Monday, August 6, 2007

MENGAPA MATLAMAT TAK PERNAH TERCAPAI


Ada kalanya kita gagal mencapai matlamat yng telah kita tetapkan walaupun pada peringkat awalnya semangat untuk mencapainya terlalu kuat. Kegagalan itu mungkin disebbkan oleh langkah-langkah pelaksanaan yang tidak teratur atau kelemahan yang tidak disedari dalam diri sendiri.

Cuba teliti factor-faktor yang akan kita katakana hari ini. Salah satu atau kesemuanya mungkin menjadi faktor penyebab kegagalan untuk mencapai matlamat hidup kita.

1. Tidak ditulis secara hitam putih

Mengikut prinsip perancangan matlamat, setiap matlamat hendaklah ditulis secara hitam putih. Matlamat yang Cuma tersimpan dalam pemikiran kita akhirnya akan hilang atau lenyap begitu sahaja. Dengan menulis, kita akan dapat merasa dan menjelaskan apa yang kita inginkan sepertimana yang tergambar dalam pemikiran. Kita juga akan menjadi lebih komited terhadap rancangan tersebut.

2. Tidak tahu kepentingan matlamat dan bagaimana hendak merancangnya.

Kita membuat perancangan dengan matlamat jangka panjang yang memerlukan masa yang agak lama untuk mencapainya. Ini akan menghalang kita daripada melihat kesan segera bagaimana yang kita impikan dan mengakibatkan kita hilang kepercayaan atau patah semangat (discourage).

Kita perlu mengamalkan prinsip perancangan matlamat yang memberi penekanan kepada prinsip jangka panjang bagi membolehkan kita mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana perancangan kita boleh memberi kesan dan berjaya.

2. Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri

Tanpa keyakinan diri adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang kita cita-citakan. Tanpa keyakinan juga kita tidak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat dan potensi yang ada dalam diri. Dengan ertikata lain, kita tidak akan berupaya membangun dan merangsang high talent sel otak seperti kata pepatah Inggeris, “faith moves the mountain”. Hanya dengan mempercayai satu sesuatu matlamat barulah kita mempunyai keyakinan dan kepercayaan untuk melakukannya. Kita mesti mempunyai pendirian bahawa kita boleh mencapai apa jua yang kita inginkan jika kita benar-benar yakin yang kita boleh mencapainya.

3. Berfikiran negetif menjadi penghalang pencapaian matlamat

Seseorang yang berfikiran negatif sentiasa menganggap matlamat yang telah ditetapkan sukar dicapai. Dia enggan membuat imaginasi dan bersikap positif. Dia lebih menilai halangan dan masalah yang bakal timbul daripada memikirkan faedah yang boleh diperoleh dan dimilikinya. Oleh itu, dia tidak akan dapat melihat rahmat dan peluang yang tersirat di sebalik halangan yang timbul.

5. Menjadi mangsa kepada perasaan takut.

Perasaan takut dan bimbang menyebabkan peluang yang terbentang luas dipersia-siakan. Setiap orang tanpa disedarinya mempunyai kemampuan bakat dan potensi tertentu dalam diri masing-masing. Sayangnya semua keistimewaan dirinya itu akan terkubur bersama-sama dirinya jika dia takut untuk mencubanya. Alangkah ruginya!

Semangat yang lumpuh di tengah jalan.

Salah satu sebab utama mengapa matlamat kita tidak tercapai kerana tidak memiliki semangat yang kuat dalam menempuh dugaan. Sememangnya untuk mencapai sesusatu yang kita ingini, terdapat bermacam-macam rintangan dan halangan. Ini memerlukan azam, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental seperti peribahasa Melayu “di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”

Matlamat dilaksanakan serentak

Kita tidak boleh mempunyai begitu banyak matlamat dalam satu masa. Oleh yang demikian, kita perlu membuat senarai keutamaan matlamat yang ingin dicapai. Jangan cuba melaksanakan matlamat dengan serentak kerana kemungkinan besar kita akan gagal mencapai kesemuanya. Sebaliknya laksanakan matlamat itu mengikut keutamaan dan keperluan secara beransur-ansur, tetapi dengan kepastian.

Bersikap pesimis

Sikap pesimis adalah batu penghalang dalam mencapai matlamat. Seseorang yang bersikap pesimis sentiasa berfikir tentang perkara buruk dan menganggap matlamat yang telah ditetapkan sukar untuk dicapai. Perasaannya selalu gundah, gelisah dan tidak tenteram. Sifat ini akan menjejaskan semua langkah dan strategi yang bakal diatur.

Tidak membuat bayangan positif (positive imaging)

Bayangan positif (positif imaging) adalah konsep yang melibatkan aktiviti mental, iaitu sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu kita dibayangkan dalam fikiran. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai matlamat untuk menjadi seorang eksekutif yang berjaya, cubalah bayangkan dengan jelas keadaan kita setelah berjaya menyandang jawatan tersebut, yakin seolah-oleh kita telah berada ditempat itu. Dengan kata lain, pemikiran, perasaan dan tindakan kita menggambarkan seperti kita berkedudukan sebagai seorang eksekutif.

Bayangkan satu persatu, baik daripada segi personality pakaian, percakapan, tindakan dan keadaan sekeliling yang akan kita nikmati setelah memegang jawatan yang kita idamkan selama ini. Gambaran ini akan disampaikan oleh pemikiran sedar di dalam pemikiran separuh sedar. Pemikiran separuh sedar pula akan menerima gambaran ini dalam ingatan secara tetap.

Tanpa disedari, perbuatan ini akan memberi kesan kepada gerak-geri dan tingkah laku kita terutama yang berkaitan dengan pencapaian matlamat. Oleh itu, kita akan mendapati lebih cepat dan senang bagi kita mempraktikkan bayangan positif.

Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki.

CARA MELATIH DIRI MERANCANG MATLAMAT

Berikut adalah latihan bagi menolong kita merancang tindakan yang perlu diambil dalam mencapai matlamat.

· Nyatakan dengan terang dan jelas matlamat yang kita ingin capai dalam masa enam bulan akan datang.
· Mengapa kita ingin mencapai matlamat tersebut.
· Jika kita berjaya mencapainya, apakah kebaikan yang kita peroleh? Ganjaran untuk keluarga kita umpamanya.
· Apakah risiko yang ada dalam mencapai matlamat ini?
· Apakah pencapaian matlamat ini akan menyumbang kea rah pencapaian matlamat jangka panjang?
· Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak berjaya dan apakah alternatifnya?
· Apakah rintangan yang bakal dihadapi dalam menjayakan matlamat ini? Bagaimanakah cara untuk menguasainya?

Setelah kita kemukakan pelbagai pertanyaan seperti yang dinyatakan, maka kita akan mendapat gambaran yang jelas untuk merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut.

Kita mesti jujur pada diri sendiri apabila merancang matlamat. Tidak guna mempunyai matlamat yang terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya. Janganlah jadi seperti kata orang, “nafsu besar tenaga kurang” atau “suara naga berjalan semut”.

Kita mesti ukur kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.

Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki?

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU