntik Quran ke dalam jiwa kita adalah supaya kita menjalani kehidupan dunia bertepatan dengan Hukum Tarikan. Bukankah Hukum Tarikan itu sunatullah? Ia tunduk kepada hokum-hukum ciptaan Tuhan. Tuhan yang mengatur segala-gala Hukum Tarikan alam semesta ini.

Mengenai perkara itu, Tuhan berkata, “Dia mencipta langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar: Dia memasukkan malam atas siang dan memasukkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut watu yang ditentukan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Mulia, Maha Pengampun,” (Surah az-Zumar ayat 5).

Pengaturan alam semesta ini ssesuai dengan kehendak Tuhan. Segala kehidupan kita berada dalam genggamannya. Hidup dan mati kita berada di bawah kawalannya. Malah, kewujudan alam ini juga berada di bawah kawalannya. Oleh sebab itu semakin kita mendekatkan diri pada Tuhan, semakin mudah kita mendapat apa pun dalam alam semesta ini.

Jadi, wajarlah jika para ulama terdahulu selalu merasakan kebahagiaan ketika berinteraksi dengan Quran. Kehidupan merasa terkawal, selaras dan seimbang. Kita tidak pernah bertemu dengan ulama dan tertekan hidupnya. Malah, ketika mereka dizalami orang lain, mereka tetap menunjukkan kebahagiaan. Oleh kerana itu, mereka sering berasa tenang dan damai. Abdullah bin Mas’ud mengatakan, “Quran adalah majlis Tuhan. Sesiapa memasukinya pasti berasa aman,” (Surah az-Zuhd, Ibnu Mubarak, halaman 272).

Dari tadi, kita membicarakan mengenai kepentingan menyuntik kekuatan Quran ke dalam kehidpuan kita. Tetapi bagaimana cara menyuntik kekuatan ini? Saya bincangkan perkara ini dalam bab-bab seterusnya. Jadi, sila ikuti perbincangan yang saya paparkan dalam buku ini. Isya-Allalah, saudara pasti menemui jawapannya.

Pandangan Quran Mengenai Kejayaan dan Kebahagiaan

Sudah menjadi lumrah setiap orang mempunyai difinasi tersendiri menenai kejayaan dan kebahagiaan. Ini adalah kerna kita lahir dengan latar belakang berbeza, persekitaran berbeza dan budaya yang juga berbeza. Ciri-ciri itu begitu mempengaruhi pandangan yang kita miliki.

Namun, kita selalu salah mentafsir erti sebenar kejayaan dan kebahagiaan. Kita mentafsirkannya sesuai dengan kehendak diri kita sendiri. Lalu, kita mentafsir kejayaan dan kebahagiaan mengikut hawa nafsu kita. Perkara ini begitu subjektif. Alangkah baiknya jika kita dapat mencari makna kejayaan dan kebahagian yang objektif, bersumber daripada Tuhan semesta alam. Makna yang objektif mengubah perbezaan menjadi titik termu yang jelas. Jadi, setiap orang mempunyai pandangan yang sama mengenai kebahagiaan dan kejayaan walaupun latar belakang kita berbeza.

Kenapa kita perlu mencari erti kejayaan dan kebahagiaan yang objektif itu?

Kita perlu mencari ertinya yang objektif supaya kita sedar kenapa kita hidup di dunia ini, kenapa kita ditempatkan di muka bumi ini dan ke mana arah tujuan kita selepas ini. Apabila kita mengetahui erti kebahagiaan dan kejayaan yang objektif, kita akan sedar yang kita hidup dengan tenang di dunia dan dapat memberi banyak kebaikan kepada orang lain. Hasilnya, kehidupan kita di muka bumi ini tepat dengan kehendak yang maha pencipta. Kita tidak akan salah melangkah mengejar kebahagiaan dan kejayaan. Dengan kata lain, kita memiliki tujuan yang jelas ataupun tidak samar.

Sebaliknya, apabila kita tidak mengetahui erti kejayaan dan kebahagiaan yang objektif, mungkin selepas menemui kebahagiaan dan kejayaan (menurut definisi masing-masing), kita berasa sedih dan menyesal. Ini adalah kerana kejayaan dan kebahagaiaan yang kita peroleh tidak sesuai dengan tuntunan maha pencipta, tetapi hanya sesuai dengan bimbingan hawa nafsu semata. Akhirnya kita menyesal. Kita dapat kembali ke titik permulaan baru erti kejayaan dan kebahagiaan bertepatan dengan tuntunan Tuhan, tapi kita sudah banyak membuang masa dan tenaga. Jadi, lebih baik dari awal lagi kita rumuskan erti kejayaan dan kebahagiaan yang bertepatan dnegan kehendak Tuhan dan berusaha mencapainya.

Tuhan memberi rumusan besar bahawa orang-orang berimanlah yang dapat jaminan keberuntungan (kejayaan dan kebahagiaan), bukan hanya di dunia tapi dia juga mendapat jaminan syurga.

Keimanan = Kejayaan = Kebahagiaan

Apabila saudara buka Surah al Mukminun ayat 1 hingga 11, saudara pasti tahu rahsia kejayaan terbesar. Tuhan memulakan ayat itu dnegan ucapan, “Sungguh (pasti) orang-orang yang beriman.”

Tuhan memberi rumusan yang orang berimanlah mendapat jaminan keberuntungan iaitu kejayaan dan mendapat tempat tertinggi di sisi Tuhan. Malah mereka mendampingi para rasul, nabi dan orang soleh terdahulu kerana golongan mulia ini adalah orang yang beriman kepada Tuhan. Berdasarkan petunjuk itu, apabila kita mahu mencapai kebahagiaan dan kejayaan, kita hanya perlu memupuk keimanan kita.

Maka, sekarang kita faham erti kebahagiaan dan kejayaan yang objektif itu adalah apabila kita memasukkan keimanan ke dalam diri kita dan seterusnya berusaha mempraktikkannya dalam kehidupan kita sehari-hari.

Timbul pula satu pertanyaan,”Siapakah orang yang beriman itu? Maka adalah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan mendirikan solat, menjauhkan diri daripada perkataan ataupun perbuatan negative, berusaha melakukan kebaikan disekitarnya dengan member zakat dan sedekah. Perbuatan seperti itulah yang membuat mereka bahagia. Mereka pun akan mendapat balasan syurga daripada Tuhan. (Surah al-Mukminun ayat 2 hingga 11).

Tuhan juga ada menjelaskan bahawa sifat orang yang beriman iaitu hamba-hambanya yang maha pengasih, `ibadurrahman. Mereka adalah orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, selalu mengucapkan kebaikan walaupun dihina ataupun dicaci sentiasa memperbanyakkan solat di malam hari, memberi sedekah, mengerjakan kebajikan dan selalu berdoa meminta keampunan, dimurahkan rezeki dan lain-lain (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 70).

Sebenarnya terdapat banyak lagi sifat orang beriman yang disebut dalam Quran. Pada dasarnya, semua keterangan dalam Quran menuntut supaya manusia sentiasa menuju kebahagiaan dan kejayaan. Malah, sebelum melakukan amal kebajikan, mereka terlebih dahulu sudah merasakan kebahagiaan dan kejayaan. Sungguh luar biasa bukan? Jadi, secara ringkasnya apabila kita mahu mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan, jadilah orang yang beriman. Keimanan adalah modal permulaan dalam melangkah tangga kehidupan

Keimanan dan Hukum Tarikan

Apakah terdapat hubungan diantara keimanan orang dengan Hukum Tarikan yang sudah terbukti dapat membahagiakan kehidupan manusia? Memang ada! Hubungan di antara keduanya berkait rapat. Malah, orang beriman tanpa disedari sudah lama mengamalkan Hukum Tarikan.

Hadis nabi yang sahih ada menyatakan keiman itu diyakini dnegan kuat dalam hati., diucapkan dengan kata-kata secara sedar dan diwujudkan dengan tidakan. Jika kita perhatikan ketiga-tiga komponen it. Ada perkara yang luar biasa.

Kata-kata Nabi Muhammad itu menunjukkan proses Hukum Tarikan sedang berjalan dan disinilah terletaknya keluarbiasaannya itu. Kenapa? Mari kita bincangkan.

Yakin dengan kuat dalam hati! Ini menunjukkan sebelum melakukan sesuatu ataupun sebelum berbicara, kita mesti yakin terlebih dahulu kebenaran ataupun manfaat yang bakal kita katakana ataupun lakukan itu. Jangan sekali-kali mengatakan perkara yang tidak kita yakini kebenarannya. Jangan juga katakan perkara yang tidak mempunyai manfaat.

Tanamkan kuat-kuat kebenaran dalam hati kerana hati ataupun perasaan adalah salah satu hujung tombak getaran positif ataupun negative. Sekiranya kita mempunyai hati yang bersih (tas-kiyyatun-jafs), semakin banyak getaran positif kita pancarkan ke alam sekitar dan juga kepada orang lain. Getaran itu kemudiannya dikembalikan ke dalam diri kita sendiri bertepatan dengan Hukum Tarikan. Jadi, kita mesti menjaga hati kita. Lembutkan dan cerdaskanlah ia.

Diucapkan dengan kata-kata secara sedar dan diwujudkan dengan tindakan. Ucapan kita menunjukkan hati kita. Berhati-hati ketika mengatakan sesuatu kerana kata-kata mempengaruhi diri dan juga perbuatan kita. Orang yang selalu mengatakan dirinya tidak mampu, tentu tidak mahu mencuba. Dia takut berhadapan dengan kegagalan. Sebelum mencapai keinginannya, dia sudah pun memancarkan perasaan negative kealam sekitar. Pancaran negative itu kemudiannya dikembalikan ke dalam dirinya sendiri.

Saudara harus percaya, apa sahaja yang suda a minta sudah menjadi milik saudara. Milikilah apa yang saya sebut sebagai iman yang teguh. Percayalah pada sesuatu yang jelas – Lisa Nichols dalam buku The Secret.

Sebaliknya, orang yang memotivasikan diri dengan selalu mengatakan “Saya Boleh” , tentu dapat meraih segala keinginannya. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapainya. Dia menyusun rancangan demi rancangan bagi mencapai tujuannya itu, kerana dalam fikirannya sudah tertanam kata-kata yang dia mampu melakukannya.

Tutur bicara kita mempengaruhi fikiran dan perasaan kita. Begitu juga sebaliknya, fikiran dan perasaan kita mempengaruhi apa yang kita katakan. Seterusnya, perkara itu mempengaruhi apa yang kita lakukan.

Orang beriman perlu menyelaraskan fikiran, perasaan, lisan dan tindakan mereka. Perlu ada kesimbangan antara ‘kata’ dan `tindakan’. Orang beriman selalu mempunyai perasaan, fikiran, tutur kata dan tindakan yang positif. Jadi, mereka seing memancarkan getaran positif ke alam sekitar iaitu pada orang lain, teman, saudara terdekat dan juga persekitarannya hingga alam sekitar juga memancarkan getaran yang sama. Maka, orang berimanlah yang mendapat kejayaan dan kebahagiaan. Mereka memperoleh keuntungan yang besar (fauzan azhim).

Orang beriman perlu menyelaraskan fikiran, perasaan, lisan dan tindakan mereka. Perlu ada kesimbangan antara `kata’ dan `tindakan’. Orang beriman selalu mempunyai perasaan, fikiran, tutur kata dan tindakan yang positif.

Bahagia Sebelum Bertindak

Sebelum membina rumah, kita tentu memerlukan perancangan yang lengkap seperti pelan rumah dan jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Kita menyuruh arkitek melukis pelan rumah dan selepas kita bersetuju dengan pelan itu, barulah rumah kita dibina.

Bukan hanya pembinaan rumah, malah proses pembikinan apa-apa barang pun memerlukan perancangan terlebih dahulu. Jadi, apabila saudara membayangkan perancangan kehidupan saudara dalam kepala, saudara tentu dapat membayangkan diri saudara sebagai orang kaya. Jarang sekali saudara membayangkan diri saudara tidak bahagia di samping kekayaan itu.

Sesetengah orang, ketika membayangkan diri mereka, sering terfokus pada ketakutan, kebimbangan dan keraguan. Contohnya, mereka takut miskin, takut gagal, takut tak dappat membahagiakan isteri atupun suami, mertua dan lain-lain lagi. Kita takut pada banyak perkara. Oleh kerana dihantui olrh perasaan takut ini, setiap tindakan kita dipengaqruhi oleh motivasi untuk berjuang ataupun berlumba. Akibatnya, kita terus mengejar kekayaan tetapi kita tidak pernah berasa bahagia. Kita berasa tertekan kerana asyik mahu megejar kakayaan. Kita mahu menjadi kaya terlebih dahulu, kemudian baru menikmati kebahagiaan.

Rumusan yang dibuat Quran begitu mengejutkan iaitu berbahagialah sebelum berkerja (mengejar kekayaan)! Tuhan maha mengetahui setiap perkerjaan yang kita lakukan dengan rasa bahagia pasti membuahkan hasil yang memuaskan. Beberapa ayat lain dalam Quran, Tuhan menyuruh kita bahagia dalam menjalani kehidupan ini. Tidak perlu bersedih! Tidak perlu berasa takut.

Malah, sebelum melakukan apa-apa pun, kita digalakkan mengucapkan kata-kata kebaikan seperti mengucapkan bismillahirrahmannirrahim. Ucapan yang tentu mengetarkan hati kita. Ucapan yang mengandungi harapan supaya Tuhan sentiasa menemani serta melindungi kita dalam hidup dan perkerjaan kita. Alangkah bahagianya diri kita. Dalam setiap denyut nadi kita, Tuhan mendampingi kehidupan kita. Dia sentiasa bersama-sama kita dalam setiap detik kehidupan kita.

Nabi Muhammad juga sering mengamalkan amalan berbahagia sebelum melakukan sesuatu. Menjelang pagi hari, beliau mengajak kita mendirikan solat Dhuha. Dalam solat itu, kita berdoa meminta kemudahan, kelancaran dan limpahan rezeki. Selesai mendirikan solat Dhuha, air muka kebahagiaan kembali menyirami wajah kita. Kita tentu berasa bahagia. Lalu, kita segera bergegas menuju ke tempat kerja.

Beberapa jam kemudian, waktu Zuhur pula tiba. Azan berkumandang di setiap cerok kota. Matahari mula bergerak perlahan-lahan dari atas kepala kita. Hiruk pikuk kota dirasai. Tubuh terasa letih sesudah setengah hari kita membanting tulang dan memerah otak. “Marilah menuju kemenangan! Hayya alal-falah”, begitulah bunyi pangillan Tuhan. Itulah waktu paling tepat untuk menstabilkan semua emosi kita ataupun membiasakan diri kita dengan kebahagiaan.

Dirikan solat Zohor. Nikmatilah! Lupakan semua masalah yang mungkin bersarang dalam fiiran kita untuk seketika. Lepaskan beban hidup bagi sementara waktu. Biarkan kebahagiaan dating meliputi jwa kita. Berwuduklah. Rasakan sentuhan butir-butir air sejuk yang menyegarkan. Nikmatilah! Kita mengangkat kedua tangan , ketika kita rukuk dan sujud, kita dapat rasakan aliran darah mengalir masuk ke seluruh rongga tubuh kita. Betapa nikmatnya.

Semasa kita duduk berzikir, selepas selesai solat, cubalah tingkatkan rasa syukur dan undanglah kesyukuran ke dalam diri kita. Fikirkanlah bagaimana Tuhan memberikan kesihatan kepada kita hingga kita dapat berkerja dengan baik hari itu. Bersyukur dan Senyumlah. Berodalah sepenuh hati. Mintalah kepadanya dengan penuh kesungguhan.

Selesai berdoa dan merasakan kebahagiaan sudah diperoleh, teruskanlah pekerjaan saudara. InsyaAllah, mutu pekerjaan saudara pasti menjadi semakin baik.

Dalam bab-bab seterusnya. Saya akan membimbing saudara memperoleh kebahagiaan dan kejaayan melalui tenaga doa, kesyukuran dan kesabaran. Semua itu termaktub dalam Quran. Saya juga akan menunjukkan bagaimana Quran dapat mencerahkan hidup saudara. Jadi , bacalah setiap bab dalam buku ini. Fahami isinya. Jangan tinggal satu bab pun!

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU