Thursday, August 9, 2007

PRINSIP UTAMA USAHAWAN BERJAYA

Prinsip Utama Usahawan Berjaya

Menjadi usahawan Berjaya adalah impian semua orang, tetapi hakikatnya bukan semua orang boleh berniaga ataupun mempunyai ciri-ciri dan bakat berniaga.

Jadi, sebelum menceburi dunia perniagaan, kita perlulah mengetahui sama ada kita mempunyai cirri-ciri yang harus ada pada diri sesaorang yang ingin Berjaya. Ini perlu supaya kita tidak kecundang di tengah jalan atau diistiharkan `muflis’.

Soalan penting untuk ditanya pada diri kita sendiri: Adakah aku calon yang layak untuk menjadi seorang usahawan atau aku hanya layak untuk bekerja makan gaji sahaja?

Analisis diri kita, sama ada melalui profil diri, sifat sikap kita, jenis personality, kesesuaian bidang perniagaan dan sebagainya sebelum kita membuat keputusan untuk berniaga atau menjadi usahawan.

Untuk itu kita perlu mengenali diri, kekuatan dan kelemahan dan seterusnya memperlengkapkan diri kita dengan ciri-ciri keusahawanan. Teori yang dipelajari di universiti tidak sepenuhnya dapat digunakan untuk muncul sebagai seorang usahawan yang berjaya. Ia memerlukan lebih daripada itu. Seperti saya katakan, kita tidak hanya memerlukan MBA, tetapi kita perlukan Master of Common Sense (MCS). Kita tidak juga hanya memerlukan BA, tapi perlu juga memiliki Bachelor of Streets Smart (BSS) dan People Smart (PS), iaitu kemahiran kemanusiaan. Faktor lain yang tidak kuran penting adalah seperti sikap dan mental yang wajar, kemahiran, personaliti yang menarik dan boleh berkomunikasi dengan baik. Dalam dunia perniagaan kita boleh memasarkan apa saja produk, sekiranya kita tahu bagaimana hendak menjual atau memperkenalkan kelebihan yang ada pada diri kita.

Perinsip utama yang harus kita pegang selama ini ialah kemahuan yang membara yang melebihi segala-galanya. Kemahuan yang membara ialah (dorongan) emosi yang kuat untuk menggerakkan segala `jentera’ dalam diri kita kea rah mencapai matlamat yang diimpikan. Ia juga akan membuat kita lebih dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan demi kejayaan.

Ramai diantara kita yang mempunyai harapan setinggi gunung, tetapi adakah kita berupaya dan sanggup meningggalkan zon senang dan mudah. Tiada sesuatu yang dapat diperoleh secara percuma dan mudah di dunia ini. Kita haruslah bekerja keras dan mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar dan lebih baik. Sebuah kejayaan iu terlalu mahal harganya, malangnya kita tidak boleh membelinya dengan wang ringgit.

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang cukup mencabar, penuh dengan risiko. Oleh itu, jika kita mahu menjadi seorang usahawan yang Berjaya, kita perlu membuat persediaan yang lengkap.

Kita perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, teknik dan taktik berniaga supaya kita tidak mudah diperdaya dan kecundang di tengah jalan.

Untuk muncul sebagai usahawan yang dinamik, kita perlu membuat persediaan daripada segi mental, fizikal, emosi dan kerohanian. Sebagai seorang usahawan, kita terpaksa menghadapi pelbagai bentuk cabaran, halangan dan dugaan. Ia akan datang dalam pelbagai bentuk dan rupa yang akan mencabar diri, keimanan, keteguhan kita sebagai seorang yang bergelar usahawan.

Pada pendapat saya, dunia perniagaan sungguh menarik dan menyeronokkan, sekiranya kita boleh menembusi halangan berserta cabaran dan mampu pula bertahan lebih daripada pesaing lain di pasaran global.

Perlu saya tekankan terutama sekali kepada penuntut lepasan pusat pengajian tinggi yang ingin menceburi bidang keusahawanan, buatlah persediaan diri yang cukup dan berusaha membentuk peribadi dan personaliti dengan cirri-ciri keusahawan tulen sebelum menceburi bidnag keusahawanan. Apa yang tidak diajar di kolej atau universiti tentang ilmu perniagaan akan diperoleh secara tiak langsung apabila sesaorang itu mencabar diri dalam lapangan ini.

Ia memerlukan banyak latihan berniaga secara praktikal di premis perniagaan atau dikilang-kilang. Dengan erti kata lain, kita mesti sanggup jadi `kuli’ dahulu sebelum jadi `taukeh’. Selepas keluar universiti, kita kena masuk Universiti of Hard Knock untuk mendapatkan MCS, BSS, PS, EQ bagi melayakkan diri kita menceburi bidang keusahawanan.

MANUSIA BAGAIMANA YANG BERGELAR USAHAWAN

Siapa Manusia yang Bergelar Usahawan

“Seorang yang merancang, mengurus, menyelenggara dan melaksanakan usaha-usaha yang berhubungkait dengan ekonomi; khususnya mereka yang mengeloloa, memiliki, mengurus dan berkeupayaan menghadapi risiko, rintangan, saingan serta apa jua cabaran di dalam dunia keusahawanan.”

“Sesaorang yang bersedia untuk memulakan dan melaksanakan aktiviti-activiti perusahawan ataupun perniagaan dengan memikul tanggungjawab sepenuhnya serta berkemampuan untuk menhadapi segala risiko dan cabaran”.

Ciri-ciri Keusahawanan Tulen

Saya ingin memaparkan ciri-ciri keusahwanan yang arus ada kepda seispa saja yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan, mengikut pengalaman saya sendiri dan juga rakan-rakan saya yang telah mencipta nama dalam arena perniagaan.

1. Diri kita sendiri yang benar-benar ingin menjadi seorang usahawan, ingin memulakan perniagaan yang kita sendiri biasa buat, arif, suka buat, sanggup dan rela menjalankan sendiri, tanpa terpaksa berharap dan bergantung kepada orang lain.

2. Tinggalkan segalanya, Dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap `satu’ perniagaan sahaja (pada peringkat permulaan) dan binalah perniagaan tersebut hingga kukuh, kemudian kembangkan perniagaan tersebut ke seluruh Negara dan akhirnya ke peringkat antarabangsa. Kita hanya boleh memulakan bisnes kedua apabila perniagaan pertama boleh berjalan tanpa kita. Ujilah kedudukan anda dan keteguhan syarikat dengan mengambil cuti beberapa bulan dan sekadar memerhati dari jauh akan perjalanan syarikat. Buat analisis mengenai keteguhan pengurusan dan pentadbiran syarikat tanpa kita.

3. Jadikanlah perniagaan yang kita ceburi sebagai survival atau hidup mati kita, yakni mata pencarian kita hanyalah bergantung kepada yang satu ini sahaja! Nothing else! Ikutlah rasmi pendatang tanpa izin dan juga sejarah jutawan asing yang dahulunya datang dengan tongkang sehelai sepinggang. Kini mereka telah Berjaya menjadi jutawan, kaya raya, ternama dan berkuasa pula!

4. Sanggup melupakan segala kesenangan hidup, zon keselesaan selama beberapa tahun dan sebaliknya sanggup bekerja kuat, work long hard hours tiada cuti, sama ada cuti mingguan, cuti am atau cuti raya!

5. Mempunyai semangat yang kental, daya ketahanan, keberanian, kesanggupan menghadapi risiko, ciri-ciri ketabahan dan kesabaran.

6. Mempunyai kepintaran (practical intelligence) yang praktikal yang saya rumuskan sebagai MCS, BSS, EI dan PS.

7. Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dengan ciri-ciri kepimpinan yang boleh diteladani, diikuti dan berupaya mempengaruhi sikap dan tingkah laku pekerja untuk bertindak dengan cemerlang demi mencapai matlamat yang ingin dicapai.

8. Mempunyai emosi yang stabil, boleh tahan kritikan atau makian dengan senyuman dan muka selamba serta boleh pula melupakan dalam masa lima saat.

9. Mempunyai daya saing dan daya juang, fight for your right dan juga mempunyai cara serta daya untuk menghadapi lawan atau `musuh niaga’ kita. Ada kalanya kita kena belajar gunakan taktik `perang saraf’.

10. Anggaplah tiada siapa yang ada untuk membantu diri kita. Lupakan dulu niat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan pada peringkat permulaan perniagaan. Kita kena survive dengan apa yang kita ada dan terus mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan. Pada peringkat awalnya, mungkin kita terpaksa menggunakan Other People’s Money (OPM) untuk memulakan perniagaan. Biasanya hanya apabila kita lebih Berjaya, barulah pihak bank atau institusi kewangan akan datang atau bersetuju menemui kita. Ingatlah, modal perniagaan yang pertama adalah diri kita sendiri!

11. Mempunyai sikap mental yang wajar terhadap segala-galanya termasuk orang, tempat, situasi dan juga persepsi. Kita mesti ingat, siap adalah punca penentu kepada kejayaan dan kegagalan sesaorang.

12. Tidak gentar menghadapi saat-saat kegagalan, senantiasa menganggap kegagalan itu sebagai kekalahan sementara (temporary inconvenience). Moto bagi seseorang usahawan seharusnya berbunyi: “Jika hari ini aku gagal, esok pagi aku akan memulakan yang lain pula! Dan ingatlah yang gagal itu bukanlah diri kita, tetapi hanyalah `percubaan’ kita. Kajilah kelemahan dan kesilapan diri kita, kemudian bangun semula, mengatur strategi baru!”

13. Mempunyai discipline diri yang kuat serta kawalan diri (self-control) dengan bermotokan: Hidup ini adalah do-it-to-yourself programmed an kta berda pada tempat duduk pemandu, memandu kehidupan kita sendiri.

14. Kita mesti ingat wang adalah `hamba’ bagi kita dan kita adalah `tuannya’. Sebagai tuan, kita mesti bijak menguruskan kewangan kita. Ingatlah kita hanya boleh bebelanja daripada lebiahan hasil keuntungan sahaja dan bukannya daripda wang modal pusingan perniagaan kita.

15. Programkan mental kita dnegan mekanisme kejayaan. Bayangkan setiap hari seolah-olah kejayaan telahpun menjadi milik kita yakni pemikiran, perasaan dan perlakuan kita mencerminkan cirri-ciri orang yang Berjaya.

16. Ciri-ciri perniagaan ketika ini adalah kompetitif, robust dan globalisai. Oleh yang demikian, usahawan perlukan modenisasi, komersialisasi dan kompetensi. Caranya ialah melalui usahawan professional, usahawan lasak, usahawan berilmu dan usahawan kemahiran.

17. Seseorang itu hanya boleh dianggap Berjaya apabila dia telah mencapai kejayaan dalam tujuh aspek kehidupan utama iaitu mental, rohani,k jasmani kejaya, kewangan, keluarga dan kemasyarakatan.

Perancangan matalamat kita haruslah meliputi ketujuh-tujuh aspek tersebut bagi memperoleh kehidupan yang seimbang (a well-balanced life), berjaya, kaya, sihat, bahagia dan sisangung tinggi pula oleh seluruh masyarakat atas khidmat baktinya.

Teruskan usaha kita dan berdoalah semoga segala usaha kita sentiasa diberkati dan dimakbulkan oleh Tuhan.
Programkan mental kita dnegan mekanisme kejayaan. Bayangkan seitap hari seolah-olah kejayaan telahpun menjadi milik kia yakni pemikiran, perasaan dan perlakuan kita mencerminkan cirri-ciri orang yang berjaya.

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU