Monday, August 6, 2007

KESEDARAN DIRI YANG POSITIF


Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran diri yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka yang sebenarnya. Pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan kemanakah haluan dan arah tujuan mereka.

Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan akhirat. Mereka sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan. Mereka juga sentiasa mengimbangi di antara dunia dan akhirat.

”Bekerjalah untuk (kehidupan) dunia kamu seperti kamu hidup selama-lamanya dan bekerjalah (amal ibadat dan kebaikan) seperti kamu akan mati esok hari”.

- Hadis


Manakala orang yang bakal gagal adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan disekelilingnya. Mereka juga tidak sensitive terhadap kehendak atau perasaan orang lain. Apa yang paling menyedihkan ialah mereka tidak sedar akan penglibatan diri sendiri terhadap kehidupan dan masa depan.

Mereka terdiri daripada golongan yang berfikiran sempit, dingin dan tertutup pemikiran mereka terhadap peluang baru yang terbuka luas di hadapan mata.

Mereke ini sentiasa berada dalam kerugian, keluhan dan penyesalan, Ini menunjukkan mereka tidak jujur pada diri sendiri.

KESEDARAN POSITIF

· Fikiran terbuka


Kesedaran diri yang positif bermaksud kita berfikiran terbuka. Apakah kita seorang yang berfikiran terbuka? Apakah kita memandang kehidupan ini melalui kaca mata ibu bapa kita? Apakah kerana mewarisinya sikap prejudis daripada keturunan kita atau sikap itu terbentuk dengan sendiri?

· Penuhi potensi diri


Kesedaran diri yang positif juga bermaksud menyedari setiap insane di dunia ini mempunyai hak yang sama untuk memenuhi potensi dirinya sendiri.

· Individu unik


Kita menerima hakikat setiap insane merupakan individu yang unik. Tidak ada seorang pun yang serupa walaupun mereka bersaudara kembar. Kita berbeza darisegi pemikiran, perasaan dan tindakan.

Maka wajarlah sekiranya kita selalu mendengar orang berkata, “kita susah nak ngam”, susah nak sesuai dengan orang. Apa yang perlu kita inat bahawa kita perlu menyesuaikan diri, adapt, adjust dan conform dengan pelbagai orang, keadaan dan situasi dan bukan sebaliknya.

· Jujur terhadap diri sendiri


Kesedaran diri yang positif juga bererti jujur terhadap diri sendiri dan orang lain. Kita berjanji kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu, seperti bertaubat hendak berhenti melakukan kejahatan.

· Terima hakikat
Kita juga berupaya memahami dan merasai perasaan orang lain yang disebut sebagai empati. Manakala simpati pula kita dapat merasai untuk orang lain.

Untuk mengatasi masalah tersebut, cuba kita soal diri kita sendiri dengan soalan-soalan begini:

Adakah kita suka mempunyai ibu bapa seperti diri kita ini jika kita ini jadi anak-anak?


Adakah kita suka mempunyai guru seperti kita ini jika kita adalah anak muridnya?

Adakah kita sendiri suka mempunyai isteri seperti diri kita ini sekiranya kita ini jadi suami?

Adakah kita suka dan bahagia mempunyai suami seperti diri kita ini sekiranya diri kita ini seorang isteri?

Adakah kita gembira dan senang hati mempunyai menantu seperti diri kita, jika kita ini menjadi mertua?

Adakah kita suka mendapat majikan seperti diri kita ini, jika kita sebagai pekerjannya?

Cuba kita bayangkan bagaimana keadaannya jika kiri kita berada di tempat mereka dan rasailah situasinya. Mungkin kita tidak rela, malahan kita tidak sanggup.

Anak kunci kejayaan kepada kesedaran diri yang positif ialah kita mesti belajar bagaimana cara bertenang dan terus bertahan dengan pelbagai kesulitan dan masalah hidup seharian yang kita tempohi. Kita rela dan mangganggapnya sebagai lumrah.

Kita tidak perlu mengambil pil perangsang, dadah ataupun mencari jalan keluar yang termudah bagi meredakan segala tekanan emosi serta melenyapkan perasaan hampa dan gagal. Tindakan ini tidak natural dan boleh memudaratkan kesihatan dan fizikal kita.

Janganlah kita overreact terhadap sesuatu yang belum terjadi dan melayan api kemarahan yang menyala-nyala sehingga kita mengalami masalah seperti migraine, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai segala keupayaan dan kelengkapan untuk bertindak dan mencabar potensi diri kita.

Kita jadikan saat ini sebauka penglihatan kita terhadap pelbagai peluang dan alternative yang ada disekeliling hidup ini.

Dengan sendirinya segala persekitaran kita kan turut berubah jika kita mengubah sikap dan pemikiran kita. Kita perlu buangkan segala pengaruh negative yang sukar diubah. Kita perlu menyesuaikan diri ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

“Anda menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Bagi menukar keputusan, tukar pemikiran, perasaan dan tindakan”.

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU