Thursday, August 9, 2007

MENCARI KETENANGAN

Anda senitasa dilanda penderitaan, perasaan tidak menentu atau sentiasa berasa sakit, rasa lemah dan tidak bermaya walaupun telah menemui doktor. Hasil daripada pemeriksaan terebut menunjukkan kita tidak menghadapi sebarang penyakit, tetapi berasa sakit. Keadaan ini dalam istilah perubatan dipanggil "psychomatic illness".

Kalau kita tidak ada penyakit, tetapi kita sentiasa berasa sakit, lemah dan tidak bertenaga, jiwa tidak tenteram, tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita. Kita perlu mencari punca `penyakit' tersebut dalam diri kita.

Saya ingin memberi motivasi kepada mereka khususnya yang sentiasa dilanda penderitaan, kesakitan dan kemuraman, `bebaskan diri daripada belenggu cengkaman perasaan kerana ia amat memudharatkan dan menyeksakan". Elakkan dan hapuskanlah!

Mari kita renungi dan selami jauh ke dalam diri kita. Tanyalah diri kita apakah perkara yang atau perasaan yang sentiasa berperang dalam pemikiran, menekan jiwa sehingga kita sentiasa berada dalam keresahan dan kesakitan? Adakah ia memberi kesan terhadap pemikiran, emosi dan tindak tanduk kita, sehingga menghasilkan kehidupan yang bahagia atau sangsara?

Apabila sesaorang datang kepada kita dengan masalah dan penuh penderitaan, kita dapat merumuskan yang dia terlalu banyak memendam rasa sehingga memakan dirinya sendiri, sedikit demi sedikit umpama penyakit kanser!

Perasaan dendam, sakit hati, rasa bersalah, takut, bimbang dan curiga adalah punca utama yang boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah hidup. Ia boleh mencengkam perasaan, menyebabkan pelbagai kesakitan - baik dari segi mental, emosi mahupun fizikal, menjadikan kita rasa `serba tak kena'.

Perasaan sebegini timbul apabila kita mula menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan dan ada kalanya menyalahkan takdir yang menyebabkan diri kita berkeadaan sedemikian. Kita tidak sedar diri kita sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala apa yang berlaku.Kita perlu sedar, kita mempunyai kuasa untuk mengawal diri seperti diperkatakan. Kita berada di tempat duduk pemandu memandu kehidupan kita sendiri.

Perasaan bersalah akibat kegagalan kita, salah laku yang kita lakukan pada masa lalu sering menghantui diri menyebabkan kita menjatuhkan hukuman berat ke atas diri kita sendiri. Kita mengutuk, menghina dan mendera diri secara berterusan, lupakan dan serahkan segalanya pada Tuhan, menyebabkan jiwa tertekan dan tidak tenteram sehingga hilang rasa hormat diri.

Bagi menghindari perasaan yang terus mencengkam jiwa, kita perlu bertaubat. Yang lepas terlahpun berlaku dan berlalu! Kita perlu bebaskan dan yakin, yang taubat kita akan diterima Tuhan. Langkah seterusnya ialah belajar memaafkan diri supaya dapat terus menjalani hidup ini dengan lebih aman dan tenteram.

Manakala perasaan takut, bimbang dan curiga pula jika terus dilayani akan membawa kepada tekanan jiwa yang menderitakan. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti migrain, ulser, keguguran rambut dan sakit sendi. Kawallah pemikiran dan jangan terlalu memikirkan terhadap sesuatu sebelum terjadi. Kita cuma perlu mengawasinya.

Bagi mengembalikan ketenteraman jiwa pula, cucilah pemikiran dan sanubari daripada segala perasaan dendam, sakit hati, bersalah dan rasa takut. Kita juga mesti sanggup memaafkan orang yang paling sukar untuk dimaafkan. Kemaafan itu mempunyai kuasa penyembuh untuk pelbagai penyakit yang berpunca daripada emosi dan mental.

`Perasaan sakit hati, benci dan dendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai "penyakit" baik dari segi mental, emosi mahupun fizikal. Hindarilah ia sebelum ia memusnahkan diri kita!"

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU