Monday, August 6, 2007

MENGAWAL DIRI MEMBENTUK HALUAN


Kita selalu menyalahkan tafsiran sebenar self-control sebagai keupayaan mengawal atau menguasai diri ataupun berkeadaan tenang atau pasif ketika berada dalam keadaan tertekan atau terdesak. Tetapi, daripada sudut psikologi kejayaan, ia sama ertinya dengan menentukan masa depan diri sendiri.

Orang yang berjaya, memikul tanggung jawab sepenuhnya dalam menentukan segala tindakan yang akhirnya menjadi satu keputusan dalam hidupnya.

Mereka percaya dan yakin terhadap undang-undang sebab dan akibat dengan bermotokan hidup ini adalah “do-it-yourself programmme.”

Dengan erti kata lain, `kawalan diri’ mempunyai cirri-ciri kebebasan bagi seseorang untuk memilih di antara pelbagai pilihan untuk membentuk haluan hidup kita sendiri.

Ramai orang percaya terhadap ramalan bintang-bintang yang dinaunginya. Jika bintang itu meramalkan hari ini sesuatu yang tidak baik akan terjadi, maka dia pun menunggu apa yang akan terjadi padanya dengan perasaan takut dan resah tanpa menyedari hakikat yang ia akan memberi kesan terhadap minda dan anggota badan kita.

Biasanya apa yang kita takutkan ataupun yang kita jangkakan benar-benar akan terjadi. Ini disebabkan kita secara tidak langsung akan bertindak balas mengikut arahan pemikiran kita. Sebenarnya setiap daripada kita berada “at the driver’s seat or of our own life”. Kitalah yang memandu, mengarah dan mengawal kehidupan kita sendiri.

Jika ditinjau daripda pelbagai sudut, kita sebenarnya mempunyai kuasa mengawal terhadap diri kita sendiri sejak dilahirkan di mana sejak kecil kita akan menangis meminta susu, ditukarkan lampoin dan sebagainya. Kawlan diri ini semakin meningkat apabila menjelang dewasa. Kita boleh belajar bagaimana handak bertindak balas dan menyesuaikan diri dengan jayanya terhadap segala tekanan hidup yang melanda diri dengan menerima senuah hati segala tanggungjawab yang mendatangkan kesan atau akiabt kepada kehidupan kita. Sesungguhnya, kita sendiri yang memegang anak kunci segala reaksi kita tehadap apa jua bencana yang dibawa oleh orang lain dan kita mestilah ingat bahawa, “bukanlah apa yang terjadi dalam hidup kita menjadi masalahnya, tetapi bagaimana kita menerima dan mengendalikannya menjadi lebih penting.”

“Apa yang tejadi dalam hidup kita tidaklah begitu penting dan besar, tetapi yang lebih penting bagaimana kita mengganggapnya, menerimanya atau memandangnya.”

Sesungguhnya, jika kita membuat kajian yang mendalamterhadap funsi-fungsi sel otak dan badan, kita akan mendapati bahawa kita juga mempunyai kawalan terhadap keseluruhan fungi badan dan tindak-tanduk kita yang selama ini kita anggap terjadi secara tidak sengaja (involuntary). Dengan erti kata lain, kita mempunyai pelbagai pilihan dan alternative lebih daripada kesanggupan kita untuk mempertimbangkannya.

“Kawalan diri mempunyai ciri-ciri kebebasan bagi seseorang untuk memilih diantara pelbagai pilihan untuk membentuk haluan hidup sendiri.”

“Orang yang berjaya adalah orang yang menjadikan sesuatu atau menyebabkan sesuatu terjadi kepada diri mereka. Orang yang gagal membiarkan saja sesuatu terjadi. Orang yang bijaksana menyedari ijazah tertinggi bukanlah satu jaminan untuk mencapai kejayaan. Ia perlu disertakan dengan sikap minda yang wajar, imej diri yang meyakinkan serta disiplin diri yang kuat.”




No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU