Monday, August 6, 2007

BAGAIMANA MENYELAMI BAKAT DI DALAM DIRI SENDIRI?

Sebenarnya saya suka membincangkan mengenai perkara ini secara panjang lebar. Kali ini kta tumpukan bagaimana caranya seorang suri rumah ataupun sesiapa sahaja yang ingin memulakan langkahnya berdikari, dari segi kewangan mencari pendapatan yang lebih bagi membantu keluarganya.

Ini boleh dilakukan dengan berniaga secara kecil-kecilan, walaupun hanya bermula di rumahatau di dapur kita sendiri. Apa yang penting, kita perlu memulakan sesuatu hari ini juga, Be a self-starter, a self-builder! Jadilah pemula, pereka dan Pembina.

Ada kalanya apabila kita terpaksa melakukan sesuatu ataupun keadaan memaksa, kita bertindak melakukannya. Kita tidak akan mengira sama ada kita berkebolehan, berkeupayaan ataupun tidak. Saya teringat cerita mengenai seorang kawan yang ditinggalkan suaminya ketika dalam pantang beserta dua anak yang masih kecil.

Dia terpaksa mencari jalan bagimana mendapatkan sumber kewangan untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Dalam serba kedaifan dan kesusahan, dia tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupannya dan enggan pula berserah pada nasib.

Dia mula mencari idea serta mencari bakat dan potensi yang ada pada dirinya. Dia sedar tidak dapat meninggalkan rumah dan anak-anaknya untuk keluar bekerja. Lagipun dia tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dan kemahiran lain.

Dia teringat sebelum berkahwin dulu, dia pernah bekerja di taman asuhan kanak-kanak dan dia memang sukakan kanak-kanak.

Rakan saya in telah membulatkan tekad menadikan pengalamannya dahulu sebai suatu sumber mencari nafkah.

Dia mula menemui jiran-jiran untuk menawarkan perkhidmatan untuk menaga anak-anak di rumah.

Dengan perkhidmatan yang baik dan jagaan yang sempurna yang diberikan olehnya, maka beberapa bulan kemudian ramai jiran yang menghantar anak mereka ke rumahnya hingga dia terpaksa menggaji beberapa pekerja lagi untuk membantu.

Kini dia telah memiliki taska sendiri yang sedang berkembang maju dengan beberapa cawangan.

Begitulah ceritanya kejayaan kawan saya yang memulakan perniagaan berdasarkan pengalaman, minat dan potensi yang ada dalam dirinya, dan sikap tidak mudah mengalah pada suratan takdir.

Apa yang ingin saya tegaskan ialah dalam keadaan `terpaksa’ tanpa kita sedari segala bakat dan potensi yang selama ini terkubur di dalam diri kita dengan sendirinya akan muncul satu persatu.

Tiba-tiba sahaja kita mempunyai tenaga, keupayan untuk melakukan segalanya itulah hikmahnya. Pokok pangkalnya, kita mulakan dahulu. Yang lainya akan datang kemudian. Kalau kita tunggu masa dan waktu yang elok dan sesuai, saya pasti tidak pernah ada waktu dan ketika yang benar-benar `sesuai’. Sesungguhnya masa itu tiak akam pernah kunjung tiba, atau tidak akan pernah menunggu kita. Akhirnya, kita hanya menggigit jari melepaskan peluang berlaku begitu sahaja di samping meneruskan kedaifan kita.

Soalnya, bagaimanakah kita hendak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan? Seperti yang dikatakan tadi, pertama sekali, kita cuba cari dan salami bakat dan hobi kita samaada menjahit, memasak, menjaga kanak-kanak, mengajar atau menjual.

Kemudian kita perkembangkan bakat tersebut sama ada melalui kursus khas, membantu atau bekerja sambilan dalam bidang berkenaan.

Dengan cara tersebut kita dapat membina pengalaman dan pengetahuan, serta memperoleh kemahiran dan pendedahan.

Kita akan belajar tiga anak kunci utama prinsip perniagaan sebelum menjalankan apa juga perniagaan. Jadi, apabila diri kita pkar atau telah mahir dalam bidang tersebut, kita akan mengujinya dengan menjalankan perniagaan di rumah ataupun dapur kita sendiri secara kecil-kecilan dan di samping mula merancang membuka kedai, pejabat dan sebagainya. Kita sebenarnya perlu mempelajari tiga anak kunci utama prinsip perniagaan.

TIGA ANAK KUNCI UTAMA PRINSIP PERNIAGAAN

· Inspirasi untuk bertindak

Inspirasi akan memotivasikan kita atau sesiapa saja untuk bertindak memulakannya sebab kita sendiri yang mahukannya. Inspirasi untuk bertindak hanya dapat dibangunkan atas kehendak diri kita sendiri kerana kuasa untuk bertindak hanya berada pada diri kita.

· Teknikdan kemahiran (know-how)

Mempelajari teknik dan kemahiran yang akan senitasa memberi keputusan cemerlang kepada kita. Teknik dan kemahiran adalah sebenarnya menggunakan segala pengetahuan secara yang betul dan wajar. Teknik dan kemahiran akan menjadi tabiat untuk amalan kita apabila kita sentiasa mengamalkannya.

· Pengetahuan mengenai aktiviti

Pengetahuan mengenai aktiviti, selok belok perniagaan, servis, produk, teknik pemasaran, muslihat, kemahiran dan asas-asas perniagaan yang perlu kita ketahui sebelum memulakan perniagaan.

Hapuskanlah perasaan takut gagal sebelum memulakannya. Kita mulakan dengan usaha awal kita yang kecil tetapi ke arah yang betul, yakni first little effort in the right direction.

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU