Friday, August 10, 2007

BAGAIMANA MEMASTIKAN AZAM DAN MATLAMAT TERCAPAI

BAGAIMANA MEMASTIKAN AZAM DAN MATLAMAT TERCAPAI?

Kebanyakkan kita berazam pada setiap hujung tahun. Ada bermacam-macam azam, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai matlamat. Azam itu kabur kerana objektif yang tidak jelas sasarannya. Ibaran berlatih berlatih menembak, kita mesti menghalakan senjata tepat pada sasarannya.

Apabila kita nampak dengan jelas sasaran itu, barulah kita dapat menghalakan muncing senapang tepat ke sasarannya dan barulah kita dapat menembak dengan tepat.

Kita selalu mendengar orang berazam, ”Saya ingin memperbaiki taraf hidup saya” atau ”Saya mahu pekerjaan yang lebih baik” atau ”Saya ingin berniaga”. Ini matlamat yang kabur, tidak tepat.

Kita perlu menjelaskan apa pekerjaan itu. Berapa ganjaran yang kita akan peroleh? Dalam industri apa? Memerlukan kemahiran yang bagaimana? Bila jangka pencapaiannya – setahun atau lima tahun? Dan apakah tindakan kita seterusnya?

”Dan bagi mereka yang sabar (teguh hati) dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yagn teguh (sabar)”. -asy - Syura : 43

Tulis dengan jelas dan hitam putih tentang matlamat kita. Jangan hanya bercakap ataupun mengingati kerana ia tidak akan kekal. Sebaliknya, jika kita menulis azam itu akan lebih komited.

Paling baik matlamat kita itu ditulis di atas sekeping goal card seperti kad kredit dan simpan di dalam dompet. Setiap hari kta kaan membaca beberapa kali bagi mengingatkan kita. Kemudiaan sematkan sekukuh-kukuhnya dalam pemikiran separuh sedar (subconsious mind) supaya ia sebati dengan diri kita.

BAGAIMANA CARA KITA MERANCANG MATLAMAT?

Pertama sekali, analisis diri kita ketika ini. Tanya diri sendiri, apakah yang paling kita mahukan? Apakah yang ingin kita lakukan dalam hidup ini, iaitu yang menjadi keutamaan kita ketika ini berdasarkan lapan aspek kehidupan iaitu:

• Mental

• Jasmani

• Rohani

• Kewangan

• Keluarga

• Kerjaya

• Sosial dan kemasyarakatan

• Jabatan Organisai

Dalam kelapan-lapan aspek ini, apakah aspek yang menjadi keutamaan yang harus dititikberatkan ketika ini? Sekiranya keadaan rumah tangga kita tidak tenteram, maka matlamat utama kita ialah untuk mengharmonikan rumah tangga kita terlebih dahulu sebelum merancang matlamat yang lain. Jika tidak masalah itu akan menjadi batu penghalang kepada kita untuk mencapai matlamat yang lain.

Setiap orang mempunyai kepentingan yang berbeza mengikut tahap dan taraf kehidupan masing-masing. Jadi, matlamat yang telah dirancang itu mestilah benar-benar matlamat kita sendir, yang benar-benar lahir daripada sanubari kita – bukannya matlamat yang dibuat berdasarkan kehendak orang lain.

Paling baik kita tuliskan semua kehendak dan kemahuan kita sebanyak mungkin di atas kertas, kemudian kita susunkan satu persatu mengikut keutamaannya. Jika matlamat kita hendak membeli rumah atau kereta baru misalnya, elok kita bayangkan dalam bentuk gambar. Gantungkan gambar rumah atau kerekta yang menjadi idaman di dalam bilik tidur kita (ambil gambar berdiri di sebelah kereta) supaya apabila bangun daripada tidur, kita nampak matlamat kita itu.

Secara tidak langsung ia akan memotivasikan diri kita denagn memberi semangat untuk berusaha mendapatkannya. Dengan ini, keluarga kita juga sama-sama excited dengan matlamat kita itu, di samping menyedari sumbnangan dan pengorbanan yang harus diberikan oleh ahli keluarga bagi menjayakan matlamat kita tadi.

Kemudian, sediakan pelan tindakan (action plan) yang harus diambil untuk mencapai matlamat itu. Tindakan ini perlulah mengmbil kira keupayaan, kemahiran, kewangan, rintangan dan risiko yang bakal ditempuhi. Begitu juga dengan sikap mental kita yang harus ada untuk mencapai segala impian hidup ini. Kita perlu korbankan sesuatu, umpamanya masa, tenaga dan wang ringgit. Apa yang penting, kita perlu lupakan segala kepentingan dan kesenangan diri buat sementara waktu.

Dalam merancang matlamat hidup ini, secara tidak langsung kita belajar mengenali siapakah diri kita sebenarnya, kemanakah arah tujuan kita dan pada tahap manakah kita berada ketika ini? Apakah kelemahan kita yang menjadi batu penghalang untuk maju? Itulah azimat dan hikmat merancang matlamat hidup ini.

Dalam agama Isalam adalah falsafah yang amat baik untuk orang yang bercita-cita tinggi iaitu:

”Siapa yang kenal dirinya, sesungguhnya dia telah kenal Tuhannya”.
- Hadis

Huraiannya:

”Orang-orang yang tidak kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya. Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan hidupnya seperti burung dalam sangkar.”

No comments:

MATLAMAT

MATLAMAT
MANA HALA TUJU