Thursday, August 9, 2007

KAWALAN DIRI YANG POSITIF

Kawalan diri secara positif bagi orang yang benar-benar berjaya bererti menerima 100% tanggungjawab yang boleh memberi kesan kepada kehidupan dan masa depannya.

Mereka juga sedar diri mereka mempunyai kuasa untuk megawal pelbagai aspek dalam kehidupan mereka, termasuk minda dan jasmani. Mengawal diri adalah kunci kepada kekuatan minda dan jasmani yang dapat menyumbang dan menghala ke arah kehidupan yang baik, sihat dan sempurna.

Orang yang gagal sentiasa berkata, "Saya tidak mengerti mengapa kehidupan begini terjadi atau kenapa nasib yang sebegini menimpa diri saya". Orang yang gagal sentiasa meratapi dan menyesali apa saja yang terjadi kepadanya tanpa menyedari dia yang membenarkan dan membiarkannya terjadi sedemikian.

Orang yang berjaya pula akan berkata, saya rela bertanggungjawab menerima pujian dan kritikan atas segala perlakuan saya.

Kita sendiri yang menjadikan dan mencorakkan hari kita dan bukan sebaliknya. Tanpa kawalan diri secara individu dan bertanggungjawab, tidak mungkin wujud kebebasan di dalam masyarakat. Kita akan memperoleh kebebasan hanya setelah kita menggunakan kebebasan dengan penuh rasa tanggungjawab.

"Ada kemungkinankah jika kamu berkuasa, kamu akan membuat bencana dalam negeri dan memutuskan ikatan tali kekeluargaan".
- Muhammad: 22

"Itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan pendengaran dan dibutakan-Nya penglihatan mereka" - Muhammad: 23

Undang-undang `sebab dan akibat' adalah selamanya menjadi pemerintah.

Sebenarnya, menguasai diri kita bermakna bertanggungjawab menggunakan segala ap yang kita miliki secara terbaik, iaitu pemikiran, bakat dan potensi kita dan memperkembangkan segala kebolehan dan kepakaran yag ada pada kita sehingga ke peringkat maksimum.

Sesungguhnya tidak banyak masa lagi yang tinggal untuk dihabiskan dalam hidup ini. Pilihan berada di tangan kita. Sikap pada diri sendiri dan rasa tanggungjawab terhadap kehidupan akan menentukan sama ada kita boleh menang atau kalah dalam perjuangan membentuk kehidupan yang cemerlang.

Dalam undang-undang `sebab dan akibat' menyatakan bahawa bagi setiap `sebab' wujud `akibat' yang setimpal.

Sekiranya kita menggunakan minda kita, kepakaran, bakat dan potensi kita sepenuhnya, `kesan' daripadanya dapat menyerlahkan kepada kehidupan luaran kita.

Sekiranya kita menggunakan masa dengan bijak dan rapi, maka akhirnya melalui `kesan' kelebihan yang tidak ternilai daripada segi pulangannya. Itulah yang kita katakan melalui undang-undang `kesan dan akibat' kerana kita tahu mungkin hanya seorang daripada seribu individu yang benar-benar menggunakan masa keemasannya secara wajar, bijak dan berkesan).

Inilah yang dikatakan bersikap jujur terhadap diri sendiri. Kawalan diri pula bererti menerima tanggungjawab itu sepenuhnya. Dalam analisis yang muktamad, hanya diri kita sahaja yang dapat mencari keunggulan bakat dan pencapaian dalam kehidupan seharian kita.

Golongan yang berjaya sentiasa berada pada stereng dan tidak berganjak dari tempat duduk pemandu. Golongan ini sentiasa mengawal pemikiran, perasaan, tindak-tanduk harian dan matlamat. Mereka menghabiskan masa mencipta kejayaan dan menerima hakikat bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk dipersia-siakan.


BERTINDAK HARI INI UNTUK KAWALAN DIRI YANG LEBIH POSITIF

1. Terimalah pujian dan kritikan dengan jujur serta bersikap terbuka.

2. Gunakan dorongan perasaan dan kehendak diri tanpa sebarang paksaan dengan berkata,
"Saya mengambil keputusan untuk....." bagi mengantikan kata-kata, "Saya terpaksa," ataupun "Saya lebih selesa melakukan ini, " bagi menggantikan,"Saya takut melakukan ini".

3. Moto kita mestilah berbunyi: "Ganjaran dalam hidup seseorang akan mengimbangi kembali segala khidmat dan sumbangannya terhadap kecemerlangan dirinya, masyarakat dan negara". Gunakan ia dalam setiap urusan seharian.

4. Belajar bagaimana cara untuk bertenang daripada segi minda dan jasmani dnegan mempraktikkan berzikir, mediitasi dan cara merehatkan otak.

5. Sediakan perancangan yang tepat dan sesuai setiap minggu. Di pejabat contohnya, sebaik-baiknya setiap hari tetapkan masa untuk membalas surat atau panggilan telefon. Jika surat-surat kita tidak dijawab dalam masa dua minggu, hantarkan surat susulan. Jika masih tiada jawaban, cuba telefon.

6. Tindakan - Hari ini juga! Bawa moto ini ke mana sahaja kita pergi dan jadikan ia sebahagian daripada amalan hidup.

7. Duduk dan ciptakan horoskop yang paling baik untuk anda. Senaraikan kebiasaan negatif yang benar-benar telah berjaya untuk dijadikan role model dan mentor.

8. Untuk tiga puluh hari yang berikutnya, bekerja bersungguh-sungguh terhadap tugas kita ketika ini. Apa pun yang kita pilih sebagai kejaya kita, ia bukanlah menjadi satu persoalan besar. Hanya kita yang perlu mengambil inisiatif menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan, dengan perasaan gembira dan reda anggaplah ia sebagai satu ibadah!

9. Laburkan keawangan anda ke arah memperkayakan ilmu penegahuan, kemahiran pembangunan diri dan pembentukan minda yang wajar dan kreatif.

10. Sediakan jam loceng kita setengah jam lebih awal pada hari esok. Gunakan setengah jam masa itu untuk menjawab soalan-soalan "bagaimana saya dapat menggunakan masa saya secara terbaik hari ini terhadap perkara-perkara penting dan berfaedah kepada diri saya."

"Kawalan diri secara positif akan menjadikan kita sentiasa sensitif terhadap kekuatan dan kelemahan diri kita. Sekiranya kita ingin menjadikan kehidupan ini lebih sempurna dari hari ke hari, pastikan kita sentiasa mampu mengawal diri secara positif dan mengambil langkah-langkah yang dicadangkan untuk memulalkan pelan tindakan kita hari ini.

"Minda yang telah dibangunkan sepenuhnya, keinginan untuk terus beljar dan kebolehan untuk menggunakan segala ilmu penetahuan yang telah dipelajari sebaik-baiknya, merupakan anak kunci terbaru menuju masa depan.

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU